CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6609|Reply: 13

Penerbang pesawat banyak kipas, pandangan orang pertama (DIY FPV racing drone)

[Copy link]
Post time 10-3-2022 03:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Zed-FPV at 16-3-2022 01:34 AM

SALAM CARI!

Noob di sini , perkenalkan hobi niche baru.
Tak sure ade benang spt ni sblm ni, sbb cari tak jumpa.
Selalu nampak footage² menarik drpd drone kan?
Tapi yg ni tak semestinya. Sbb racing dron kebiasaannya laju².
Dan videonya kurang resolusinya dan agak kotor/berpasir.Sekadar utk race pilot respond secara pantas.
Ada juga yg cun videonya, itu akan dikupas nanti.
Cara kawal pon susah sikit berbanding drone gps e.g. dji, autel, yuneec, etc.
Yg paling penting kebanyakan racing drone adalah DIY, ini menarik.
Semua spare part dia senang nak dapat, range harga pun luas.
Tak semacam drone gps yg spare part dia agak mahal dan susah utk repair.

FPV RACING DRONE

3 komponen utama
- Goggle - dipakai pilot darat first person view, pandangan sebenar dari drone.
- Transmitter - remote control utk kawal drone
- drone - pesawat banyak propeller/kipas



Disebabkan TT pun noob jugak, makanya eloklah dimula dgn segmen mikro.

RACING DRONE


Terdapat beberapa kelas dlm drone jenis racing ni:
- X Class - paling besar
- mini - 180mm ke 200+mm (jarak dari motor ke motor diagonal)


- mikro - kurang 180mm
- pico/tinywhoop - 65mm



Spt sedia maklum, lebih besar saiz, lebih besar modal.
Tetapi lebih kecil saiz, lebih susah utk diy.

Fokus benang kali ni lebih kepada micro whoop.
Sbb TT noob, tak confident diy racing drone open prop.
Semua binaan bersandarkan konsep spt di bawah:


1. Whoop - ada pelindung propeller utk keselamatan drone dan sekitaran
2. Powerwhoop - nisbah power:weight (p/w) lebih drpd 4x atau lebih
3. Pusherwhoop - propeller menolak udara ke bawah, utk naik i.e. mcm ironman. (biasanya tarik ke atas i.e. mcm burung)





Banyak betul kalo nak kupas satu²...


Stail terbang

Ada byk jenis, ikut pilotnya.
- Cruising - bersiar² steady or berkejaran
- freestyle - aksi akrobatik yg pelbagai
- racing - biasanya guna gates/hoop/tiang/halangan ikut track

Transmisi

Part ni penting, keupayaan signal radio dan video drone itu sendiri
- Long range; jarak dia cecah lebih 4km line of sight
- Mid range; yg ni kurang 4km
- Kurang drpd 1km kira biasa²
- Keliling padang bola; utk noob sbb zon selamat

Kapasiti

Berapa byk tenaga diguna dan berapa byk kerja yg dibuat?
- Ini bergantung kpd design/pemilihan parts yg diguna

Cell bateri yg biasa diguna di antara 2-6 cells i.e. 3.7V-22.2V
Jenis bateri yg biasa dipakai LIPO, LIHV, LION - bergantung kpd penggunaan.
Pokok pangkalnya, power systemnya yg mana ditetapkan oleh pilot lah.


EFFICIENT → OPTIMUM → PERFORMANCE

Efficiency (kecekapan) - menjurus kpd tempoh penerbangan yg lama, muatan bateri besar berbanding power system
Optimum - kebanyakan binaan ni yg terdapat dlm pasaran (siap dipasang i.e. bind-and-fly [BNF])
Performance - lebih byk diguna utk race atau chase atau erti kata lain power system yg besar berbanding muatan

Kos

Ini yg paling susah nak dibincang. Sbb...
Hobi ni perlu komited. Bole sukat ikut keperluan, tapi racun dia...haha.

