View: 563|Reply: 0
|
EU mahu labelkan tenaga nuklear, gas sebagai 'hijau'
[Copy link]
|
|
Gambar fail menunjukkan loji tenaga nuklear yang ditutup hujung tahun lalu di Gundremmingen, Jerman. - Foto REUTERS
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk melabelkan kuasa nuklear dan gas asli sebagai sumber 'hijau' untuk pelaburan walaupun terdapat perselisihan dalaman sama ada ia benar-benar layak sebagai pilihan yang mampan.
Cadangan itu bertujuan menyokong anjakan blok 27 negara itu ke arah masa depan neutral karbon dan menyempurnakan kelayakannya sebagai penentu piawaian global untuk memerangi perubahan iklim.
Pada hakikat, Suruhanjaya Eropah secara senyap mengedarkan teks itu kepada negara anggota lewat Jumaat lalu selepas dokumen yang dijanjikan pada awal tahun itu dua kali tertangguh, sekali gus menunjukkan kesulitan menghasilkan derafnya.
Jika majoriti negara anggota menyokong, ia akan menjadi undang-undang EU berkuat kuasa pada 2023.
Semalam, suruhanjaya itu mengesahkan rundingan mula dibuat dengan negara anggota mengenai cadangan berkenaan, yang meliputi tenaga nuklear dan gas.
Jelasnya, ia turut 'mempertimbangkan peranan bagi gas asli dan nuklear sebagai perantara untuk memudahkan peralihan ke arah masa depan yang kebanyakannya berasaskan tenaga boleh diperbaharui'.
Perancis menjadi negara utama menyokong supaya kuasa nuklear, yang juga sumber tenaga utamanya, dimasukkan (sebagai sumber hijau), walaupun mendapat tentangan hebat Austria dan keraguan Jerman, yang sedang dalam proses menutup semua loji nuklearnya.
Menteri Alam Sekitar Jerman, Steffi Lemke, memberitahu kumpulan media negara itu semalam, keputusan memasukkan gas dan nuklear akan menjadi 'satu kesilapan', dengan alasan kuasa atom 'boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar'.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar Austria, Leonore Gewessler, turut mengkritik projek itu sebagai 'tenaga masa lalu' yang 'terlalu mahal dan terlalu lambat' untuk memerangi perubahan iklim.
Negara anggota dan pakar yang dirujuk oleh suruhanjaya itu mempunyai tempoh masa dua minggu untuk menuntut semakan kepada cadangan itu, sebelum deraf akhir diterbitkan pada pertengahan bulan ini.
Parlimen Eropah kemudian dalam jangka masa empat bulan boleh memutuskan sama ada meluluskan atau menolak teks itu menerusi undian mudah. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|