CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Sabah] Pengoperasian semula Pasar Malam Api-Api melegakan ramai penjaja

[Copy link]
Post time 17-10-2021 03:51 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Pembukaan semula Pasar Malam Api-Api di Jalan Gaya oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) adalah satu langkah positif.

Mantan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, ia sudah pasti memberikan berita baik kepada para penjaja berdaftar di kawasan berkenaan.

"Langkah itu akan memberikan peluang kepada para penjaja untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarga masing-masing.

"Warga bandaraya ini sekali lagi akan menikmati suasana kehidupan malam di Jalan Gaya. Kebenaran juga diberikan kepada pelawat luar untuk berlegar-legar di kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Jalan Gaya atau Gaya Street merupakan satu jenama pelancongan yang sangat dikenali.

Oleh itu katanya, diharapkan tidak lama lagi, bandaraya ini akan kembali seperti sedia asal yang dipenuhi ramai pengunjung pada waktu siang dan malam.

Dalam pada itu, Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api menasihati semua penjaja untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar semua perniagaan berjalan dengan lancar.

"Pakailah pelitup muka berganda untuk keselamatan sendiri. Jangan sesekali melanggar peraturan SOP, janganlah ambil risiko tidak sepatutnya kerana Sabah masih belum mencapai sasaran 80 peratus kadar vaksinasi golongan dewasa," katanya.

Christina menjelaskan, Jurucakap COVID-19 Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada 15 Oktober 2021 berkata, hanya 71.5 peratus sahaja populasi dewasan di Sabah telah lengkap dos kedua vaksinasi.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.300055 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list