Pun masih ada range jugak, drpd noob-pro.
Ada complete set goggle-radio-drone, ada yg drone sahaja.
Ada juga customization yg pelbagai, maklumlah, hobi.
Ada set professional yg diguna utk pengambaran, pengangkut kamera cinema, etc.
Pokoknya, ikut poket si pilot.
- spt yg telah disebut TT berkali-kali, noob, ambil yg paling rendah. Tp atas sikit je.
Mungkin boleh masuk bab teknikal hardware/soft/firmware lebih dlm lps ni...harap sabar.





Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2022 01:14 AM | Show all posts
Edited by Zed-FPV at 11-3-2022 01:18 AM

Jadi persoalannya...

Bagaimana nak mula?

Langkah pertamanya itu dgn mula mengenal
- spt mana yg dijelaskan di post pertama, tujuan dan haluan

Keduanya, mula mencuba terutamanya dlm kendalian
Walaupun hobi ni bermodal agak besar dan membesar

atau mula kecil dan membesar secara berkala...
- sebenarnya utk mula PERCUMA saja, jika kurang berminat tak rugi pun

SIMULASI PENERBANGAN DRONE


Seawal-awal mengenali hobi ini, yg paling mudah cuma guna handphone saja
Ada pelbagai aplikasi yg beri pendedahan awal utk pemula
Ada juga aplikasi yg lebih real spt penerbangan sebenar
dan kebanyakannya tu berbayar atau ada juga yg trial



Antara aplikasi yg popular:

1.
Liftoff
2.
Velocidrone
3.
DCL - The game
4.
FPV Freerider
5.
DRL drone simulator



Ada banyak lagi, boleh cuba google.
- Sama ada PC, android, ios, mac, etc.

TT cadangkan FPV Freerider/recharged utk android, mudah diguna
Boleh guna phone saja atau guna sambungan on-the-go kpd radio transmitter



*** Pendedahan sebegini utk elak beli set drone terlalu awal dan rosak awal sblm guna sepenuhnya.

Lebih afdal sekiranya minat utk terus berjumpa dgn rakan sehobi
bagi mencuba peralatan yg diguna terutamanya radio transmitter.
Krn setiap org akan berbeza tahap keselesaan memegangnya, wlpn bole dilatih
- sebaik²nya cuba dptkan sekurang²nya satu controller sbg tanda minat dan mulakan latihan

Kemahiran menerbangkan drone ni perlukan berjam² penerbangan utk membiasakan kawalan
Dan aplikasi simulasi ni dpt byk membantu sblm memulakan penerbangan sebenar.

Mulakan dgn penjadualan dan tahap, utk melihat progres
drpd tahap plg mudah hingga ke paling mahir
drpd mode stabil ke mode akrobatik
- sehingga lah tepu...

P/s: Yg bagusnya simulasi ni, jika terhempas tiada kerosakan. Mula semula. Mudah dan percuma.

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2022 12:33 AM | Show all posts
Memandangkan satu post cuma boleh ada 30,000 character shj, terpaksa kasi ringkas²...

RADIO TRANSMITTER

Peralatan utama yg paling rapat dgn seseorang pilot/penerbang dron adalah remote controller
Ia juga dipanggil radio transmitter (TX) yg menghantar signal kendalian ke dron

Ada banyak jenisnya, bentuknya, harganya, protokolnya, channelnya, etc.
Ia terdiri drpd 2 gimbal, suis², tombol², skrin (remote yg besar), modul dan antenna.

Frekuensi yg biasa diguna iaitu:
- 2.4GHz jarak sederhana dgn kadar pantulan yg lebih tinggi
- atau 900Mhz jarak jauh dgn kadar penembusan yg lebih tinggi

Bilangan channel yg diperlukan antara 6-18 bagi dron multi propeller
setiap channel mewakili satu² fungsi tertentu:
- aeleron
- throttle
- elevator
- rudder
- arm/disarm
- flight modes
- buzzer
- etc.

Utk dron multi copter/kipas/propeller diguna sbg throttle, pitch, yaw, roll, arm/disarm, buzzer, etc.
Lebihan channel adalah utk kawal aksesori² tambahan lain e.g. LEDs, servo, mesin fog, etc.
atau fungsi tambahan yg boleh ditetapkan dlm konfigurator penerbangan e.g. blackbox, profile rate, etc.




Ada juga yg paling simple.



dan kompleks






Kebanyakannya sedia utk diguna dgn simulasi, ada yg perlu alat/adapter tambahan.


