CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 1

[Kedah] Suami isteri usia 67 tahun kutip besi buruk sara hidup

[Copy link]
Post time 15-10-2021 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri usia 67 tahun kutip besi buruk sara hidup[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
[email protected]


Md Ismail dan Zarina menyusun barangan terpakai yang dikumpulkan mereka sebelum dijual. IZAD THAQIF HASSAN



Kulim: Sejak diberhentikan kerja kerana faktor usia 10 tahun lalu, pasangan suami isteri warga emas tetap berusaha mencari pendapatan bagi menampung hidup mereka dengan mencari besi buruk dan barangan terpakai.

Walaupun pendapatan diperoleh sekitar RM700 sebulan, namun pasangan berusia 67 tahun itu, Md Ismail Mohamed dan isteri Zarina Bakar tidak pernah sesekali mengeluh dalam mencari rezeki asalkan ia halal dan diberkati Tuhan.

Asalkan bukan mencuri atau meminta sedekah, pasangan warga emas terbabit mendakwa tidak menyangka yang pendapatan diperoleh hasil mencari barang lusuh, kotak dan besi buruk itu dapat menampung hidup mereka berdua walaupun boleh dikatakan hanya cukup makan.

Zarina yang ditemui di rumah mereka di Taman Kenari, di sini berkata, mungkin kerana keberkatan kerja yang dia dan suami lakukan itu membuatkan rezeki mereka tidak putus walaupun jika diikutkan pendapatan diperoleh tidak sebanyak seperti ketika kedua-duanya bekerja sebagai tukang kebun dan tukang cuci di sekolah sebelum ini.

Selain itu, Zarina berkata, walaupun anak-anaknya ada memberikan wang namun dia serta suami enggan menyusahkan mereka sebaliknya lebih sanggup keluar bekerja mencari barangan terpakai.

"Anak-anak saya pun bukan orang senang namun mereka cuba membantu kami dan sebagai ibu saya faham yang mereka juga turut mempunyai tanggungjawab untuk keluarga masing-masing.

"Lagipun, selain mendapat pendapatan, kerja yang saya lakukan bersama suami ini boleh dianggap sebagai satu senaman yang dapat menyihatkan badan kerana banyak berpeluh," katanya yang bersyukur kerana tidak pernah terputus bekalan makanan.

Menurutnya, dia akan keluar rumah seawal jam 7 pagi dengan menolak kereta sorong bayi untuk mencari barang terpakai seperti kotak, besi, kertas atau apa saja yang boleh menghasilkan wang.

"Saya selalunya akan mencari barang terpakai sekitar kawasan perumahan kami dan akan pulang jam 10 pagi. Kami keluar semula dengan menaiki kereta kerana akan mencari di kawasan yang lebih jauh sedikit sebelum pulang dua jam kemudian.

"Suami tidak boleh keluar awal pagi kerana penyakit dialaminya yang tidak boleh terdedah dengan cuaca sejuk. Dia (suami) akan membantu saya mengasingkan barang terpakai yang dikutip bagi memudahkan urusan menjual," katanya yang menerima kunjungan dan sumbangan daripada Pengasas Pasukan Buru Amal Kulim, Nordin Abu Bakar.

Md Ismail dan Zarina berkongsi pengalaman mengumpul barangan terpakai ketika ditemui wartawan di rumah mereka di Kulim. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Sementara itu, Md Ismail berkata, dia bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki kepada mereka berdua biarpun pendapatan mencari barang terpakai tidaklah sebanyak mana.

"Kami tidak pernah meminta simpati daripada orang lain. Lebih selesa berusaha sendiri. Selain anak-anak, kami juga menerima bantuan Lembaga Zakat Kulim, Imam Masjid Saidina ABu Bakar Taman Kenari dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang sudi menghulurkan sumbangan sama ada barang keperluan atau wang belanja.

"Saya dan isteri berpegang kepada prinsip yang kami tidak akan sesekali mengambil barang orang lain tanpa izin walaupun ia dibuang di hadapan rumah kerana ia tetap milik mereka," katanya.

Menurutnya, jika mahukan barang yang dibuang atau diletak di hadapan rumah penduduk mereka akan meminta izin terlebih dahulu dan tidak akan sesekali mengambilnya secara membuta tuli.

"Kita kena hormat orang lain kerana walau sampah sekalipun, ia tetap bukan milik kami dan disebabkan itu saya dan isteri akan bertanya terlebih dahulu sekiranya mahu mengambil barang yang diletakkan di luar rumah penduduk.

"Selain itu, ada juga penduduk yang sudah kenal akan menghantar barang yang tidak mahu dipakai ke rumah. Saya berterima kasih kepada semua yang sudi membantu selama ini selain tidak pernah memandang hina dengan kerja dilakukan kami," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 15, 2021 @ 8:01pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2021 06:00 PM | Show all posts
yelah...harga besi pun dh mahal..skrg 1.60/kg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050594 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list