View: 1173|Reply: 11
|
[Dunia]
Bencana menanti dari Chernobyl
[Copy link]
|
|
Tindakan tentera Rusia mencetuskan risiko kerosakan pada struktur pembendungan yang dibina di sekitar reaktor keempat loji. – The Mega Agency
Bencana menanti dari Chernobyl
KIEV, Ukraine – Peningkatan kadar radiasi loji nuklear Chernobyl akibat kebakaran hutan di kawasan sekitarnya susulan serangan berterusan oleh tentera Rusia berisiko mengancam berjuta-juta penduduk Eropah.
Menurut akhbar The Sun kelmarin, kira-kira 31 kebakaran hutan dilaporkan di zon pengecualian Chernobyl dengan pegawai-pegawai Ukraine memberi amaran, radiasi boleh merebak ke seluruh rantau Eropah, seterusnya memberi kesan kepada seluruh dunia.
Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk menuduh Moscow sebagai melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab di sekitar loji nuklear Chernobyl. Loji tersebut kini dikuasai oleh tentera Kremlin.
Justeru, beliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghantar misi penilaian risiko ke kawasan tersebut.
Menurutnya, tentera Rusia melakukan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian sekitar loji Chernobyl yang menjadi lokasi bencana nuklear paling buruk dunia pada tahun 1986.
“Tentera Rusia membawa masuk sejumlah besar senjata lama yang tidak diselenggara dengan baik. Ini meningkatkan risiko kerosakan struktur pembendungan yang dibina di sekitar reaktor nuklear keempat yang rosak,” ujarnya.
Tambah Vereshchuk, askar Kremlin juga menghalang anggota-anggota bomba daripada mengawal sebahagian besar kebakaran di zon tersebut.
“Dari sudut keselamatan nuklear, tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak profesional tentera Rusia telah mencetuskan ancaman amat serius bukan sahaja kepada penduduk Ukraine, malah ratusan juta warga Eropah.
“Justeru, kami meminta Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan langkah segera bagi menghapuskan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian sekitar loji Chernobyl.
“Kami juga menggesa PBB untuk menjalankan misi khas bagi menghapuskan sebarang risiko berulangnya kembali bencana nuklear akibat daripada tindakan tentera Rusia,” kata Vereshchuk.
Sementara itu, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Ukraine, Lyudmila Denisova memberi amaran bahawa peningkatan pencemaran udara akibat kesan radioaktif boleh mengancam negara-negara jiran.
“Amat sukar untuk kita mengawal kebakaran di sekitar Chernobyl kerana zon pengecualian telah ditawan oleh tentera Rusia.
“Disebabkan kebakaran, radionuklid dibebaskan ke atmosfera yang kemudiannya disebarkan pada jarak jauh oleh angin. Ini akan memberi ancaman kepada Ukraine, Belarus dan negara-negara Eropah lain,” kata Denisova.
Dalam pada itu, laporan turut menyebut bahawa kebakaran hutan berhampiran Chernobyl juga boleh memusnahkan kemudahan penyimpanan bahan api nuklear dan sisa nuklear.
Cuaca kering dan berangin pula akan meluaskan lagi kawasan kebakaran.
Moscow bagaimanapun menafikan tenteranya menyebabkan fasiliti nuklear di Ukraine itu berada dalam keadaan berisiko. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... nti-dari-chernobyl/
|
|
|
|
|
|
|
|
Rusia takut untuk gunakan senjata nuklear atau kimia di Ukraine sebab takut NATO join perang. Jadi aku rasa Rusia memang sengaja nak merosakkan loji di Chernobyl itu untuk mencetuskan suasana "perang nuklear" tetapi tanpa menghantar sebutir pun bom nuklear. Mereka memang sengaja bawa senjata "besi buruk" ke sana supaya senang untuk mencetuskan "kemalangan" dan tidak rugi jika kesemuanya terpaksa ditinggalkan di situ dengan tiba-tiba. Sekian pandangan aku sebagai seorang penganut teori konspirasi. |
|
|
|
|
|
|
|
rosak bumi angkara tangan2 manusia durjana ni..kecik2 tak nak mampus dah tua menyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
|
kalau loji nuklear terbakar bukan panggil bomba utk padam api.
kesian mati la bomba tu kene radiasi.
bodoh punya ukraine nak meraih simpati cuba la jgn menipu mcm yahudi tak blh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pasa replied at 28-3-2022 08:28 PM
kalau loji nuklear terbakar bukan panggil bomba utk padam api.
kesian mati la bomba tu kene radiasi ...
Apa punya bodoh statement... |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 29-3-2022 11:56 AM
Rusia takut untuk gunakan senjata nuklear atau kimia di Ukraine sebab takut NATO join perang. Jadi a ...
Itula art of war. Zaman skrg mgkin susah nk guna art of war sbb byk teknologi boleh kantoi kan
Cepat la perang nuklear. Rugi je ada tp tk guna |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa NATO nak join perang pula padahal Ukraine bukan geng NATO pun. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 29-3-2022 02:28 PM
Kenapa NATO nak join perang pula padahal Ukraine bukan geng NATO pun.
Hanya kalau senjata kimia digunakan oleh Rusia, sebab mencabul undang-undang antarabangsa. US pun akan join kalau itu berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Nuklear jangan tak nuklear! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pasa at 29-3-2022 05:47 PM
statement bodoh macam yahudi kapir...you know kapir..
kuat menipu. acah-acah terniaya..
sebeum ni geng kapir pro yahudi ni cakap Iraq ada WMD korang kasi ranap iraq
org kapir pro yahudi nak hancurkan iraq sbb nak jaga keselamatan negara yahudi israel kafir
nah sekarang kapir attack kapir, kapir pro yahudi buat cerita kapir rusia busuk hancing kene sanction satu dunia..
kapir-kapir bila la korang nak berubah.
|
|
|
|
|
|
|
|
pasa replied at 29-3-2022 01:39 AM
statement bodoh macam yahudi kapir...you know kapir..
kuat menipu. acah-acah terniaya..
Ko tidak tahu russia pernah serang negara yang ko cerita?.. Tetapi lobai kata cerita lama ter gelak aku... Depa kisah perang viet...sebab perang viet pun depa failed ... Russia ukraine war once kremlin depa dapat tawan quite possible negara lain ikut nasib sama... Tetapi aku lagi hairan afghans dan iraqis perang depa lari ke nahara kapir majority bukan negara islam.... Ko bodoh memang tidak boleh diajar yea... |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah muak tengok TV, mana mana pun sokong agenda US/ yahudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|