CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 8

[Tempatan] Kampung terima bekas penagih

[Copy link]
Post time 3-4-2022 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Kampung terima bekas penagih


GURU agama mengajar penghuni Rumah Teduhan Kasih Sungai Buloh membaca al-Quran. FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL

Episod peluang kedua

Sungai Buloh: Bekas penagih dadah sentiasa terpalit dengan stigma negatif menyebabkan mereka tersisih dan dipinggirkan masyarakat.

Masyarakat seperti enggan memberikan peluang kedua kepada mereka walaupun ada bekas penagih dadah sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Namun berbeza dengan penduduk di Kampung Merbau Sempak di sini.

Mereka 'membuka tangan' menerima kehadiran 32 bekas penagih dadah dan penghidap penyakit HIV tanpa diskriminasi sebagai sebahagian komuniti kampung berkenaan.

Semua bekas penagih dadah ini menetap di lima rumah di kampung itu dan sedang menjalani rawatan pemulihan lanjutan di Teduhan Kasih Sungai Buloh, kendalian Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

Pengarahnya Jaafar Daud berkata, penghuni rumah ini sentiasa diundang oleh penduduk kampung untuk terbabit bersama dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan.

"Layanan baik yang diberikan membuatkan penghuni rumah ini berasa yakin terhadap diri sendiri dan selesa untuk bergaul bersama penduduk kampung.

"Secara tidak langsung, persekitaran yang positif ini membantu memudahkan proses pemulihan mereka seterusnya bebas daripada belenggu ketagihan dadah.

"Peluang seperti ini sangat sukar mereka peroleh dan pandangan serong masyarakat menyebabkan mereka cenderung memilih untuk kekal dalam 'dunia sendiri' dan kembali menagih dadah," katanya.

Menurutnya, kira-kira 1,000 penghuni sudah ditempatkan di rumah berkenaan sejak ditubuhkan 11 tahun lalu dan ramai berjaya pulih sepenuhnya.

"Tujuan penubuhannya ialah memberi peluang kedua kepada bekas penagih dadah kembali kepada komuniti.

"Mereka menetap di rumah ini selama empat bulan dan kebanyakannya sudah ada kesedaran untuk berubah.

"Mereka masih di dalam pemantauan dan diberikan kemahiran kelangsungan hidup serta menguatkan kerohanian," katanya.

Jaafar berkata, mereka juga diberikan bantuan sokongan psikososial untuk memulihkan kesihatan mental yang terjejas kesan daripada penggunaan dadah jenis amphetamine type stimulant (ATS) iaitu dadah sintetik.

Mereka memerlukan rawatan psikiatri yang panjang dan bergantung kepada ubat dalam tempoh tertentu atau sepanjang hayat.

"Seramai 15 penghuni memakan ubat seperti risperidone, mirtazapine, artene, olanzapine, aripiprazole, luvox dan abilify maintena," katanya.

Menurutnya, jika dapat melepasi fasa itu, mereka akan ke fasa seterusnya iaitu selepas penjagaan.

"Pada fasa ini, mereka bekerja di luar dalam perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan.

"Namun begitu, mereka masih dipantau untuk memastikan tidak kembali kepada aktiviti penagihan," katanya.


PENGHUNI Rumah Teduhan Kasih menyertai aktiviti harian penduduk sebagai peluang untuk kembali kepada komuniti. FOTO Fariz Iswadi Ismail

'Nak tebus kesilapan lalu'

"Saya pernah berada di titik kehidupan paling bawah akibat ketagihan syabu.

"Kini, Allah SWT mula menaikkan martabat hidup saya dengan memberi rezeki kepada saya untuk menjadi guru al-Quran kepada 24 bekas penagih dadah dan 10 kanak-kanak di kampung," kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Asyraf.

Asyraf, 36, adalah penghuni Rumah Teduhan Kasih Sungai Buloh sejak tahun lalu bersama 23 penghuni lain.

Katanya, amal kebajikan dilakukannya itu bagi menebus segala kesilapan silamnya yang tersasar jauh daripada landasan kehidupan orang Islam.

"Saya berlatarbelakangkan pendidikan Islam dan bersekolah pondok, tetapi kesenangan hidup membuatkan saya alpa.

"Dahulu, saya menjalankan perniagaan agensi pelancongan umrah dan haji. Perniagaan ini berkembang dengan baik," katanya.

Menurutnya, selepas waktu kerja, dia ke kelab malam untuk berhibur bersama rakan hingga lewat pagi.

"Di kelab malam, saya mula 'berkenalan' dengan dadah dan alkohol hingga ketagih.

"Empat tahun saya hanyut dan wang banyak dihabiskan untuk membeli barangan ini.

