View: 774|Reply: 6
|
[Dunia]
Nusantara bukan projek bermotifkan politik, semuanya demi rakyat
[Copy link]
|
|
ILUSTRASI pemandangan Istana Presiden baharu yang akan dibina di ibu negara Indonesia baharu, Nusantara di Kalimantan Timur.-AFP
Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan Nusantara bukan projek terburu-buru mahupun bermotifkan politik.
Sebaliknya, beliau menjelaskan projek itu adalah sebuah perjuangan Indonesia mewujudkan negara yang memegang prinsip keadilan sosial kepada seluruh rakyat Indonesia.
Jelas Jokowi, transformasi besar melalui pemindahan ibu negara bukan semata-mata memindahkan Jakarta, tetapi menjadi negara yang mempunyai ekonomi yang kuat dan mandiri.
“Sebab itu, kita juga telah melakuan proses transformasi ekonomi secara besar-besaran dengan mengubah jati diri sebagai negara pengeksport bahan mentah menjadi negara industri yang berwawasan,” katanya.
Menurut Jokowi, aspek pembangunan industri perlu seiring dengan alam sekitar yang lestari kerana dunia berdepan ancaman perubahan iklim yang memberi kesan besar kepada kehidupan di seluruh dunia.
“Itu sebabnya kita perlu menyeimbangkan antara aspek kesejahteraan dengan alam sekitar dengan menerapkan ekonomi hijau secara konsisten,” tegasnya.
Awal tahun lalu, Jokowi memutuskan ibu negara baharu di Kalimantan Timur dinamakan sebagai Nusantara yang melambangkan Indonesia.
Nusantara merupakan langkah Indonesia dalam membangunkan peradaban baharu yang lebih transformasi, mencerminkan keperibadian rakyat negara ini dan mampu bersaing secara global.
Nama Nusantara bagi menggantikan Jakarta itu bersesuaian dengan geografi dan kepelbagaian budaya yang dimiliki negara ini.
Kos pemindahan pusat pentadbiran itu akan menelan belanja di bawah AS$33 bilion (RM138 bilion), dengan negeri akan membiayai 19 peratus, selebihnya datang daripada perkongsian awam-swasta dan pelaburan swasta.
Kos itu termasuk pejabat dan rumah kerajaan baharu untuk kira-kira 1.5 juta penjawat awam. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdenyut-denyut mutiara khorsani Friska |
|
|
|
|
|
|
|
sana banyak pulau cantik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
di harap akan ada civil war antara ketuanan jawa dan dayak kat sana dan arwah sultan sultan melayu sumatra boleh mati dengan tenang |
|
|
|
|
|
|
|
cantik design istana presiden dorg ada unsur minang,tak mcm putrajaya x abis2 dgn design kubah padang pasir langsung takde ciri2 kemelayuan |
|
|
|
|
|
|
|
cantik... moga bertambah maju jaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jakarta makin sesak, macit & sekejap lagi katanya akan di tenggalami air laut |
|
|
|
|
|
|
| |
|