View: 35923|Reply: 19
|
Halalkah sebenarnya hair dye yang ada cap halal itu? Saya keliru kerana....
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum
Saya keliru. Saya loihat cap halal pada hair dye loreal, apakah halal di situ maksudnya hanya merujuk kepada ingredientnya halal sahaja. Bagaimana pula dengan isu kandungan kimianya yang menyebabkan ianya menyelaputi rambut, lalu bila mandi wajib kitra jadinya tidak sah?
jika lah hair dye ini naturenya menyelaputi rambut hingga tidak sampai air junub kita ke rambut, maka mengapa JAKIM boleh keluarkan cap halal? bukankah mengelirukan umat islam? |
|
|
|
|
|
|
|
itu ialah isu yg biasa yakni kehalalannya hanyalah dari segi ingredient.
tetapi tidak ada siapa yg leh jamin ia tidak menghalang air....jadi takyah arrrrr ek melainkan ada yg leh jamin. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju, halal cuma dari segi bahan bahan yang digunakan bebas dari sumber sumber haram seperti lelemak babi dan seangkatan dengannya...tapi tetap menghalang air ketika junub kerana warna tersebut seperti seal to hair..bukan dia sebati..tu je yang aku tau..any ideas? lain la kalau pakai inai.. |
|
|
|
|
|
|
|
cap halal tuh cume atas bahan2 yg digunakan dalam pewarna tersebut...tp ttp haram jika warna itu menyaluti rambut kite sbb air tak lalu kan..lain la kalu inai..itu takpe..air pon lalu jugak...
jgn keliru dgn cop halal tu ye...sbb ramai org cakap halal warna rambut sbb ade cop halal..tp sebenarnye tak |
|
|
|
|
|
|
|
setahu ak halal pada ingredients jugak....
kalau ikut rasional akal fikiran dan sifat2 pewarna tu sendiri....dye hair ni lebih kurang macam nail polish gak....air tak dapat meresap ke dalam sel2 badan...
wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke ade dye yang selaput rambut, ade dye yang meresap dalam rambut. yang meresap dalam rambut tu aku rasa tak salah. just like inai.
in any case, certification halal tu untuk bahan dia. how you use it is another thing. cam perfume la. kalao sorang pompuan tu pakai perfume untuk suami dia saja, ape salah nya kan? kalau dia pakai perfume untuk lelaki lain, haram la kan? but it still doesn't mean jakim tak leh kasi certification halal kat perfume tu. |
|
|
|
|
|
|
|
halal yang terdapat pada kotak tersebut adalah
halal dari segi bahan yang
tidak mempunyai campuran babi dan anjing
dari segi beribadat
pada aku tidak halal
kerana campuran kimia yang terdapat
pada pewarna tersebut terlalu tinggi
dan boleh menghalang ketika berwuduk |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang benda dah ada...halal suci pada bahan pun dah ada...hukum guna pun harus..kalu yakin takde unsur plastik kat bahan...pakai jela...kalau rasa ada unsur yg buat air tak rata time ko mandi wajib...jangan pakai...ko buat satu rujukan pd setiap pendapat pakar-pakar agama...ko buat pertimbangan sendiri mana yg ko yakin... |
|
|
|
|
|
|
|
...tp ttp haram jika warna itu menyaluti rambut kite sbb air tak lalu kan..lain la kalu inai..itu takpe..air pon lalu jugak...
tidak telus air atau menghalan air dari kena juzuk badan berwudhu' bukan HARAM tetapi wudhu' atau mandian hadath tidak sah. Haram kalau buat dapat dosa.
Yang jadi haram tu bila niat menggunakan dye rambut tu bertujuan yang haram seperti utk nak tayang rambut perang, utk tujuan bergaya, dan lain-lain sifat serupa macam ni.
Kalau pakai inai sekali pun, kalau tujuan dia nak tayang kecantikan, boleh jadi haram jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
tidak telus air atau menghalan air dari kena juzuk badan berwudhu' bukan HARAM tetapi wudhu' atau mandian hadath tidak sah. Haram kalau buat dapat dosa.
