|
KKM sedia bantu kaji kebaikan ganja
Beberapa negara meminda undang-undang untuk membenarkan penggunaan hemp atau spesies ganja untuk perubatan. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini, KKM tidak menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau 'cannabidiol' (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) untuk tujuan perubatan.
"Sejak kebelakangan ini, banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan.
"Namun, KKM konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti. Sebab itulah kita mengalu-alukan kajian klinikal penggunaan CBD untuk tujuan perubatan," katanya menerusi ciapan twitter, hari ini.
Khairy berkata, kerjasama membabitkan industri atau ahli akademik itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal dan Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwujudkan KKM, sejak 2012.
"Setakat ini, hanya banyak luahan minat, ceramah dan advokasi dalam media sosial.
"KKM amat mengalu-alukan penyelidikan terbabit dimulakan industri atau ahli akademik. Kami sedia bekerjasama," katanya.
Hemp ditanam secara besar-besaran di Thailand untuk tujuan perubatan. - Foto hiasan
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... kaji-kebaikan-ganja
|
|