Signal yg dihantar (transmitter - TX) akan diterima terus ke penerima (receiver - RX) di dron
sama ada komponen berasingan atau siap terbina dlm pengawal penerbangan (flight controller - FC)



Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 01:25 AM | Show all posts
Org kata, hobi ni mahal. Byk racun, perhabis duit dan sebagainya.
- Ya dan tidak.

INTERMISI

Ya, bila terlalu cepat buat keputusan utk memiliki dan main.
Sbb setiap konsumer perlu ada ilmu kepenggunaan.
Bukan sekadar konsumer tetap tanpa henti. Rosak-beli, rosak-beli, seterusnya...
- selalu disebut 'toy grade', 'serious toys', mainan ada², etc.

Tidak, bila ianya sbg proses pembelajaran dan hobi sihat.
segmen mainan yg lebih serius ni merangkumi byk bidang.

- mekanikal, mekatronik, elektronik, programming, fizik, kimia, navigasi, geo-info, etc.
Dan ianya bukan sekadar DIY, tetapi perlu melalui pendedahan awal asas²...

TT pun mula dgn belajar berbulan lamanya utk dalami sblm mula rancang pembelian alatan
keputusan yg dibuat perlu penelitian supaya tidak berlaku pembaziran
atau sama spt hobi² lain menyebut ianya sbg 'pencen awal'.

Ringkasnya, hobi jenis remote control (RC)

device yg dikawalnya tu namanya drone/UAV
jenis drone pulak kebanyakannya punya empat kipas/propeller
org putih sebut quadcopter (quad)
Ada yg angkut racun agrikultur, ada yg angkut parcel, ada yg angkut kamera cinema,
ada yg angkut org juga, ada yg angkut bekalan bantuan, ada angkut alatan pemantauan...
- semua ni drone angkut²

Yg ni drone lumba, laju dan mengikut gerak jari yg sgt sensitif
wlpn boleh dilaraskan kesensitifan dia, masih lagi dikira agresif berbanding drone GPS

Maka oleh yg sedemikan, perkara yg paling sering berlaku hanyalah
CRASH³...

Jadi semua FPV racing drone adalah berkeupayaan utk dibaiki gaya diy.
Dan semua alat ganti dan komponen utama mudah didapati dgn harga yg berpatutan.


Dengan ini, diucapkan selamat berkecimpung dlm dunia FPV Racing Drone.
- anda telah menjadi ahli...

  



Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 11:53 PM | Show all posts
Ready-to-fly (RTF)

Dulu masih ingat, toy grade drone biasanya agak kecil
Sesuai utk dalam rumah dan tak perlu goggle.
Sekadar main line-of-sight (LOS) je, keliling ruang tamu sbg cth
Dgn bentuk yg kecil dan ringan, langgar apa saja pun masih ok.




Ye, dulu dan kini masih ada dlm pasaran i.e. Eachine E010
Juga model² seumpama dia e.g. inductrix, tinywhoop, etc.
Yg beserta controller, ia punya motor brushed/coreless.
Tempoh penerbangan bagi suatu bateri dlm 2-3 minit.


Tiada masalah sekiranya terbang berdekatan dgn orang
cuma hati² dgn kipas² propeller supaya tidak tersangkut
dgn apa jua yg boleh disedutnya...hehe.
- terutamanya rambut

Tapi itu dulu punya cerita (wlpn masih ramai yg main)
Kini ramai yg cuba mod kpd fisrt-person-view (FPV)
- dgn meletakkan camera dan VTX di atasnya...




Lepas ni TT start masuk FPV dan apakah ia. Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2022 10:51 PM | Show all posts
Edited by Zed-FPV at 20-3-2022 10:56 PM

Bagaimana rasanya jadi seorang pilot?
Duduk di kokpit, kawal pesawat ke mana² haluan tuju
Bagaimana pula rasanya jadi pilot gaya bebas/akrobatik ala² motorshow LIMA?
Sama spt simulasi di simulator utk drone.
Pilot yg kawal duduk/berdiri di daratan, pesawat yg terbang
- atau dikenal sbg...

