CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 19

[Dunia] Profil ‘kekasih Putin’ dipadam daripada laman web

[Copy link]
Post time 7-4-2022 07:55 PM | Show all posts |Read mode

Putin bersama Kabaeva ketika wanita itu memenangi pingat emas Sukan Olimpik dalam acara gimnastik. - wikicommons


Profil ‘kekasih Putin’ dipadam daripada laman web

MOSCOW – Nama dan gambar wanita yang didakwa ‘kekasih’ Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan lenyap secara tiba-tiba daripada laman web empayar media yang dikuasainya, lapor akhbar Daily Mail semalam

Alina Kabaeva, 38, merupakan pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Nasional (NMG), namun profilnya hilang di tengah-tengah kebimbangan terhadap sekatan Barat.

Tiada penjelasan daripada NMG selepas lembaga itu memadam nama dan gambar Kabaeva bersama pengarah lain. Laman web itu hanya memaparkan halaman kosong.

Kabaeva memegang jawatan pengerusi NMG  sejak 2014 walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam media atau perniagaan sebelum ini.

Wanita itu memilih untuk tidak memberi pendapat secara terbuka mengenai perang di Ukraine tetapi medianya lantang menyatakan sokongan padu kepada Putin.

Terdapat spekulasi bahawa dia dan keluarganya serta orang kuat Kremlin yang lain kini  bersembunyi, sama ada di Switzerland atau salah satu daripada beberapa kubu kuat Rusia di wilayah Ural, Artik atau Siberia.

Khabar angin mula mengaitkan dia dan Putin sebagai pasangan kekasih sejak 2008 ketika menjadi ahli Parlimen pro-Kremlin.

Akhbar yang mencetak cerita itu diarahkan tutup dengan pantas.

Putin yang bercerai dengan isteri pertamanya, Lyudmila pada 2013, sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya.

“Saya mempunyai kehidupan peribadi di mana saya tidak membenarkan campur tangan daripada mana-mana pihak dan ia mesti dihormati.

“Saya juga tidak menggemari mereka yang suka menyibuk dalam  privasi orang lain tanpa sebarang kebenaran,” kata Putin. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... daripada-laman-web/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak dapat bini mcm kakmah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
abe putin ni duda rupanyaaa..tp mcm scary jer kn
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dah pernah gosip aritu kan? Pompuan ni dah beranak pinak pun, anak putin. Since heols ni bekas kgb, heols tanak dedahkan status perkahwinan dgn alina ni utk keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawanya...sama lawa dgn alya mustafina.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Serambi Moscow tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila tgk gimrama, iols lebih suka tgk alexandra timoshenko banding dgn alina. Kalau gimnastik, olga korbu sebab nmpk graceful. Masa balance beam, dari awal hingga akhir perform continuous tanpa teragak2. Tapi sayang terpaksa jual pingat emas untuk meneruskan hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-4-2022 08:24 PM
Serambi Moscow tersenyum sinis

Sheols tak reti gimrama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 7-4-2022 08:22 PM
Lawanya...sama lawa dgn alya mustafina.

Ayahnya muslim. Asalnya alina ni islam. Umur 20 jadi kristian.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
berani yach pompuan tu kapel dgn seseorg yg takde perasaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-4-2022 08:44 PM
Sheols tak reti gimrama

iyolah… gurls yg boleh lipat2 badan ni ehem ehem
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Baka herlok.bertiang lawa Dari Queen serami mekah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 7-4-2022 08:01 PM
abe putin ni duda rupanyaaa..tp mcm scary jer kn

Scary kenapa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut replied at 8-4-2022 12:42 AM
Baka herlok.bertiang lawa Dari Queen serami mekah

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. Gymnast.. Kurlasttt

Baiklah sorok kan.. Rusia pun besaqqq kalo nak menyorok pun..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 04:19 AM | Show all posts
Tgk gambar putin ni nampak sgtt pandangan mata dia tgh dilamun cinta, sisi putin yg pernah menjadi kegilaan acik2 forum CI jgn buatt tak ingatt yachh gugurls naik lebamm kita bincang2 tepekk2 pics abang putin dulu kohkohkohhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-4-2022 08:45 PM
Ayahnya muslim. Asalnya alina ni islam. Umur 20 jadi kristian.

Ohh patutlah masa mula2 nmpk nama bapa dia, eh nama islam...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:07 AM | Show all posts

Ni 2000



Dah lama jadi gundek dia..  Ade kawen dengan polis tapi itu untok cover ja kot.  Sekarang dah ade 4 anak dengan Putin..

Haaah.. gini ye posisi kegemaran Bam Putin..



Korang mampoooo?  Usah mimpi la..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:14 AM | Show all posts
putin pun nak berputing juga...abe bideng kacau buat ape...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:19 AM | Show all posts
kepompong replied at 7-4-2022 08:47 PM
berani yach pompuan tu kapel dgn seseorg yg takde perasaan

Jangan disangka putin takde perasaan..entah2x dia paling teromantik berbanding trump
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055206 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list