Orang tua2 kata kalo orang nak meninggal ni, sebenarnya ada tanda dia.. cuma kita aware atau tau je.. yang saya pernah dengar,antara tanda yang selalu orang sebut – badan tetiba rasa sengal dan letih, perangai dia akn bertukar jadi opposite perangai asal dia.. based on pengalaman saya, ada benar gak tanda tu.. kebetulan? Tapi yang pastinya saya cuma tau pasal tanda2 tu selepas kematian special friend pada tahun 2000 akibat kemalangan jalan raya... biarkan saya gelarkan dia H je.. kami kawan sekelas dan memang rapat.. boleh katakan couple gak le... masa memula start keluar dengan dia, hati saya terasa yang dia ni bukan jodoh saya dan saya rasa antara saya dan dia tak akan bertahan pun... tapi masa tu saya ingatkan perasaan saya tu sebab umur masing2 yang masih muda dan baru nak kenal dunia dewasa (umur time tu early 20).. perjalanan masih jauh...
kira2 sebulan sebulan sebelum dia meninggal, saya bermimpi dia dimasukkan ke hospital bersama sorang lagi teman sekelas... member sekelas katanya sakit perut dan H plak tak tau sebab apa tapi tengok ada giginya yang patah dan berdarah.. kedua2nya berselimut kain putih dan ada tompok2 darah skit kat kain tu... kwn yang sorang tu seronok je bila dibenarkan balik ke rumah tapi si H ni plak merayu2 nak tinggal di hospital tu sambil badan dia berselubung dengan selimut putih berdarah tu.. bila saya ceritakan mimpi tu pada housemate, dia kata tu cuma mainan tido je... jangan amik kisah sangat... ok fine walaupun hati saya rasa tak sedap bila kenangkan mimpi tu..
2 minggu sebelum kejadian, H bertukar dari seorang yang talkative dan periang kepada seorang yang amat moody.. selalu termenung aje... bila ditanya kenapa, dia just kata xde apa2.. tapi out of the blue, tetiba dia kata perkara yang dia amat takut di dunia ni ialah dia mati tanpa ada orang2 yang dia sayang di sisi dia.. hmmm.. apsal si mamat ni tetiba buka tajuk ni? Heran gak masa tu tapi just layan mendengar je la... lepas tu, perubahan dia makin ketara sampaikan member sekelas tanya 'korang gaduh ke?'... seperti biasa, setiap petang dia dan housemate dia akan datang bersembang di depan gate umah sewa saya... biasanya memang kecoh sebab H ni suka mengusik... tapi seminggu sebelum dia meninggal, sambil melepak depan gate tu, dia mengadu badan dia rasa sengal dan letih teramat sangat.. tak tau kenapa sedangkan dia bukannya ada buat kerja berat pun... sambil tu dia akan merenung sayu ke arah saya dan kekawan yang bersembang depan gate tu.. dalam ati, saya kata maybe dia letih kot sebab tu wajah dia pun nampak tak bermaya macam selalu.. xde seri.. setiap petang sampai la petang last saya jumpa dia, memang itu je la yang dia cakap dan buat.. diam je.. susah nak dengar dia bercakap.. dia nak dengar saya je yang bercakap.. saya plak, bila dia diam, memang saya mati kutu sebab tak pernah melayan H yang pendiam.. H yang saya kenal adalah seorang yang sangat ringan mulut!!! cuma pada petang last saya jumpa dia, dia kata dia akan rindu berkumpul dengan saya dan kekawan yang lain macam ni lagi.. kebetulan masa tu selepas exam dan semester berikutnya kami akan berpecah untuk buat practical di negeri masing2.. so, xde yang pelik sangat bila keluar statement dia yang mcm tu..
keesokan harinya, dia langsung tak datang ke rumah untuk nak serahkan buku2 saya yang dia pinjam seperti yang dia janji petang semalam dan dia pun tak dapat dihubungi.. dan dia pun tak call saya every hour seperti yang dia selalu buat... resah jugak memikirkan perangai pelik dia sebab H jenis orang yang menepati janji dan kalo dia tak boleh tunai janji, dia akan be direct about it.. bila ke dewan untuk brief tentang practical tu pun batang idung dia tak nampak gak... semua tak tau dia gi mana... bila dah hampir maghrib baru ada kawan yang call bagitau H accident petang tu.. time tu dia on the way gi ke dewan untuk dgr briefing.. tapi kawan tu tak tau keadaannya mcm mana.. dia minta saya call best friend H di kampung.. bila call, saya dimaklumkan H telah meninggal dan mayatnya ada di hospital.. dalam keadaan tak percaya, kami (saya, housemates saya, housemate arwah dan pakcik sebelah rumah sewa dia) pergi ke hospital.. memang betul pun dia dah xde.. sedih tengok dia di atas gurney tu dengan darah masih bertakung di sekeliling badan dia.. tapi yang membuatkan saya sayu setiap kali mengenangkan peristiwa tu ialah apabila his worst fear had come true.. dia meninggal tanpa ada seorang pun ahli keluarga atau kekawan atau orang yang dia kenal di sisi dia.. sebab kami semua tak tau pun dia kemalangan.. tiada siapa yang maklum pada ahli keluarga dia.. yang dapat tau pun sebab kebetulan kawan kepada kawan H ada di wad kecemasan dan ternampak dia dirawat tapi by that time dia dah nazak..
selepas beberapa bulan, bila kami semua berkumpul balik, masing2 masih terkenangkan perubahan arwah dan bila dibandingkan dengan tanda2 yang orang tua2 selalu kata tu, memang ada kebenarannya.. wallahuallam.. al-fatihah untuk dia... |