CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

harimau kumbang, harimau bintang, puma etc

[Copy link]
 Author| Post time 3-4-2009 04:06 PM | Show all posts
cuba tgk sape yang p selamatkan tu?

doktor haiwan kan? heheheh
dia tahu laa cara2 yang betul nak selamatkan

haiwan pun tahu
makhluk mana yang penuh kasih sayang dgn dorang

cuba hantar doctor gigi, harus kena baham

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 04:22 PM | Show all posts

Balas #41 Syd\ catat

betul3..

aku pon penyayang haiwan..
tp bahaya gak, kengkadang anjing nk mnja2..susah la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 04:44 PM | Show all posts

Reply #42 budingyun's post

anjing?

aku takut anjing
tapi aku kesian ngan anjing
mak aku lagi penyayang ngan anjing ke apa

kalau lalu satu jalan ni kan
(area kebun getah, cina punye...ada anjing...)
ada laa sekor anjing nih
dia beranak kecik...

so tiap2 hari mak aku lalu situ
dia campak kuih ke apa ke makanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 05:38 PM | Show all posts
harimau bintang pung orang panggey harimau akar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 05:40 PM | Show all posts
ni kucing hutan

orang selalu ingat nih rimau bintang





Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 03:06 AM | Show all posts

Balas #43 Syd\ catat

apsal takut anjing?? ada pengalaman ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2009 03:07 AM | Show all posts

Balas #44 Syd\ catat

apa kena mengena bintang ngan akar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 03:07 AM | Show all posts

Balas #45 Syd\ catat

comelnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2009 01:17 PM | Show all posts
Harimau serang 2 mangsa mati

KLUANG: Harimau kumbang jantan yang mencederakan dua orang, termasuk seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Taman Kerjasama, di sini, kelmarin, mati tengah hari kelmarin, dipercayai akibat kehilangan terlalu banyak darah.

Pegawai Perhilitan Kluang, Mohd Alfenzi Abdul Razak, berkata Pegawai Veterinar Zoo Melaka, yang tiba tengah hari kelmarin untuk merawat harimau kumbang dewasa yang cedera selepas terkena tembakan itu mengesahkan haiwan berkenaan sudah mati.

Katanya, haiwan itu mati kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin, Perhilitan terpaksa melepaskan tembakan apabila haiwan itu yang ditemui merayau-rayau dalam pagar sebuah rumah di taman perumahan itu bertindak agresif, dipercayai kerana takut dikerumuni lebih 50 penduduk sekitar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2009 01:17 PM | Show all posts
mmg kena tembak dgn peluru betul ker?

dgn pelali tak boleh ker?

kan dah mati binatang tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 01:49 PM | Show all posts

Balas #50 Syd\ catat

mgkn time tu org tu xbawa pelali..

terpaksa la pakai peluru hidup..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 07:40 AM | Show all posts
Harimau kumbang di desa Britain?



GAMBAR telefon bimbit yang didakwa sebagai harimau kumbang. Gambar kecil Keehn.



NEW DENHAM - Seorang lelaki merakamkan seekor harimau kumbang menerusi telefon bimbit di sebuah kawasan luar bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.




Lelaki itu, Paul Keehn, percaya bahawa dia melihat seekor harimau kumbang di kawasan padang di kampung New Denham, Buckinghamshire. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Saya merakamkan gambar itu dan menunjukkan kepada kekasihnya saya kerana saya berpendapat dia tidak akan mempercayainya," kata Keehn yang bertugas sebagai seorang juruelektrik.

Beberapa pakar mendakwa imej itu yang dirakamkan di New Denham mungkin yang paling menambat perhatian bahawa harimau kumbang wujud di Britain.

Bagaimanapun, Persatuan Harimau Kumbang Britain berasa ragu-ragu dengan penemuan lelaki itu. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:16 PM | Show all posts

Reply #39 Syd's post

bestnya dapat polok....nampak kiut jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 02:01 PM | Show all posts
sian kan dia?
mesti dia sejuk..
takut
keliru dalam perigi tu

bayangkan kita terjatuh dalam perigi mcm tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2009 12:19 PM | Show all posts
Harimau bintang takutkan tikus



SEEKOR harimau bintang kelihatan takut ketika melihat tikus menjamah daging yang merupakan makanan tengah harinya di sebuah zoo di Hertfordshire, Britain.


HERTFORDSHIRE - Bukan sahaja gajah takut kepada tikus tetapi harimau bintang mungkin mempunyai perasaan yang serupa apabila menemui haiwan itu.

Menurut sebuah akhbar semalam, seekor harimau bintang betina di sebuah zoo di Britain enggan menjamah makanan daging kerana kehadiran seekor tikus.

Menurut seorang anggota projek menjaga harimau bintang, Jackie James, seorang anak lelakinya melemparkan daging ke arah haiwan itu supaya aksinya dirakamkan oleh jurugambar.

Dia berkata, harimau berkenaan meluru ke arah daging tersebut tetapi kemudian meninggalkannya kerana kehadiran seekor tikus. Tikus itu memakan daging itu tanpa mempedulikan kehadiran harimau bintang yang jauh lebih besar daripadanya.

Imej harimau itu yang takut apabila menemui tikus dirakamkan oleh seorang pelajar jurusan fotografi, Casey Gutteridge.

"Harimau bintang itu kelihatan terkejut. Ia tunduk dan menghidu tikus itu dan kelihatan seperti berada dalam keadaan takut," katanya. - Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.064732 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list