CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4358|Reply: 6

Masih ingatkah anda akan tragedi memali???

 Close [Copy link]
Post time 13-2-2010 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Tanggal 19 Nov 1985,Kg. Memali,Mukim Siong Baling,Negeri KedahDarul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangatdahsyat dalam sejarah tanah air.Lebih 3000 anggota keselamatandihantar oleh pihak pemerintah daripada pihak kerajaan untukmelakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama didalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliauyang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya ataunama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yangsebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia.Beliau yangtelah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkanPusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepadaParti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islamsehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.
   Sokongandan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintaiperjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah.Ianyabegitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegangselama-lamanya. Akhirnya,pelbagai tuduhan,fitnah dan label-labeljahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust.Ibrahim Libya.Alasan-alasandicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust.Ibrahim.Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan muladilakukan dengan hebat.
   Menjelang operasi penangkapan,Kg.Memalidipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya.Pertambahan bilangananggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satubala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yangdiperlukan segera.Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatanUst.Ibrahim dan pengikutnya di Kg.Memali disiarkan di dada akhbarbagi mengelabui mata orang awam.Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajaranak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yangdibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat.Semuanyaberlaku dalam tempoh menjelang operasi.
   Sangat dahsyat.Tanggal 18Nov 1985,hampir segenap penjuru kampung telah terkepung,dibimbangiada sasaran yang terlepas keluar.Penduduk Kg.Memali yang begitu setiabersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatandan bantuan.Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orangkampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawayang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar.Namun apalahsangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yangmengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapipeperangan yang besar.Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan,loriwater canon,gas pemedih mata, senjata,pelbagai jenis polis disediakantermasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.
   Anggotapolis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yangditerima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini.Ada yang mendapatmaklumat,mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan adayang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontakkerajaan.Namun,atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yangmesti ditaati,mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawadihadapan mereka bukanlah Komunis.Selepas kejadian,maklumat diterimabahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut,sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balaipolis di Negeri Kedah.Antara anggota polis yang terlibat didalamoperasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
      Keesokannya harinya,tanggal 19 Nov 1985,selesai SolatSubuh,Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada parapendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yangsetia dengan majlis-majlis ilmu beliau.Antara lain,beliaumengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dariperjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihanmati syahid.Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuktidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah.Mereka rela matidemi mempertahankan As-Syahid.
   Antara mereka yang rapat dengan UstIbrahim ialah Sdr.Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal).Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihakkeselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahandarah khasnya orng ramai.Namun,Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannyauntuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim keranabaginya,beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah.Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuatmenganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan denganIslam.
   Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahimakhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada diNegeri Kedah.Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggotayang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim.Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali danmemberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan.Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polistidak mempedulikan.Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut,“ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akanbertempur.”Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.
   Setelahdilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka,akhirnya orang kampungdiberi arahan agar berundur ke belakang.Serangan akan dilancarkan.Namun,untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu.Pendudukkampung yang terdiri dikalangan orang tua,kaum ibu,pemuda,wanita dananak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh.Parang panjang yang seringdigunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapikemungkinan-kemungkinan.Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjangmenghalau pasukan polis.Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apaitu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.
   Pihakkeselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan watercanon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak.Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan denganmulutnya yang berbuih.Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa,lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’enekad untuk melakukan serangan balas.Parang ditangan digenggam danterus berlari ke arah anggota polis.Subhanallah. Belum sempatparangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut,sebutir peluru terusmenembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama trageditersebut.
   jerit pekik penduduk semakin kuat apabila seranganbertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan.Seorang demi seorangtumbang menerima hadiah peluru dari pihak kerajaan.RumahUst.Ibrahim dirempuh kasar.Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuhulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini.Diatas ribaanisterinya,beliau menghembuskan nafas.Beliau sempat bertanya, “abangkena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”
   Menjelang waktuZohor,hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali.Hujan rahmatyang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapirakyat yang serba kekurangan.Operasi pembersihan dilakukan segera agarbau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyatMalaysia.Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis.Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani parasyuhada’.Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang, Merekamenyebut,“ada lagi yang belum mati”.Semua penduduk kampung disumbatke dalam trak polis untuk dibawa ke balai.Yang cedera dibawa kehospital.Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orangramai.Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.
   Beberapa harikemudian barulah mereka dibebaskan.Jenazah dipulangkan semula denganbilangan korban seramai 14 orang semuanya.Maka bermulalah perbalahandiantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) denganpenduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain matisebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid.Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedahyang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dannyawa mereka.Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah,merekaterus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagaiBughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang matibiasa.Penduduk tetap dengan keyakinan mereka.Akhirnya para korbandiurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian merekayang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telahbeberapa hari ditembak.
      Bahkanseorang demi seorang orang kampung yang sepatutnya menjadi saksidimahkamah untuk memfailkan saman kepada pihak kerajaan kinitelah menghadap Allah s.w.t.
   Selepas kejadian tersebut,setiap tahunPAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali.Saban tahun jugaada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangankepada PAS,kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan ataskesilapan mereka.Melihat kepada situasi anggota polis yang sangatsedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaanmereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini ,akhirnya atas nasihat dari pimpinan sambutan yang berjalan beberapatahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.
Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali   



ustz ibrahim libya-AL FATIHAH


Para pejuang yang mati syahid.



Para-para syuhada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 02:34 PM | Show all posts
aku orang kedah, aku maish kecik lagi masa tu but memang pemesla semua bercerita..
but hanya kerana seorang lelaki yg nak dipertahankan, kenapa diaorg nak guna wanita dan budak2 sebagai perisai?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:39 PM | Show all posts
2# mnaa politik neh.. hmpppmhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2010 03:12 PM | Show all posts
trgedi yg menjdi igauan ngeri kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 03:42 PM | Show all posts
MOD, tolong pindahkan thread ni ke tempat yg sesuai..dh politik lak masuk sini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 03:45 PM | Show all posts
aku orang kedah, aku maish kecik lagi masa tu but memang pemesla semua bercerita..
but hanya kerana seorang lelaki yg nak dipertahankan, kenapa diaorg nak guna wanita dan budak2 sebagai perisai?
mnaa Post at 13-2-2010 14:34

exactly!!!

inilah yang saya fikirkan sejak sekian lama. jika benar hendak pertahankan Islam....mengapa menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai?

baca sirah perjuangan Rasulullah...tiada langsung strategi menggunakan wanita dan kanak-kanak hanya untuk mempertahankan rasulullah.

tapi dalam kes mamali, wanita dan kanak-kanak digunakan sebagai umpan untuk mengaburi pihak polis supaya tidak menangkap seorang lelaki.

saya tidak kata pihak pemerintah dan polis benar tetapi golongan ahli PAS tu jugak TIDAK BENAR dalam tindakan mereka dengan menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai. hanya dia seorang ustaz,hanya dia ahli PAS, belum SAHIH dia mati syahid kerana perjuangan itu nampak sgt untuk pertahankan beberapa individu dan bukan pertahankan agama Islam.

politik oh politik. semua perjuang murni tersasar dek kerana mu politik!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2010 03:59 PM | Show all posts
TT...topik ni menarik...tp takder sgt sangkut paut dengan BOD misteri paranormal dan sakti. Topik ni lebih menjurus ke arah Politik.

Minta maaf ye TT....pandangan Poremer2 lain perlu diambil kira. dan secara bernasnya..topik ni saya akan lock.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.291274 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list