Republik ini digemparkan dengan kes penyelewengan duit pelanggan bernilai 1.1 bilion rupiah (RM293,696) oleh pekerja bank milik Badan Usaha Milik Negara di Banjarmasin, Kalimantan Selatan sehingga menyorot perhatian ramai.
Suspek, Arini Listiani Chalid berjaya diberkas dan menjalani perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Rasuah Banjarmasin sejak Isnin lalu.
Tertuduh ketika menjalani sesi perbicaraan secara dalam talian berhubung pertuduhan rasuah di Mahkamah Rasuah Banjarmasin.
Arini berkata, dia berusaha membayar pampasan kerugian wang pelanggan yang digunakan secara haram dengan menjual rumahnya.
Namun begitu, hasil penjualan rumah tersebut tidak mampu menampung kerugian yang dilakukan.
“Saya terpaksa menjual rumah untuk menggantikan sebahagian kerugian pelanggan bank. Namun, jumlah itu tidak mencukupi dan masih tinggal baki 900 juta rupiah (RM264,326) yang perlu dijelaskan,” katanya.
Arini yang berdepan pertuduhan jenayah rasuah memberikan kenyatan di hadapan Panel Ketua Hakim, Yusriansyah, lapor KompasTV.
Suspek mengaku bersalah dan sedia menerima hukuman berhubung tindakannya.
Sebelum ini, Arini mengaku bermain Binomo sejak 2019 dengan menggunakan duit simpanan pelanggan bank sebagai pinjaman semasa transaksi menerusi aplikasi Binomo.
Simpanan haram yang dijadikan bentuk jaminan itu dibuat tanpa pengetahuan ketua di tempat kerjanya.
Arini kemudian mencairkan dana di akaun Binomo miliknya.
Binomo adalah platform perdagangan yang menyediakan aset seperti emas, perak, saham serta wang asing atau forex.
Sebelum menggunakan aplikasi tersebut, individu perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Sumber: Utusan |