CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 16

Beratus Wanita Kena Tipu, 'Bomoh' Suruh Makan 7 Kuntum Bunga Melur Kalau Nak Hamil

[Copy link]
Post time 1-4-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode
SUMATERA: Pihak polis berjaya membongkar sindiket penipuan yang menggunakan alasan perubatan alternatif menggunakan bunga melur kononnya akan cepat hamil di Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan.


Lapor Tribunnews, Ketua Polis Talang Kelapa, Sigit Agung Susilo berkata, jumlah mangsa yang tertipu melibatkan seramai 300 orang.


Sindiket itu didalangi oleh tiga wanita iaitu Sarwati, Mariah Abdul Malik dan Dwi Indra Nur Welly yang mempunyai peranan masing-masing.


Gambar Hiasan




Kesemua suspek sudah menghasilkan ubat palsu selama lebih tiga tahun di Perumahan Permata, Desa Pangkalan Benteng, Banyuasin.


“Modus operandi sindiket menggunakan taktik urutan. Selepas mangsa diurut, suspek akan menyarankan mereka menggunakan tiga butir garam dan sebanyak tujuh kuntum bunga melur.


“Selepas beberapa kali melakukan urutan, korban dimaklumkan hamil. Bagi meyakinkan mangsa, Teteh dan Mariah akan melakukan ujian kehamilan dengan cara mengambil air kencing mangsa,” katanya.


Sigit berkata, ujian kehamilan itu dilakukan di bilik  berasingan dan dicelupkan ke dalam air kencing milik orang lain yang sudah mengandung sehingga hasilnya menunjukkan dua garis biru.


Jelasnya, selepas disahkan positif, mangsa diminta untuk tidak pergi ke tempat lain dan perlu menjalani rawatan di tempat mereka.


“Saya yakinkan mangsa supaya makan garam, bunga dan bawa air putih.


“Mangsa memang benar-benar percaya kalau dikatakan hamil ketika menjalani pemeriksaan di sini,” kata salah seorang suspek. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila balik umah, takkan deme tak cek ujian kehamilan tu sekali lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 03:00 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 1-4-2022 02:56 PM
Bila balik umah, takkan deme tak cek ujian kehamilan tu sekali lagi?

soalan kau ni pun... macam tak paham perangai manusia percaya pada benda2 bodoh camni.

Dah bomoh tu kata jangan buat itu, jangan buat ini, confirm la dia takkan buat dan percaya 100% pada bomoh temberang tu. Pasangan dah terdesak nak anak, sanggup turut je pantang larang si bomoh yang hanya pentingkan duit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 03:17 PM | Show all posts
Rockafella replied at 1-4-2022 03:00 PM
soalan kau ni pun... macam tak paham perangai manusia percaya pada benda2 bodoh camni.

Dah bomoh ...

Lho!? Kemaren kan Abang jadi moderator, sekarang koq ndak lagi? Saya senang Abang jadi moderator karena Abang moderator yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 04:03 PM | Show all posts
Friska replied at 1-4-2022 03:17 PM
Lho!? Kemaren kan Abang jadi moderator, sekarang koq ndak lagi? Saya senang Abang jadi moderator k ...

Owh.. Saya bergaduh sama itu Lela Rentaka. Oleh kerana tidak sependapat, saya letak jawatan. Biarlah dia yang merasakan dirinya pandai menguruskan forum, bermaharajalela di forum milik papanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 04:15 PM | Show all posts
Rockafella replied at 1-4-2022 04:03 PM
Owh.. Saya bergaduh sama itu Lela Rentaka. Oleh kerana tidak sependapat, saya letak jawatan. Biarl ...

Menurut saya, Abang seorang moderator yang terbuka, reponsif dan fair. Anyway, good luck buat Abang, thank you for your service.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam sendiri je melur ni. Senang hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 04:21 PM | Show all posts
Friska replied at 1-4-2022 04:15 PM
Menurut saya, Abang seorang moderator yang terbuka, reponsif dan fair. Anyway, good luck buat Aban ...

Iya. Sama-sama Friska.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ade sepasang suami isteri datang rumah aku untuk iktiar dapatkan anak. Dia kata ade orang yang bagitau aku boleh bantu. Tapi dia salah rumah. Sebab tuan rumah masa tu pon dah lebih 10 tahun tak dapat anak lagi
Agaknya kalau aku teruskan bohong dorang mesti aku dah kaya sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:54 PM | Show all posts
Gomea replied at 1-4-2022 05:44 PM
Dulu2 ade sepasang suami isteri datang rumah aku untuk iktiar dapatkan anak. Dia kata ade orang yang ...

nasib baik hang tak menipu... dosa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:56 PM | Show all posts
Rockafella replied at 1-4-2022 03:00 PM
soalan kau ni pun... macam tak paham perangai manusia percaya pada benda2 bodoh camni.

Dah bomoh ...

tak semua mcm tuh. sbb tu pendidikan penting supaya tak mudah tertipu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
——- edited———
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Rockafella replied at 1-4-2022 04:03 PM
Owh.. Saya bergaduh sama itu Lela Rentaka. Oleh kerana tidak sependapat, saya letak jawatan. Biarl ...

Hehe aku sangkakan aku saja yg bersangka2 aku ni berhati hitam pd momod yg seorg ittewwwww
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 02:25 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-4-2022 02:27 PM

hahahahahhahhahahahhahahhahaa this is insanely stupid but well....wangilah dapat

baik you suruh depa telan folic acid berbaloi jugak

adehhhhhh hahahaha ape ni punya bomoh .....pi suruh makan garam , silap haribulan dapat hypertension hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 03:50 PM | Show all posts
kalo di Malaysia .. terkenal dgn temberang ayaq kaa kismis jampi kununnnn mampu menjana IQ minda ummah Isle... ada ayaq jampi kununnn dibaca surah yasin seribu pelajar tahfiz ka apa kaa... tapi ummah Isle dok tertinggal juga dalam pelbagai cabang ilmu ...  

Ada juga dok baca kununnn ayat al-quran.. then cakap kena rasuk jin toncet belakang rumah kaa saka tok nek moyang kaa... siap mimpi acah2 dapat ilham kalo barang hilang kaa pesawat hilang kaa... semua tu temberang.. bomoh bertopengkan ugama...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 03:57 PM | Show all posts
bunga melur bukan ada sperm camne nak hamil tanpa sperm? sekolah dulu sekelas dengan friska ye? time cikgu mengajar duk ngurat suami orang jusa c minus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 02:00 PM | Show all posts
adeh.sapa lah yang join
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045066 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list