CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Kedah] RISDA minta kerajaan naikkan harga lantai sekerap

[Copy link]
Post time 15-10-2021 07:35 PM | Show all posts |Read mode
RISDA minta kerajaan naikkan harga lantai sekerap[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 15, 2021 @ 4:47pm[email protected]


Mohd Salim menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Charok Ngai, Sik, hari ini. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman




SIK: Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram mulai Januari tahun depan, bagi membolehkan lebih ramai penoreh getah keluar dari garis kemiskinan.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Mohd Salim Mohd Sharif, berkata ini berikutan harga lantai getah sekerap ketika ini RM2.50 sekilogram jauh lebih rendah berbanding kelapa sawit yang mencecah RM1,100 setiap tan yang sekali gus mewujudkan jurang yang besar antara pengusaha kebun getah dan kelapa sawit.

"Saya sudah bangkitkan isu ini di Dewan Rakyat baru-baru ini, untuk peruntukkan Belanjawan 2022, saya rayu agar Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tingkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50.

"Sekiranya harga lantai komoditi ini dapat dipertingkatkan mulai Januari tahun depan, kerajaan tidak lagi perlu memberi subsidi musim tengkujuh kepada 83,000 pekebun kecil yang mempunyai keluasan 2.5 hektar kebun ke bawah sebaliknya semua 552,000 pekebun kecil seluruh negara akan terima manfaat daripada kenaikan harga lantai berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Lawatan Kerja bersama Ketua Pengarah RISDA, Abdullah Zainal di Tasik Beris, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Salim merasmikan Depo Pengumpulan Lateks di Charok Ngai di sini, selain menyerahkan bantuan kepada 50 pekebun kecil dari kawasan berkenaan yang terkesan akibat banjir kilat pada 28 September lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Salim berkata, kenaikan harga lantai getah sekerap juga akan mengurangkan penghijrahan anak muda ke kawasan bandar, selain turut akan menarik minat individu yang kehilangan kerja akibat pandemik COVID-19 untuk menjadikan menoreh getah sebagai kerjaya.

Selain itu, katanya kebanyakan pekebun kecil kini sudah berusia dan tidak semuanya mampu untuk bekerja lagi.

"Dalam Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025, kita jangkakan pendapatan isi rumah pekebun kecil kita meningkat kepada RM4,500 sebulan.

"Dalam masa yang sama untuk memastikan model ini tercapai kita juga menggalakkan pekebun kecil kita menghasilkan getah lateks kerana harganya yang lebih tinggi iaitu antara RM6 hingga RM7 sekilogram, bagaimanapun pekebun kecil perlu bekerja lebih sedikit untuk hasilkan getah ini.

"Sekiranya kita dapat terapkan semangat transformasi kerja pekebun kecil selain kerajaan meningkatkan harga lantai getah sekerap, kita yakin akan dapat keluarkan mereka dari garis kemiskinan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041689 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list