First-person-view System (FPV system)


Yg membuatkan ia berbeza dgn drone² lain ialah sistem transmisi visual
yg menggunakan camera + video transmitter + antenna di bahagian pesawat
dan antenna + video receiver + skrin di bahagian pilot.

Pakej ni namanya first-person-view (fpv) system. Yg biasa diguna tu:
- analog system (sejak azali)
- DJI FPV system
- HDZero FPV system
- Orqa FPV system (belum release)

Rasanya di sini, TT bawak analog FPV system dulu lah. Sbb TT noob lagi.
Lagipun TT ada yg ini saja...nak explain kasi.

Pada zaman dahulu...







Seawal hobi ini berkumandang, fatshark antara jenama terpopular
menjadi idaman para penggemar hobi ni, sehingga tiada yg tidak punya
Dan alatan ini lah yg paling lama utk cuba dimiliki, kecuali pecah tabung.
dan ramai juga yg telah terkorban (a.k.a. pencen awal)

Tapi...TT tak terus ke sana dulu.

SKRIN

Display/skrin ini tak semestinya dgn goggle
Ada yg tak langsung guna goggle sbb pening, selamanya guna skrin
Terutama penerbang line-of-sight (LOS) yg mahir.


Masa mula dulu TT guna skrin jugak...



Waktu tu Eachine moneagle yg paling terang dlm pasaran
dan ada DVR skali boleh rekod video penerbangan, hanya perlu masukkan sdcard
Siap bateri dan boleh cas sambil terbang, tiada hal.


TT sewaktu noob tahap 1, cuma sangkut di radio transmitter utk terbangkan pesawat.
Tanpa goggle pun boleh, cuma silau dan terletak je lah. Goyang² jgn.




Nota: Gambar semua main petik je ye, bkn gambar TT sebenar. Sedia maklum.

Selesai bahagian pilot, yg di dron pulak biasanya dah siap dipasang.
Kecuali DIY punya, nanti check balik page yg depan² akan dtg.

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2022 04:42 AM | Show all posts
Apa kelebihan first-person-view (FPV)?
- mudahnya spt pandangan org pertama atau point-of-view (POV) si pemakai

Sistem ini banyak diguna dlm sistem keselamatan (CCTV) pd awalnya
dan transmisi video (dan/atau audio) dilakukan secara tanpa-wayar (wireless)
menggunakan signal 5.8GHz dlm band dan channel tertentu (piawai)
Juga diguna dlm sistem pemancar televisyen dahulu kala (sblm pendigitalan)
Cumanya, siaran secara langsung (real time) menerusi camera analog TVL dgn sensor CMOS/CCD

Terlalu banyak maklumat? Abaikan...

Sistem FPV ni bukan stakat utk dron shj, malah apa shj
e.g. rc car, rc plane, rc heli, segala remote control (termasuk TV),
lekat dlm kereta, depan, kiri, kanan, bawah, belakang kenderaan,
ikat atas kepala kucing, leher anjing, belakang merpati, kuda, harimau,
lekat kat dinding, luar dlm bangunan, tiang, di mana² saja...


FPV-it-ALL

Yg paling ringkas alat yg TT guna mcm ni



4-dalam-1; camera, video transmitter, antenna, on-screen-display (OSD)
* yg OSD tu optinal la...kemudian.

Cuma perlu sambung ke bateri dan terus boleh guna.
- 3.3-5.5V, 40mA
@3.7V

Gandingkan dgn skrin sebelum ni, siap boleh berFPV.

Kenapa transmisi 5.8GHz dan bukan wifi atau bluetooth?
- sama spt sistem penyiaran TV, yg guna menara pemancar dan antena penerima di rumah anda (dulu la)

Bab tu bersambung...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2022 12:19 AM | Show all posts
Selaku pemula yg betul² berminat dgn hobi ni, TT dulu cari² jugak pendedahan tertentu
Sbb setakat dengar cerita je tak menarik sgt, belajar satu² bab teknikal lagi bosan.
Maka, TT mula google dan youtube, join grup di sosmed utk tahu lebih dalam.
- saranan internasional mesti akan bawa ke alam FPV drone yg paling luas mcm ni




Di Malaysia pun ramai ahlinya, mcm fb grup di bawah ni:
1) FPV Racing Drone Malaysia
2) Micro Drone RACE MALAYSIA


Yg bagusnya, rakan sehobi akan beri spot²/port² menarik utk terbangkan dron
Selain tunjuk/update skil² terbaru tips² dan perkongsian masalah teknikal etc.
Tidak lupa sesuap racun sehari sekali-sekala...hehe.

