|
Robert Durst. FOTO Agensi
Los Angeles: Robert Durst, pewaris hartanah dan pembunuh yang disabitkan bersalah membunuh rakan baiknya disahkan meninggal dunia di penjara California, semalam.
Peguamnya, Chip Lewis berkata, lelaki berusia 78 tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami isu berkaitan perubatan yang turut berulang kali dimaklumkan kepada mahkamah dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Durst disabit bersalah tahun lalu atas pertuduhan melepaskan tembakan terhadap rakannya, Susan Berman, pada Disember 2020, di kediaman milik wanita terbabit dekat Los Angeles.
Pihak pendakwa berkata, suspek bertindak membunuh Berman bagi menghalang wanita itu membantu siasatan polis yang bakal mendapati Durst bersalah terhadap kehilangan isteri pertamanya, Kathleen Durst, 18 tahun lalu.
Isteri Durst berusia 29 tahun ketika dilaporkan hilang dan jasadnya tidak pernah dijumpai. Durst hanya didakwa atas pertuduhan membunuh pada Oktober tahun lalu.
Beliau adalah subjek dokumentari HBO berjudul: "The Jinx: The Life and Deaths of Robert Durst."
Dalam episod terakhir, Durst dikatakan berbisik sendirian, "Pastinya, bunuh mereka semua" - tanpa menyedari bahawa mikrofon yang dipakainya sedang terpasang ketika dia berada di bilik rehat.
Siri dokumentari itu turut memaparkan insiden kematian pada 2001 dan tragedi pembunuhan ngeri, membabitkan jiran Durst di Texas, Morris Black.
Durst mendakwa bahawa membunuh itu sebagai tindakan mempertahankan dirinya dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Durst adalah cucu kepada pengasas firma hartanah terbesar di Manhattan.
Nilai kekayaan Durst dianggarkan berjumlah sekitar AS$100 juta (RM420.01 juta).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|