"Kemudiannya, nikmat kemewahan saya ditarik menyebabkan saya 'jatuh terduduk', perniagaan gulung tikar, tidak mampu bayar sewa rumah dan kereta ditarik," katanya.

Asyraf berkata, dugaan berat ini membuatkan dia kehilangan arah seketika sebelum sedar yang dia perlu berubah.

"Faktor lain mendorong saya berubah ialah selepas melihat sepupu yang pulih daripada masalah ketagihan selepas menjalani rawatan pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) malah dia kini bergelar ustaz.

"Sepupu juga menyarankan saya supaya menjalani rawatan di Pengasih dan keluarga memberikan sokongan penuh dengan turut sama menghantar saya ke pusat berkenaan," katanya.

Di samping itu, menurutnya lagi, dia kini dalam proses mengingati semula 30 juzuk al-Quran yang dihafalnya semasa bersekolah pondok.

"Banyak ilmu yang saya pelajari dahulu sudah saya sudah lupa selepas terbabit dengan najis dadah.

"Nasihat saya kepada golongan muda terutamanya remaja, jaga pergaulan dan berhati-hati memilih rakan," katanya.



PENGHUNI Rumah Teduhan Kasih menyertai aktiviti harian penduduk sebagai peluang untuk kembali kepada komuniti. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Bimbang tak cukup bekalan akhirat

Sungai Buloh: "Saya tidak mahu meninggal dunia dalam keadaan masih ketagihan dadah.

"Sebab itu, saya memilih untuk menetap di Rumah Teduhan Kasih Sungai Buloh bagi menjalani rawatan lanjutan," kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Rahman.

Rahman, 47, berkata, dia menetap di rumah berkenaan dua tahun lalu dan ia menjadi 'madrasah' kepadanya untuk menuntut ilmu agama yang dilupakan semasa bergelumang dengan najis dadah.

"Saya bimbang jika tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk akhirat.

"Saya gunakan peluang ini memperbanyakkan amal ibadat bagi menggantikan amal ibadat yang ditinggalkan dahulu," katanya.

Katanya, mendekat diri dengan Allah SWT adalah 'ubat' paling kuat untuk dirinya daripada kembali menagih dadah.

Katanya, dia pernah bebas dadah selama 16 tahun, tapi kembali menagih disebabkan kelemahan dirinya.

"Saya menagih dadah pada usia 14 tahun dengan mengambil ganja dan heroin. Saya adalah penagih tegar dan pernah tinggal di bawah jambatan sekitar Lembah Klang selama tujuh tahun.

"Bawah jambatan ini umpama 'perkampungan kecil' penagih yang dihuni lebih 50 penagih. Di situ juga kami 'berparti' dengan dadah hingga khayal," katanya.

Katanya, dia berhenti menagih apabila mendapatkan rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

"Namun saya kembali menagih dadah dengan mengambil syabu pada 2016 hingga 2020," katanya.

Rahman berkata, tidak dinafikan ada kalanya dia berasa menyesal apabila mengenangkan kisah silamnya yang gagal menjadi insan baik.

"Namun, saya perlu menguatkan hati untuk terus istiqamah terus membuat kebaikan walaupun permulaannya agak terlewat," katanya.



PENGHUNI Rumah Teduhan Kasih menyertai aktiviti harian penduduk sebagai peluang untuk kembali kepada komuniti. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... erima-bekas-penagih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 02:30 PM | Show all posts
kalau bagi LGBT buat kampung sendiri ok tak uols rasa panggil sajat jadi kuin. bendera pun dah siap design.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketagih dadih tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 3-4-2022 03:15 PM
Ketagih dadih tersenyum sinis

Time2  posa neh sedap juga makan dadih jagung ketagihh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-4-2022 03:26 PM
Time2  posa neh sedap juga makan dadih jagung ketagihh

Tak suka jagung, titerwww suka dadih perisa coklat, nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 3-4-2022 02:30 PM
kalau bagi LGBT buat kampung sendiri ok tak uols rasa panggil sajat jadi kuin. bendera pun dah siap  ...

Terbatal pula suaka kalau bangjat balik sini.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2022 05:23 PM | Show all posts
kampung nenek aku punya slogan, satu rumah satu penagih. mak2 lagi samseng dari si anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu senang lah hantar penagih kat kampung jauh2.. xleh mat pet lain or kwan dulu contact balik.. sekarang fb insta whatsapp da ade..
Senang sgt nak terjebak balik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 3-4-2022 05:23 PM
kampung nenek aku punya slogan, satu rumah satu penagih. mak2 lagi samseng dari si anak


Satu rumah penagih, satu kepala mak kena penggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040894 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list