CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 15

[Politik] Lim Guan Eng 'ketar' orang Cina suka Najib

[Copy link]
Post time 30-3-2022 08:00 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Wanita Umno Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim hari ini menempelak bekas ketua menteri Lim Guan Eng berikutan 'perang mulut' susulan lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke Pulau Pinang.

Ini selepas Lim "mempertahankan" persatuan perniagaan Pulau Pinang yang mengkritik sambutan terhadap Najib ketika lawatannya ke pulau itu.

"Saya terkejut dia (Lim) cepat melatah untuk membela Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). Ia cuma mengesahkan bahawa saya di pihak benar.

"PCCC adalah suara DAP dan kini dia bertindak seperti jurucakap PCCC."

Norliza menjawab hantaran Lim di Facebook semalam yang mendakwa 'Umno membuli masyarakat Cina'.

“Sama ada hak untuk mewakili atau tidak, ia diputuskan oleh masyarakat Cina, bukan oleh parti politik perkauman yang melampau. Saya juga berharap Umno tidak membuli pemimpin Cina.

“Umno belum lagi bertanding dalam pilihan raya umum negara, dan ia telah pun cuba membuli masyarakat Cina dan kepentingan sosial Cina,” kata pengerusi DAP kebangsaan itu.

Norliza juga mempersoalkan sekiranya Lim berhajat mahu menjadi jurucakap PCCC.

Norliza yang juga ketua Wanita BN Pulau Pinang juga menasihatkan organisasi itu supaya menumpukan perhatian terhadap perkara berkaitan perniagaan untuk masyarakat Cina sahaja.

Dia turut mendakwa Najib kini lebih popular berbanding Lim di kalangan orang Cina.

"Jika dia (Lim) mahu menjadi jurucakap PCCC, dia harus faham bahawa peranan PCCC adalah mengenai hal-hal berkaitan perniagaan untuk masyarakat Cina. Saya bukan dalam kedudukan untuk mengajarnya mengenai peranan PCCC.

"Cukuplah saya hanya menasihatkan PCCC supaya fokus kepada peranan mereka dan bukannya politik," kata Norliza yang malah mendakwa Najib kini lebih popular berbanding Lim dalam kalangan orang Cina.

Dua hari lalu Norliza berkata dia meluat dengan Presiden PCCC Hong Yeam Wah dan Adun Komtar Teh Lai Heng yang telah mengeluarkan kenyataan membantah lawatan Najib ke Pulau Pinang pada Jumaat.

Hong (gambar, bawah) menolak tanggapan bahawa masyarakat Cina mengalu-alukan kedatangan Najib ke negeri itu.

Ini selepas Presiden Persatuan Klan Zhang Persekutuan Malaysia Anthony Chang berkata dia menerima Najib dengan tangan terbuka bagi pihak masyarakat Cina di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Norliza turut menyelar Lim kerana memilih untuk memuat naik hantaran berkenaan hanya dalam bahasa Mandarin.

"Posting dia hanya dalam bahasa Cina. Kenapa? Sasaran dia pembaca Cina kerana dia tahu Najib mempunyai daya tarikan yang lebih kuat berbanding dirinya dalam masyarakat Cina sekarang.

"Itulah sebab kenyataannya hanya dikeluarkan dalam bahasa Cina dengan tujuan mengurangkan tarikan Najib yang semakin meningkat dalam masyarakat Cina," kata Norliza.

Norliza berkata Lim telah menukar pendiriannya apabila menjadi menteri kewangan PH bawah teraju pentadbiran perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

"Cukup lucu, Lim Guan Eng sekarang tak dapat tidur nyenyak malam sebab lawatan Najib," sindirnya.

https://www.malaysiakini.com/news/616278






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cacai ph maseh tetap tuduh semua yg dtg tu dibawah dr luar.tp kami orang Penang kenal muka muka  penjaja kecil tempatan yg ramai berlonggok tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:27 AM | Show all posts
DSN bawa banyak kemajuan...semua bangsa & agama...yg bodoh yg terpengaruh dgn ahli politik taik...tak pandai urus duit negara
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:29 AM | Show all posts
sape suka najib adalah mereka2 yg suka kpd rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:38 AM | Show all posts
ifanonline replied at 30-3-2022 09:29 AM
sape suka najib adalah mereka2 yg suka kpd rasuah

Bukan sebab rasuah, tapi alternatif kepada najib lebih haprak.

Nak kata alternatif najib tak rasuah... LGE juga bapak rasuah.
Kaki kencing. PTPTN... tol... bla.. bla.. bla... kencingan semata-mata.

Ekonomi kelaut. Susahkan rakyat.

Dah 2 orang petani ganja dalam kondo ditangkap. 1 dilepas oleh Kapir yang baik. 1 lagi penyanyi nasyid kesukaan PH. Nasib tak baik, tomy dah tak jadi peguan negara. Kalau tak kapir yg baik ni boleh lepaskan.

Sorry... aku undi PH dulu dan aku menyesal.


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:42 AM | Show all posts
lipans replied at 30-3-2022 09:38 AM
Bukan sebab rasuah, tapi alternatif kepada najib lebih haprak.

Nak kata alternatif najib tak rasu ...

menyokong najib juga tidak memberi sebarang manfaat...najib pun didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara...so siapa yg benar2 bersih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2022 09:57 AM | Show all posts
Edited by pasa at 30-3-2022 10:04 AM
ifanonline replied at 30-3-2022 09:42 AM
menyokong najib juga tidak memberi sebarang manfaat...najib pun didapati bersalah dan dijatuhkan h ...

menyokong DAP dapat terowong ajaib Rasuah pasal terowong pun kene soroh bawah meja. orang buat rasuah mana ada sorok bawah meja.
kos nak buat terowong ajaib 6 bilion, kalau ikut kos kenaikan harga barang pembinaan skg kos naik 10-15 bilion

belum start projek company dah dapat RM 200 juta. mahacai bongok dah kene tipu DAP nak bagi toll percuma masa jadi kerajaan pun cakap rasuah.

sendiri buat rasuah sendiri tuduh org lain

org sokong PH ni jenis suka kene kencing. (build acstle in the ayor)
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 10:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:25 AM | Show all posts
pasa replied at 30-3-2022 09:57 AM
menyokong DAP dapat terowong ajaib  Rasuah pasal terowong pun kene soroh bawah meja. orang bua ...

dah cina rasuah, melayu rasuah, india rasuah...nak pilih sapo? najib? najib dah jadi banduan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 11:01 AM | Show all posts
ada cina yg menyesal undi geng2 PH, dia kata zaman najib ok lagi daripada zaman guan eng tu....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 04:03 PM | Show all posts
Simunggu replied at 30-3-2022 09:27 AM
DSN bawa banyak kemajuan...semua bangsa & agama...yg bodoh yg terpengaruh dgn ahli politik taik...ta ...

pm takkan biarkan penjenayah yg dah sabit bersalah 2 (DUA) mahkamah
kembali memperbodohkan rakyat.
semoga pm cepat2 sumbat najib kepenjara.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 02:11 PM | Show all posts
bangcak replied at 31-3-2022 04:03 PM
pm takkan biarkan penjenayah yg dah sabit bersalah 2 (DUA) mahkamah
kembali memperbodohkan rakyat ...

apa lagi cina mau?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 12:10 PM | Show all posts

sib baik la penjenayah tu tak jadi pm lagi.

rakyat disuruh habiskan poket kwsp sendiri
sapura syarikat swasta nak di bailout beliyon2 pulakk.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.260158 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list