View: 1380|Reply: 4
|
[Tempatan]
Pagar besi di tapak Bazar Aidilfitri Jalan TAR. DBKL diarah semak semula status
[Copy link]
|
|
Status pagar besi Bazar Aidilfitri Jalan TAR akan diputuskan Datuk Bandar – Shahidan
Nurayuni Johari -
6 April 2022
KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah akan memutuskan sama ada pagar besi yang dipasang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tapak Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) akan dikekalkan atau sebaliknya.
Perkara itu ditegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya, keperluan pemasangan pagar itu untuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) namun ia akan diteliti semula sama ada wajar atau tidak dilaksanakan.
“Ya, tentang isu ini Datuk Bandar sedang ambil tindakan yang sewajarnya dan kita nak tengok pilihan yang terbaik supaya kita boleh selamatkan keadaan tetapi kalau kita dapati pagar ini memang tidak sesuai dan tidak diperlukan kita bukalah esok, kita sudah pesan.
“Saya juga ingin nasihatkan kepada orang ramai jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh merugikan diri anda pada bulan mulia ini disebakan isu ini.
“Pemasangan pagar ini juga dilakukan adalah untuk jaga SOP anda,” katanya ketika ditemui selepas melawat dan memberikan sumbangan kepada pengunjung Bazar Ramadan Desa Pandan hari ini.
Beliau juga menegaskan bahawa orang ramai perlu mematuhi SOP ke bazar Ramadan dengan memakai pelitup muka serta mengimbas MySejahtera.
Bagaimanapun, MalaysiaGazette akan mendapatkan maklum balas lebih terperinci bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung isu ini.
Semalam, para peniaga di Bazar Aidilfitri Jalan TAR berasa kecewa dan terkilan dengan tindakan DBKL kerana masih memasang pagar besi yang ketinggiannya melepas paras kepala di kawasan berkenaan.
Rata-rata peniaga berpandangan pemasangan pagar itu bukan satu keperluan kerana negara kini dalam peralihan fasa endemik pada 1 April lalu.
Pada Februari lalu, Mahadi memaklumkan Bazar Aidilfitri Jalan TAR akan beroperasi seperti biasa mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
Tambah beliau, pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.
Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan. – MalaysiaGazette
Sumber: malaysiagazette.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amboi datuk bandar sgt....ape sgt lh function ko...sape leh komen skit |
|
|
|
|
|
|
|
masuk bazar kena scan mysj tak? kalau kena, memang patut la dia buat pagar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau xde pagar meaning org boleh kuar masuk ikut tepi2 khemah gerai..x guna kalau nk suruh org scan MySj..tapi kalau ikutkan bazar jln TAR akan sesak better buat je pagar gini..beratur nak masuk n boleh control jumlah visitor pada satu2 masa..kalau tak, mcm ulat taik masing2 ngan mak bapak bawak baby berstroller bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
memang yg ni pon DBKL buat skrg. tu yg dia letakkan pagar tu. tp ramai peniaga tak puas ati sbb dorang nak angkat barang dlm tu susah sbb sempit dgn pagar2 tu. ntah laaa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|