CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 4

[Dunia] Rusia puji India tidak berpihak kepada Barat

[Copy link]
Post time 3-4-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode

MENTERI Luar Rusia, Sergei Lavrov (kanan) dan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar menghadiri sidang media selepas pertemuan di Moscow pada 9 Julai 2021. - AFP


Rusia puji India tidak berpihak kepada Barat

NEW DELHI – Rusia memuji India kerana tidak menghukum konflik di Ukraine dalam ‘cara berat sebelah’ ketika menteri luar kedua-dua negara mengadakan pertemuan di New Delhi, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

India tidak turut serta dalam kecaman meluas pencerobohan Kremlin ke atas Ukraine, manakala New Delhi juga merupakan pembeli utama senjata Rusia.

Bagaimanapun, India terus berdepan tekanan daripada negara-negara Barat supaya mengutuk Moscow.

Pendirian New Delhi adalah India menyokong supaya konflik Ukraine diselesaikan secara damai tanpa mengkritik Rusia.

India yang merupakan negara kuasa nuklear, sudah sekian lama memilih strategi berkecuali dalam arena politik antarabangsa dan tidak terikat dengan kepentingan kuasa besar lain atau mana-mana blok politik

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang turut menemui Perdana Menteri Narendra Modi, bercakap mengenai ‘persahabatan kedua-dua negara’ dalam kenyataannya.

“Pada hari ini, Barat mahu mengaitkan sebarang isu antarabangsa dengan krisis Ukraine.

“Kami berterima kasih kerana India memandang situasi ini berdasarkan fakta semata-semata dan bukan cara yang berat sebelah,” katanya.

Rusia sebelum ini memberi alasan menyerang Ukraine sebagai cara untuk melucutkan tentera dan membebaskan negara jirannya daripada elemen Nazi, namun penjelasan itu ditolak Barat sebagai alasan tidak munasabah hanya untuk melakukan pencerobohan.

Rakan sejawat Lavrov, S Jaishankar pula memberi penekanan kepada kepentingan untuk menghentikan keganasan dan menamatkan pertempuran.

“Perbezaan pertikaian perlu diselesaikan menerusi rundingan dan diplomasi dan dengan cara menghormati undang-undang antarabangsa, kedaulatan serta integriti sesebuah negara,” kata menteri luar berkenaan. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... pihak-kepada-barat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 02:03 PM | Show all posts
Ok setiap negara beryak utk mempunyai pendirian, n kita blh ada oponion tentg pendirian dorg tp utk barat kenakan tekanan pd india sbb tak kutuk rusia...hermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 05:46 PM | Show all posts
ye ye or je. Negara kuasa besar boleh la selamba kata gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 09:14 PM | Show all posts
SLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dijangka akan dilucutkan jawatan selepas Parlimen mengundi usul undi tidak percaya terhadapnya berikutan kemelut politik sejak kebelakangan ini.

Setakat ini, tiada Perdana Menteri Pakistan yang berjaya menamatkan penggal penuh dan Khan menghadapi cabaran terbesar sejak dipilih pada 2018 dengan pihak lawan menuduhnya melakukan salah urus tadbir ekonomi dan dasar luar yang lemah.

Pihak berkuasa sudah memasang kawat berduri di sekitar Dewan Negara untuk menyekat jalan raya selepas Khan menggesa penyokongnya membuat bantahan dan protes di jalan raya .

Partinya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) kehilangan majoriti dalam perhimpunan 342 ahli minggu lalu apabila tujuh ahli parlimen parti itu dikatakan akan mengundi bersama pembangkang.

Lebih 10 ahli parlimen PTI juga sudah menyatakan bahawa mereka akan menukar haluan.

Khan turut menuduh pembangkang bersekongkol dengan kuasa asing untuk menyingkirkannya kerana tidak akan menyebelahi Barat dalam isu global menentang Russia dan China.

Awal minggu ini Khan juga menuduh Amerika Syarikat (AS) campur tangan dalam hal ehwal dalaman Pakistan.

Ini berikutan media tempatan melaporkan bahawa Khan menerima surat taklimat daripada duta Islamabad ke Washington yang menyatakan seorang pegawai kanan AS merasakan hubungan AS-Pakistan akan lebih baik jika Khan meletak jawatan.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Negara, Ned Price memberitahu pemberita bahawa ia tidak benar terhadap dakwaan itu.

Pembangkang diketuai oleh Liga Muslim Pakistan-N (PML-N) dan Parti Rakyat Pakistan (PPP) adalah dua parti bertelagah untuk menguasai politik negara sebelum Khan membentuk gabungan menentang mereka.

Jika Khan meletakkan jawatan, Shehbaz Sharif dari parti PML-N dijangka menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Sharif adalah adik kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, yang digulingkan pada 2017 dan dipenjarakan atas tuduhan rasuah, tetapi kini berada di Britain selepas dibebaskan dari penjara untuk rawatan perubatan. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035481 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list