View: 453|Reply: 1
|
[Sabah]
Laksana harga paras purata tiket penerbangan di Sabah
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Kerajaan perlu menyemak semula harga tiket penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah serta lokasi lain agar ianya kembali berada pada paras purata selaras pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula 1 November depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau Azhar Matussin berkata setakat ini harga tiket penerbangan di beberapa lokasi domestik melonjak naik secara mendadak sekali gus dilihat sangat membebankan terutama kepada rakyat dalam golongan berpendapatan rendah di negeri ini.
Katanya langkah ini amat memberi kesan kepada rakyat dari segi ekonomi terutama kepada golongan yang terjejas akibat berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19.
“Ketika ini beberapa sektor perniagaan baharu memulakan operasi mereka selepas sekian lama akur dengan keputusan kerajaan dengan mengadakan penutupan penuh atau total lockdown.
“Dalam masa sama sektor pengajian tinggi dilihat kembali membenarkan kemasukkan pelajar dan sudah tentu perkhidmatan sektor penerbangan ini menjadi pilihan utama dalam kalangan ibu bapa menghantar balik anak-anak ke institusi masing-masing,” katanya.
Azhar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan Sabah (WARISAN) berkata semasa persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong mendakwa harga tiket penerbangan akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa.
“Kita menggesa agar kerajaan melalui Suruhajaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneruskan pemantauan harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
“Langkah ini dilihat tidak selari dengan Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersifat inklusif sekali gus dekat dengan rakyat serta menunjukkan satu nilai prihatin dan kasih sayang semua ahli keluarga besar negara,” katanya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mohon ada Warga Sabah & Swak atau GLC(ke) 'bertag team' tubuhkan syarikat penerbangan sendiri...bg mudahkan(lebih kpd membantu') 'perkara spt ini'. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|