Hobi ni kena ada supporting komuniti juga utk sama² kongsi sedikit-sebanyak
yg membolehkan ianya berkembang dan memudahkan para penggiat/penggemar

Apa pun hobi, semua bermula di rumah.
Apa peralatan lain yg diperlukan?
- spt kerja² diy, TT guna apa yg ada dulu. Simple.

Bersambung...kita bedah sebiji dron pulak. Apa isi dlm dia?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2022 03:04 AM | Show all posts
Edited by Zed-FPV at 10-4-2022 03:14 AM

Salam kembali...

Kendalian pesawat banyak kipas

Satu kipas dipanggil single rotor
banyak kipas dipanggil multi-rotor
Dua kipas dipanggil bicopter, dual-rotor
Tapi jika kaedah kawalannya berbeza dipanggil helicopter
Tiga kipas dipanggil tricopter, 3-rotor
Empat kipas baru dipanggil quadcopter, 4-rotor

1 kipas yg besar lebih baik tujahannya drpd 4 kipas kecil
manakala 4 kipas kecil lebih mudah dikendali drpd 1 kipas besar

Sama seperti kenderaan beroda, cuma multicopter guna kaedah gerak gyroskopik
kenderaan beroda geraknya melurus dan beloknnya juga




Yg memacu cuma dua roda dan dua lagi dipacu sambil dikemudi
Oleh itu, kenderaan beroda adalah antara yg paling mudah dikendali.

Berbeza dgn pesawat banyak kipas, semuanya memacu, semuanya kemudi.
Quadcopter punya sensor utama yg mengesan perubahan 3-paksi; paksi-x, paksi-y, dan paksi-z
sensor utama ini dipanggil GYRO yg merupakan chip elektronik dlm board utama pengawal penerbangan




Mekanisma gerak gyroskopik ini adalah dengan mengawal putaran kipas
Jika naik ke atas (paksi-z), semua kipas berputar sama mengikut pecutnya
Jika naik ke kiri/kanan (paksi-x), sepasang kiri/kanan berputar sama, sepasang kanan/kiri lebih laju/perlahan bertentangan - guling kiri/kanan (roll)
Jika naik mendongak/menengok bawah (paksi-y), sepasang depan/belakang berputar sama, sepasang belakang/depan lebih laju/perlahan bertentangan (pitch)
Jika terapung tetap (hover) je kemudian pusing toleh kiri/kanan, sepasang berputar sama, sepasang lebih laju.
- nak senang kena lukis sikit, macam kat bawah ni.

Lagi satu, jika turun, matikan kipas.
Tapi utk elak terhempas ke tanah, putaran kipas tu menghampiri putaran terapung (hover)
Cth: Jika kedudukan terapung pesawat ketika throttlenya 50%, turun dgn throttle hampir kpd 49%





Nampak, kan susah sikit. Tapi susah pun, penerbang pesawat tak perlu pening.
Sbb yg terjemah kepada gerakan gyroskopik ni dibuat oleh chip GYRO tersebut.
- setakat ambil tahu je

Jadi, pilot darat cuma guna jari je. Picit guna dua jari (pincher) atau satu ibu jari (thumber).
Macam main game console, cuma lebih banyak kawalan dia.








Kalau yg pernah main game terbang-terbang memang familiar lah

Ok, bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2022 05:08 AM | Show all posts
Edited by Zed-FPV at 15-4-2022 06:00 AM

Nak mula bina sebuah racing drone? Apa komponen yg kena ada?
- Hardware?
- Software?
- Alatan/tools?
- Uji dan terbangkan?
- Tertibnya...

Awalnya, kena tetapkan design/rekaan dulu

sama ada saiznya, kelasnya, jenisnya serta muatan dan kuasanya
Yg ini kita bincang kemudian...