Yang jadi haram tu bila niat menggunakan ...
ibnur Post at 18-10-2009 07:58
betul cakap tuan moderator tu...haram itu akan dpt dosa jika melakukannya....pemakaian dye utk rambut nie merupakan satu benda yg baru dan mendatang. mksd mendatang di sini adalah ia tidak ada pd zaman dahulu dan baru muncul pd zaman moden nie...
pd pendapat sy...kenapa nak di dye rmbut tu yg sudah mmg cntk hitam manis tu? wat apa nak diubah2 ciptaan Allah yg sudah cantik lg menawan tu? siapa kita untuk mengubah ciptaan yg Maha Agung?cuba saudara-saudara fikirkan...siapakah kita untuk mengubah sesuatu yg sudah cantik dan menarik?
wat renungan bersama...jika sesuatu itu sudah lengkap kan sempurna...perlukan ia di tambah2 lg? |
|
|
|
|
|
|
|
betul cakap tuan moderator tu...haram itu akan dpt dosa jika melakukannya....pemakaian dye utk rambut nie merupakan satu benda yg baru dan mendatang. mksd mendatang di sini adalah ia tidak ada pd ...
dkitos Post at 18-10-2009 15:42
Ayo, sapa kata zaman dulu xde warna rambut, bacalah sejarah dengan terperinci, zaman dulu, orang berperang, warna rambut (inai merah kalau x silap aku. Hukum mewarna rambut sebenarnya harus. Tapi MEWARNAI RAMBUT DENGAN WARNA HITAM ADALAH HARAM... Maksudnya di sini, warnailah rambutmu dengan warna selain dari hitam, sila semak perkara ni.
Berkenaan dengan menghalang air tu, rambut bukanlah anggota wuduk. Kita wuduk bukan basahkan rambut, kalau orang botak macamna. Kita basahkan SEDIKIT umbun2 sahaja. Islam tu mudah, janganlah kita menyusahkannya. Nati sama lak dengan sikap orang Bani Israel yang banayk diceritakan dalam Surah Al Baqarah tu. Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
klu wanita warnakan rambut utk menaikkan berahi suami boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kita wuduk bukan basahkan rambut, kalau orang botak macamna.
hadi1978 Post at 17-11-2009 09:14
mandi junub kena basahkan rambut. |
|
|
|
|
|
|
|
tidak telus air atau menghalan air dari kena juzuk badan berwudhu' bukan HARAM tetapi wudhu' atau mandian hadath tidak sah. Haram kalau buat dapat dosa.
Yang jadi haram tu bila niat menggunakan ...
ibnur Post at 18-10-2009 07:58
Benar Puan,
And one more info, kalau pakai inai.......ghambut yg hitam tidak akan berubah warna menjadi perang.
Melainkan ghambut itu warna putih.
Kalau tukor juga dari warna hitam ke perang/blonde.....itu tanda dye dan tidak telus air.
Mcm nak mandi hadas besor n berwuduk nanti.
So, fikir fikirkan lah.......
Harap maklum |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana plak kalo rambut dh 90% putih? bleh dye/inai x?
cumanya kalo guna inai.........abis telekung suma kena warna inai...
tu yg leceh..........
kalo dye....telekong xjejas.......camana ek? |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana plak kalo rambut dh 90% putih? bleh dye/inai x?
cumanya kalo guna inai.........abis telekung suma kena warna inai...
tu yg leceh..........
kalo dye....telekong xjejas.......camana ek?
nisadarling Post at 17-11-2009 15:53
Itu tanda dye tersebut tak bley pakai laaaa...........
Kalau nak pakai kain telekong, pastikan pakai dulu anak telokong yg warna gelap.
Oghang Malaysia nie asyik nak pakai yg putih jer..............
Warna inai itu keluar sebab ia tidak telus air sepenuhnya.
Isk isk isk isk isk.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni rasanya kena tahu syrat sah wuduk, mandi wajib etc dgn halal haram
like air teh ( tea) ia halal tapi tak leh menyucikan ...yg boleh menyucikan ialah air mutlak |
|
|
|
|
|
|
|
ni rasanya kena tahu syrat sah wuduk, mandi wajib etc dgn halal haram
like air teh ( tea) ia halal tapi tak leh menyucikan ...yg boleh menyucikan ialah air mutlak
mbhcsf Post at 17-11-2009 18:48 Aikh, apa kaitan air teh lak ni. Air teh memanglah dah sah2 bukan air mutlak. Tapi dalam keadaan tertentu, debu dan batu pun boleh menyucikan tau.
Hukum Mewarnakan Rambut dan Uban
SOALAN
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?
JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)
Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.
Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tanya lah ye, kalau korang wuduk korang basuh rambut tu satu kepala ke? Kita mandi ni membasahkan anggota yang zahir sahaja. Macam perempuan kan, korang mandi korang sembur ke dalam tu sume? X perlu sembur pun, just cangkung, cuci yang zahir sahaja. Islam is the way of life |
|
|
|
|
|
|
|
Most of the time, choosing matching hairstyles for school girls among numerous pictures in the barber is time consuming. Most of these Kids Hairstyles are complex, though they are definitely chic, stylish, unique as well as elegant. Why don’t you consider some simple hairstyles for school girls? Sometime, simple Kids Hairstyle Girls would be the best options.
https://www.rebeccafashion.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|