CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 918|Reply: 3

[Tempatan] Kerja pegawai bank pun tetap kena scam. Melayang RM243,000

[Copy link]
Post time 6-4-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai bank ditipu, rugi RM243,000
Muhaamad Hafis Nawawi



Kuala Lumpur: Pegawai bank kerugian RM243,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pinjaman tidak wujud.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Superintendan Mohamad Musa Marsidi berkata, lelaki berusia 54 tahun itu berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihubungi pekerja syarikat pinjaman wang dan diminta untuk membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman.

"Sejak 28 Februari lalu hingga Mac lalu, mangsa ada membuat bayaran sebanyak RM243,000 secara berperingkat ke sembilan akaun bank yang diberikan.

"Selepas mula berasa curiga dan tertipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Musa berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah dan proses permohonan yang pantas tanpa syarat ketat," katanya.

Disiarkan pada: April 6, 2022 @ 3:06pm

Sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 03:29 PM | Show all posts
aku rasa sikit pelik.... dia nak pinjam 80k jer
tapi kenapa dia boleh pulak transfer sampai 243k
sebelum dia syak dia kena scam ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:33 PM | Show all posts
Edited by salimrock at 6-4-2022 03:34 PM

pernah seorang pekerja sykr kewangan  cerita kt wa, dia kenal sorang pelabur dr negara arob, nak melabur tp dia nak member aku bayar dlm RM 3000 , lepas tu 2000 ( tota aku dengor hampir 10 K)
(dah la kenal dlm internet, bagi duit lagi, hensem pulak tu arob tu gambar yg dia bg tu )


dah dekat 10k , baru  tanya aku,

aku cakap scam ni kak,

akak : eh jgn la ckp mcm tu, rugi la akak , akak sukar nak percaya bila ko cakap ni scam

aku: err dah scam nak buat cam ne, cuba akak tanya boleh dpt tak duit tu

akak tu pn mintak, tak dpt dia pn ckp kt prince tu ( prince kau, wow sangat ) budak IT ni nasihat dia jgn layan,

prince tu cakap budak IT itu penipu, dengki, dan cemburukan kejayaan ummah

skrg aku dgr akak tu pelan2 bayar anusran kredit kad yg dia dah bayar pada prince tu,

yg kasian dia siap call bank tanya, ada tak fund masuk ( usd 1 juta k usd 3 juta )

aku harap ini kisah jd kan tauladan, bg diri sendiri dn pembaca semua... bukan nak aibkan sesiapa, hrp takde lagi kisah orang kena scam...

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sendiri pernah jadi mangsa scam 5 tahun lepas. Takde la sampai ribu2. Cuma rm150 je. Tiap hari iols doa agar pemakan duit haram tu kena busung & mati bermuntahkan darah & jenazah keluar ulat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.043229 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list