Anatomi Quadcopter


Kita ambil yg paling asas, iaitu bersaiz mini (250mm diagonal motor ke motor)
guna propeller 5 inci dgn power system 4S (bateri 4-cell), freestyle racing drone




Platform ini yg paling popular dan lebih mudah utk dihadam

FC (flight controller):
Jantung kpd pesawat ni adalah pengawal penerbangan (FC)
Di dalamnya terdapat chip gyro dan sambugan kpd komponen elektronik lain

selain itu terdpt chip on screen display (osd) utk system fpv
Sensor² bersambung terus dgn chip pemproses; biasanya F3, F4, F7 atau H7
iaitu otak kpd pesawat beroperasi yg mana lebih terkini lebih pantas.



XT60 + kapasitor
Wayar terminal utk sambungan bateri/cell dgn spike control (kapasitor) sbg ciri keselamatan kpd komponen elektronik

RX (radio receiver)
Penerima signal kawalan radio, ikut protokol radionya



Buzzer
Berbunyi sbg tanda amaran atau sbg drone finder

ESC (electronic speed controller)
Kawal kelajuan spin (rpm) motor/rotor
Ada yg single, ada yg 4-in-1



Motor
Pemacu propeller, mengikut saiz stator dan kv (kadar kelajuan ikut votannya)



FPV sytem (camera + vtx + antenna)
Penghantar signal video kpd pilot
Ini utk analog ye, HD fpv system lain page ye

Frame

Tempat duduknya semua komponen di atas.
Ada yg plastik, ada yg barang recycle diy, tapi biasanya carbon fiber
sbb ringan dan rigid, kuat, tahan dan keras
Bentuknya pulak, ada yg trueX, ada yg strechedX, ada yg H,




Struktur kerangka juga ada jenisnya; unibody (1-piece), replaceable arms, top-bottom plate
dan tentunya ini adalah jenis open propeller, tanpa pelindung propeller.

Sambung nanti...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 12:33 PM | Show all posts
Edited by Zed-FPV at 12-5-2022 12:41 PM

Kenapa whoop? Kenapa pusher?

Whoop ni sbg pelindung propeller (guard) je, tak lebih drpd tu. Tujuannya:
- pelihara propeller drpd terkena objek asing/sekitaran
- pelihara tangan drpd terkena propeller bila pegang
- sbg landing gear (utk pusher style bateri top)
- cool

Pusher (tolak angin) pulak sbb tiada rintangan di bawah propeller:

- lebih tujahnya (tak banyak tp signifikan)
- hujung lidah propeller (tip) sbg level Gc (center of graviti) plg bawah, sesuai utk rekaan tertentu
- low profile (nipis)


Macam kt bawah ni...

  


  


  


  


Bersambung...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2022 12:27 AM | Show all posts
Salam FPVian!

Kita tinggalkan sekejap build dan basic stuffs pasal FPV racing drone
dgn selingan LIMA (5) aksi rakaman terbaik yg TT minat dipertonton
kpd yg baru berjinak² dlm hobi ni - paling ekstrim!

1- Aksi kejar-mengejar ni antara yg terbaik setakat ni oleh Drone Gods:




2- Junaman terbaik drpd bangungan tertinggi oleh Johnny FPV:




3- Drone lumba terlaju sesangat! oleh Captain Vanover:




4- Gaya bebas tersohor oleh Mr. Steele:






5- Eksplorasi inspirasi gaya Free Zillion:






Menarik bukan? Banyak lagi rakaman yg boleh dibuat dgn FPV
dan industri perfileman juga telah memberi tempat yg ekslusif kpd FPV
yg mampu membuat aksi yg luar drpd kebiasaan dan unik.

Kita sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2022 04:01 PM | Show all posts
Edited by Zed-FPV at 20-12-2022 01:00 AM

Salam CARI!

Kembali dgn satu masalah:
- mcm mana nak shoot video FPV hi-quality HD/4K?
- dron fpv mana yg sesuai?


Sbg pemula, soalan pertama utk diperjelaskan ialah:
- mini-HD (720p), FHD (1080p) or 4K/UHD (2160p)?
- jenis camera, size dan berat?
- FPV atau action cam/cinema cam?

