View: 516|Reply: 4
|
[Tempatan]
100 dron digunakan dalam sektor pertanian di Kelantan
[Copy link]
|
|
100 dron digunakan dalam sektor pertanian di Kelantan
4 minutes
KOTA BHARU, 29 Mac (Bernama) -- Sebanyak 100 dron digunakan di Kelantan untuk memperkasa dan meningkatkan produktiviti sektor pertanian di negeri itu selaras perkembangan Revolusi Industri 4.0.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata daripada jumlah itu, 80 dron adalah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Beliau berkata selebihnya pula adalah milik Jabatan Pertanian, Kumpulan Pertanian Kelantan dan juga beberapa individu pesawah dan petani yang mengusahakan pertanian dalam skala yang besar.
“Penggunaan teknologi baharu (dron) ini sangat membantu petani yang melibatkan projek pertanian yang berskala besar terutamanya bagi pembajaan, meracun dengan lebih berkesan sekali gus dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja dan menjimatkan kos.
“Selain itu, Jabatan Pertanian dan pihak-pihak yang berkaitan dengan sektor pertanian telah mula melakukan pendaftaran kepada pemilik-pemilik dron sama ada milikan individu mahupun agensi di Kelantan kerana penggunaan dron berlesen adalah yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata bagi memantapkan lagi penggunaan dron dalam kalangan petani dan pesawah, pihaknya telah melakukan beberapa siri kursus pengendalian dron termasuk memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berkenaan.
Katanya, selain itu pihaknya juga telah melakukan libat urus dengan syarikat Aerodyne iaitu syarikat dron yang ketiga terbesar di dunia untuk memperkenalkan sistem dron dengan lebih menyeluruh dalam pelbagai sektor terutamanya pertanian.
“Kita juga telah mempertemukan syarikat berkenaan dengan KADA, Jabatan Pertanian untuk membantu penggunaan dron dengan lebih baik kepada agensi berkaitan.
“Kerajaan negeri juga turut mengalu-alukan syarikat-syarikat yang ada kepakaran untuk bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian terutamanya menggunakan teknologi moden pertanian,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri hanya mengimport hasil pertanian sekitar 40 peratus sahaja sekali gus ia menggambarkan sektor pertanian di negeri ini mempunyai masa depan yang cerah.
“Kita juga kini giat menggalakkan golongan belia yg celik IT (teknologi maklumat) untuk menceburi sektor pertanian bukan sahaja bertujuan memenuhi permintaan domestik bahkan juga melahirkan lebih ramai petani moden,” katanya.
-- BERNAMA
Sumber: bernama.com |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri lain pkai drone jugak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 29-3-2022 09:55 PM
kok..tarik kerbau nya pakei dron????Waduhh!.. amat maju sekali Msia ini-Piska |
|
|
|
|
|
|
|
sawah nenek pun guna drone. dia ckp owner drone Beli 30k. jadi pesawah area situ guna yg owner Tu la. cepat siap. padi X rosak. lupa upah berapa utk satu petak. sebab petak pafi tak Sama saiz. |
|
|
|
|
|
|
|
2019 lagi dh pakai drone.. cousin aku kawen org kedah, dia penah share video drone pak mertua dia dlm grup whatsapp.. sblum covid lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|