View: 472|Reply: 0
|
[Tempatan]
Perintah berkurung dilanjut hingga 25 Mei'
[Copy link]
|
|
Perintah berkurung dilanjut hingga 25 Mei'
Dua bot berkuasa tinggi milik polis berada di perairan Sabah bagi memastikan keselamatan pulau peranginan sekitar kawasan ESSZONE. NSTP/FAIL NSTP.
KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 25 Mei depan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berkata perintah berkurung itu membabitkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan itu dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi.
"Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.
"Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan 'penculikan untuk wang tebusan' (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Idris berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.
Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di ESSZONE mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... anjut-hingga-25-mei
|
|
|
|
|
|
|
| |
|