|
Georgina Rodriguez (kanan) dan pasangannya, Cristiano Ronaldo. - Foto ihsan Harper’s Bazaar Arabia.
LONDON: Georgina Rodriguez membuat pendedahan dalam siri dokumentari Netflix, dia pernah tinggal dalam bilik yang diubah daripada stor dengan kadar sewa sebanyak £250 (RM1,429.85) sebelum 'hidupnya berubah' selepas berjumpa Cristiano Ronaldo.
Model berusia 27 tahun berasal dari Argentina itu mengakui dia tidak mampu membayar alat pemanas atau penghawa dingin di bilik sewanya yang menyebabkan dia kesejukan ketika musim sejuk dan panas membahang ketika musim panas.
Georgina yang berhijrah ke ibu kota Sepanyol sendirian pada penghujung usia remajanya dari bandar dekat Pyrenees, Jaca dan bekerja sebagai pembantu kedai, memberitahu peminatnya mengenai gaya hidup mewahnya.
Katanya: "Ketika saya tiba di Madrid, ia menyedihkan.
"Saya mencari banyak flat murah, sekitar £250 sebulan dan akhirnya menetap di rumah yang diubah daripada bilik penyimpanan barang. Ia sangat sejuk ketika musim sejuk dan sangat panas ketika musim panas.
"Hidup saya berubah pada hari saya bertemu Cristiano Ronaldo."
Georgina mula berjanji temu dengan pemain bola sepak Manchester United itu ketika bekerja dengan bayaran £10 (RM57) sejam di butik Gucci dekat Madrid. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|