aku penah dgr anjing melolong time isyak. mase tu bulan pose.
dah sampai surau nak semayang terawikh. tetiba bunyi azan.
anjing dok melolong sampai abis azan
mase tu anjing pon byk.. so mmg obvious la leh dgr.
dulu2 jiran depan rumah punya anjing selalu melolong time azan subuh, sama mcm u all citer tu le. la nih jiran tu dah tade bela anjing, so senyap dah la. sekarang ada rumah india ni bela anjing gak, tapi tade lak dia melolong mana2 azan hem.... depa selau menyalak kalu ada strangers - posmen, kutip sampah, budak hantar iklan2...tgh2 malam buta kalu menyalak, cuak jugak kalu2 ada outsider....
Memang rasa pelik masa hari tu bila anjing-anjing liar yang menumpang tidur di depan rumah jiran tiba-tiba melolong sayu bila dengar azan Azan Subuh. Lepas tu pelik pula bila dengar ada ayam jantan berkokok kuat setiap kali bacaan al-Quran diperdengarkan. Sebab nak tahu saya pun banyak bertanya orang dan buat rujukan... banyak yang mengatakan bahawa anjing tu begitu sebab dia nampak syaitan manakala ayam tu pula sebab dia nampak malaikat. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.