CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2507|Reply: 1

Utara : Warga Singapura dihukum mati

[Copy link]
Post time 18-12-2009 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Warga Singapura dihukum mati

PULAU PINANG 17 Dis. - Seorang rakyat Singapura dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar pil ekstasi seberat dua kilogram, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda ketika menjatuhkan hukuman berkata, keputusan dibuat setelah Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim berjaya membuktikan kes terhadap Ong Tian Sang tanpa keraguan yang munasabah.

''Mahkamah tiada pilihan lain melainkan menjatuhkan hukuman gantung seperti yang telah digariskan oleh undang-undang. Oleh itu, kamu akan dibawa ke suatu tempat untuk menjalani hukuman gantung," kata Hakim Abdul Rahim ketika membacakan keputusan secara lisan pada kira-kira pukul 9.15 pagi.

Tian Sang, 48, dilihat sayu sambil memandang lantai mahkamah ketika hukuman itu dibacakan terhadapnya. Tiada ahli keluarganya berada di dalam mahkamah ketika itu.

Selepas itu, peguam RSN Rayer yang mewakili Tian Sang menjelaskan kepada anak guamnya bahawa itu bukan keputusan yang terakhir kerana mereka akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan secepat mungkin.

Terdahulu, Hakim Abdul Rahim ketika mensabitkan kesalahan tersebut terhadap Tian Sang berkata, mahkamah tidak dapat menerima 'cerita' tertuduh dalam pembelaannya kerana 'cerita' itu tidak pernah dinyatakan langsung oleh lelaki itu ketika kenyataannya diambil oleh polis.

Dalam keterangan, tertuduh mendakwa dia telah diminta oleh kawannya untuk menghantar dua kotak yang mengandungi roti dan kek kepada teman wanita kepada rakannya itu di Pulau Pinang.

Menurut Tian Sang, ketika itu dia berada di Paris setelah bertolak dari Singapura lima hari sebelum itu.

''Awak telah singgah di Hong Kong dan Kuala Lumpur sebelum sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL). Bagaimanapun awak telah ditahan dan didapati memiliki dua kilogram pil ekstasi.

''Cerita awak ini tidak boleh dipercayai mahkamah kerana awak tidak pernah menceritakan perihal 'kawan' dan teman wanitanya itu kepada pihak polis sebelum ini semasa keterangan awak diambil. Ia hanya wujud ketika awak memberikan pembelaan. Justeru, cerita awak ini tidak boleh dipercayai," katanya.

Tian Sang, bekas pemilik sebuah pub didapati mengedar pil ekstasi tersebut kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari 2003 di LTABL.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2009 10:35 AM | Show all posts
urmm.. kat penang mmg manyak pusat hiburan .. disko2 neh.. so.. mmg tak heran lah menda2 cenggini dibawak masuk penang dgn manyaknyer.. {:3_83:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049787 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list