CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 1

[Tempatan] Pesona surau kiub

[Copy link]
Post time 7-4-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Pesona surau kiub


MUSALLA Al Abrar terletak di Jalan Sungai Penchala, Segambut.

Kuala Lumpur: Pengunjung yang melalui Jalan Sungai Penchala di Segambut di sini, pasti tidak melepaskan peluang memerhati bangunan konkrit putih kelabu yang dipenuhi landskap tumbuhan hijau.

Sepintas lalu, pemandangan binaan itu tidak ubah seperti bangunan pejabat, namun apabila menjengah ke dalam kawasan berkenaan, ia sebenarnya surau dinamakan Musalla Al Abrar dengan struktur berbentuk kiub dan keseluruhan dinding batu blok angin.

Hafiz Ismail, 48, arkitek yang dipertanggungjawabkan membuat pelan surau itu berkata, Musalla Al Abrar diinspirasikan daripada struktur bangunan suci, Kaabah di Masjidil Haram di Makkah.

"Saya ambil ilham daripada struktur Kaabah berbentuk kiub, bagaimana struktur sederhana Kaabah itu, jutaan umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun pergi. Jadi mengapa tidak kita fikir (pelan) bentuk kiub Kaabah yang boleh menarik ramai orang," katanya.

Musalla Al Abrar yang menelan kos RM3 juta itu mempunyai dua aras ruang solat yang boleh memuatkan 1,500 jemaah pada satu-satu masa turut menempatkan ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan dapur.

Surau bertaraf masjid di bawah pentadbiran Yayasan Tawfiq itu siap dibina pada 2016 dan sehingga kini ia menjadi tumpuan umat Islam dari kawasan berdekatan serta luar Lembah Klang untuk mengikuti majlis ilmu di situ.

Bercerita lanjut, lulusan ijazah seni bina dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu berkata, dari segi disiplin seni bina, tropical brutalism diterapkan pada reka bentuk bangunan surau berkenaan yang mempunyai kelebihan dan setiap daripadanya ada fungsi tertentu.

Menurutnya, perkataan 'brutalism' itu merujuk kepada penggunaan material dinding dan tiang surau yang 100 peratus berasaskan binaan konkrit dilepa simen tanpa semburan cat dan hanya lantai diwarnakan.

"Sementara perkataan tropical diterapkan melalui aspek landskap tumbuhan yang meliputi sebahagian surau bagi mewujudkan persekitaran hijau yang mendamaikan," katanya.

Hafiz berkata, penggunaan batu blok angin pada keseluruhan dinding surau bertujuan mewujudkan lubang pengudaraan semula jadi sekali gus jemaah yang berada di dalamnya lebih selesa dan tenang walaupun dalam jumlah ramai.

"Perkakasan digunakan di ruang tandas, wuduk juga tidak mahal dan mudah didapati namun didekorasi sebaiknya supaya ia membentuk nilai estetika dan nampak lebih menarik," katanya.

Sementara itu, Pemegang Amanah Yayasan Tawfiq, Syed Hussin Syed Shaikh Al Junid berkata, reka bentuk surau itu menerapkan elemen minimalis sesuai konsep kontemporari sebagai daya tarikan khususnya kepada golongan muda di bandar bagi mengimarahkan aktiviti keagamaan.

"Binaan surau ini berbeza, kerana walaupun kecil, nampak ekstrem dan kolot dengan binaan batu angin tetapi apabila kita berada di dalam rasa selesa dan hati lapang dengan pemandangan landskap di sekeliling," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2022/04/829314/pesona-surau-kiub

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Unik......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033013 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list