Jawapan dia akan berbeza disebabkan muatan berbeza
Boleh juga guna digital FPV system e.g. DJI, HDzero, walksnail, etc.
Cuma terhad utk 1080p/720p shj.

Maka, digalakkan utk guna action camera yg lasak dgn mountnya
Krn lebih mudah dan lebih berquality, cuma kena lihat size dan berat juga:

1. Runcam Thumb



Hanya ~10 gram, 1080p FHD 60fps sesuai diguna utk semua jenis dron micro.
Terlalu ringan, cuma perlu sediakan 5v cable utk power shj.
Ada juga versi 4K (runcam thumb pro) ~ 16 gram sesuai utk drone 2 inci dan ke atas.
Ada juga varisn caddx peanut dan insta360 go yg serupa.

2. Gopro



Gopro yg terkini masih belum release, tp bole refer nanti.
Sejak seawal model, gopro mmg pilihan utama action camera
ada juga pesaing lain yg lebih murah cuma quality video gopro lebih
memberangsangkan bagi mana2 videografer terutama anti-gegar
hypersmooth bermula sejak model ke 7 dan selepasnya.
Saiz yg compact, kalis air, berat dlm ~100 gram++ dan tahan lasak
antara sebab ramai memilih action camera ni.
Biasa diguna utk dron bersaiz 2.5 inci ke atas, 5 inci terpopular.
Bagi drone micro ada telah byk versi decased di pasaran
yg beratnya cecah ~ 25 gram shj.

Tidak lupa juga varian insta360 1R dan dji osmo action



Tetapi, ketahanan, kalis air, dan byk lagi ciri2 keselamatan yg
terpaksa dikorbankan. Sbg bonus, boleh guna dron sekecil 1.6 inci shj
Lebih kecil, lebih ringan, lebih senyap, lebih mudah kawal.

3. Cinema camera

Segment ni kita skip, terlalu mahal dan khas utk cine pro enterprise
Ada juga level hobi, spt dslr bajet atau handphone.
Atau yg piawai diguna umum spt blackmagic cinema camera
Terlalu awal utk masuk segmen ni, just nak expose je k.



Diamond standard: Red komodo dgn sicarioX8
Segmen ni disebut cinelifters sbb mmg berat, ~3.5 kilogram. Fuh!
(jgn check harga dia k...lol.)

Bersambung...

P/s: TT pun cuba² juga dan ada yg baik, ada yg tak. Pusing² pun jadi lah. Hihi...



















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2023 02:54 PM | Show all posts
Salam tahun baru 2023 semua!

TT pun kian kurang rajin singgah ke sini. Tapi kali ni ada peluang dpt luang sikit masa. Kita sambung...

DIY builds!

Selain yg dijual secara siap complete di sopi/lasadah/banggud/alixples/dsb. kita boleh bina sendiri dgn parts² tertentu/pilihan.
Spt yg dijelaskan di atas (parts²), kelengkapan asas mesti ada spt:
- solder/pateri set,- hex skru set, playar muncung tirus, cutter
- multimeter (optional),

- selotep/double sided tape/gam gajah/masking tape/wayar tape/gam epoxy/velcro tape/etc. (mengikut keperluan)
- cable tie, zip tie, lock tie (yg serupa dlm pelbagai saiz)
- heat shrink (saiz ikut keperluan) dan lighter/heat gun
- 3D printer, CNC desktop router (ni utk yg advance sikit le)


Kelengkapan atas ni akan bertambah ikut keperluan binaan/build. Bukan lah wajib ada... (kecuali dua yg plg atas tu)

Design?

Part ni bkn hal bersembang, tp kena tentukan sblm start.
Spt yg dah citer kat atas kan maka, plg senang copy/tiru je spec/build sedia ada
Untung kalo dpt parts lg murah drpd yg siap, tp biasanya ending dia akan jd lg mahal...hihi.
- sangka baik, builders dpt pengalaman bina sendiri drone dan customize config ikut citarasa sendiri.

Sorry, stakat ni dulu post pertama tahun 2023!

Kita layan build oleh Zed...hihi. Terima kasih!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.266316 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list