View: 1672|Reply: 2
|
VOLVO C40, KEMBAR XC40 YANG LEBIH HENSEM
[Copy link]
|
|
Anda mungkin tidak berkenan dengan Volvo XC40 kerana ia mungkin nampak terlalu berkotak pada pandangan mata anda. Jika anda berumur 30 tahun dan ke atas, rekaan tersebut masih boleh diterima tapi ia mungkin susah bagi bakal pembeli millenial yang masih muda.
Menyedari peluang yang ada, Volvo memperkenalkan model C40 yang lebih aerodinamik, sporti dan rekaan yang kurang berkotak terutama di bahagian belakang dengan rekaan sloping roof seperti fastback. Model C40 masih belum dijual di Malaysia, tapi kami akan bawakan kepada anda beberapa fakta menarik berkenaan Volvo C40
1. Volvo C40 dibangunkan atas platform CMA (Compact Modular Architecture) yang turut digunakan oleh Volvo XC40, Lynk & CO, Geely dan juga Polestar 2. Platform ini direka khusus bagi memuatkan trenkuasa enjin pembakaran dalam, hibrid dan juga elektrik sepenuhnya
Ia dibangunkan khusus bagi menawarkan pacuan tayar depan sahaja atau pacuan semua roda. Paling menarik ia boleh digunakan untuk membangunkan kenderaan dalam segmen B ataupun C samaada sedan ataupun crossover.
2. Jadi berdasarkan platform, Volvo menghasilkan model C40 dalam 2 perisa utama samaada pacuan roda depan sahaja yang menggunakan 1 motor elektrik berkuasa 231 kuasa kuda ataupun varian AWD dengan 2 motor elektrik yang menjana 408 kuasa kuda.
Varian pacuan 2 roda menjana 330Nm tork dari 1 unit motor elektrik manakala varian AWD dengan kombinasi 2 motor elektrik menghasilkan 660Nm tork. Jadi berdasarkan nombor, varian AWD boleh memecut 0-100km/j dalam masa 4.7 saat manakala varian pacuan 2 roda mengambil masa 7.4 saat. Semua varian dihadkan halaju maksima kepada 180km/j atas sebab keselamatan
3. Varian AWD menggunakan bateri sebesar 78kWh dan varian pacuan 2 roda menggunakan bateri yang lebih kecil sedikit iaitu 67kWh yang membenarkan jarak perjalanan sejauh 433km. Varian AWD dengan bateri yang lebih besar berupaya dipandu sejauh 440km
4. Dari segi saiz pula C40 datang dengan jarak antara roda pada 2702mm, lebar 1863mm, dan tinggi 1582mm. Ia berupaya memuatkan 5 penumpang dalam satu masa, namun disebabkan rekaannya dengan sloping roof yang melandai ke belakang menjadikan ruang kepala kurang luas berbanding XC40.
Kehadiran transmission tunnel di bahagian tengah juga sedikit sebanyak merompak ruang tengah di bahagian belakang menjadikan ruang belakang sesuai untuk 3 kanak-kanak atau 2 dewasa sahaja.
5. Disebabkan tiada enjin di bahagian depan, C40 menawarkan frunk atau front trunk (ruang kargo depan) sebesar 31 liter cukup untuk memuatkan kabel mengecaj. Ruang kargo di belakang pula adalah sebesar 413 liter. Jika semua tempat duduk belakang dilipat, maka ia menawarkan ruang kargo sebesar 1205 liter
6. Dengan penggunaan pengecaj arus terus 150kW, ia boleh dicaj penuh dari 10% ke 80% dalam masa 32 minit. Bagi penggunaan wallbox dengan output 11kW, ia mengambil masa 8 jam untuk mengecaj bagi varian AWD dan 7 jam bagi varian pacuan 2 roda.
7. Antara sistem keselamatan yang diberikan termasuklah kamera 360 darjah, sistem amaran trafik lintasan belakang, amaran titik buta, Lane Keep Assist, brek kecemasan automatik dengan keupayaan mengesan kenderaan lain, pejalan kaki, penunggang basikal dan bintang liar. Bateri pula dilindungi dengan kerangka khas sekiranya berlaku kemalangan
8. Paparan meter untuk pemandu menggunakan skrin sebesar 12 inci yang berupaya memaparkan peta, lokasi pengecasan dan penggunaan tenaga yang optimum agar anda sampai ke destinasi. Skrin tengah pula bersaiz 9 inci dengan sambungan Google, Google Assistant dan Google Play.
9. Sesetengah pasaran menerima 2 pilihan sistem audio samaada sistem audio prestasi tinggi yang datang dengan 8 pembesar suara dengan kuasa 250 watt. Pilihan kedua ialah pembesar suara Harmann Kardon dengan 13 pembesar suara, woofer dan dengan kuasa 600 watt.
10. Bahagian dalaman C40 masih sama dengan XC40 kecuali ia tidak menawarkan ciri balutan kulit daripada haiwan tapi dihasilkan daripada fabrik bermutu tinggi dengan campuran vinyl. Volvo menegaskan penggunaan kulit haiwan terutama lembu akan menghasilkan gas karbon dioksida dalam proses penghasilan
Untuk pasaran Thailand, model ini diimport sepenuhnya daripada fasiliti pembuatan Volvo di China dan ditawarkan dalam 1 varian sahaja iaitu P8 AWD dengan harga anggaran RM 353,000. Jika dihasilkan di Malaysia seperti XC40 Recharge, mungkin harga C40 akan menjadi lebih murah.
https://www.mekanika.com.my/volv ... na-rekaan-fastback/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perghhhh...cantik tp brp la rege..brp la bln2... maintenance misti tahap kayangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah terang2 tulis dlm artikel tu anggaran harga ... mesti tak baca habis ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|