CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 12

[Jenayah] 275 orang, graduan baru kerja 'gomen' antara yang dicekup SPRM

[Copy link]
Post time 4-6-2022 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 5-6-2022 12:59 AM

Kuala Lumpur: Graduan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk yang bekerja kerajaan adalah antara 275 belia berusia 18 tahun hingga 30 tahun ditangkap atas kesalahan rasuah ketika negara masih dalam tempoh pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, data berkenaan adalah bagi tempoh antara 2020 hingga 3 Jun 2022.

Memperincikan data itu, katanya, seramai 21 belia berusia antara 18 tahun hingga 23 tahun ditangkap bagi tempoh sama.

"Untuk tempoh itu juga, seramai 254 belia berusia antara 24 tahun hingga 30 tahun turut ditangkap atas kesalahan rasuah. Keseluruhannya membabitkan 231 lelaki dan 44 wanita.

"Antara kesalahan rasuah yang dilakukan ialah memberi rasuah membabitkan 70 orang, kesalahan menerima rasuah membabitkan 123 orang dan bakinya lain-lain kesalahan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KoMawAr) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Penolong Naib Canselor (Jaringan Global) UM Profesor Dr Yong Zulina Zuhairi, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Razim Mohd Nor, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Razaliah Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Abdulamin Abdillah.

Norazlan berkata, dalam tempoh antara 2020 hingga 3 Jun 2022 itu seramai 151 orang sudah dituduh di mahkamah membabitkan 11 belia berusia antara 18 tahun hingga 23 tahun dan 140 belia berusia antara 24 hingga 30 tahun.

"Seramai sembilan orang berusia antara 18 hingga 23 tahun dan 76 orang belia berusia antara 24 tahun hingga 30 tahun sudah selesai perbicaraan dan didapati bersalah.

"Data yang dibentangkan wajar dijadikan sebagai peringatan bahawa ada di antara belia yang ditahan adalah bekas penuntut IPT kita.

"Godaan rasuah, sama ada memberi rasuah atau lebih-lebih lagi menerima rasuah wujud terutamanya apabila penuntut tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan," katanya.

Beliau berkata, diharapkan segala pendedahan dan pengetahuan mengenai rasuah dapat dijadikan ingatan kepada graduan sebagai benteng daripada terperangkap dengan godaan dan gejala rasuah.

Katanya, segala penat lelah graduan menimba ilmu bagi mendapatkan segulung sijil, diploma atau ijazah di IPT akan sia-sia jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

"Ini belum lagi diambil kira pengorbanan ibu bapa yang mungkin ada di antaranya terpaksa berhutang atau menggadaikan harta benda bagi memastikan anaknya berpeluang meneruskan pelajaran di IPT.

"Percayalah hati ibu bapa akan hancur jika graduan yang baru setahun dua bekerja tiba-tiba ditangkap dan dituduh atas kesalahan rasuah.

"Jika beberapa tahun dahulu mereka melawat anaknya di universiti tetapi kini mereka terpaksa menziarahi pula di penjara," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/848809/graduan-ipt-kerja-kerajaan-antara-275-belia-ditangkap-sprm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dah kelabu mata. Itu semua ilusi. Senang sesaat. Sengsara selamanya.


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak pun alasan itu adik saya punya.


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahu bangsa apa dan agama apa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari ketua sampai la ke balaci........sektor gomen memang penuh pemakan rasuah. Dah bersara besok dapat pencen sampai mampos.  Ekonomi dah tenat.......pemimpin pun jenis bodow
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kerja ko dah ambik rasuah dek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya maruah mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakim makamah rayuan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-6-2022 08:58 PM
Muda2 dah kelabu mata. Itu semua ilusi. Senang sesaat. Sengsara selamanya.

Tua pon sama
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:51 AM | Show all posts
acik2 kerani cabuk gomen pun sama, dr boss sampai ke kerani cabuk meminta2 keja dorg
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi bukan main jijik tp rasuah??
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje gomen..ofkoslah ramai melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal tak hukum gantung aja. Semak menyimpan depa ni. Selera bukan main beso, barang branded, rumah nak renovate, keta pulak nak jenama continental or japon. Lps tu anak beranak 7 keturunan x pyh kija. Org atas tukang coverline sebab makan bukan setakat ribu2, jam rega ratus ribu pun ada. Kena bakor kat dunia bagusnya depa ni. Bila report kat management nak nama bagai, aleh2 lepas. Boleh cakap tak berapa ramai politaik yg masuk gomen ni kena cekup sbb rasuah. Tak banyak. Jadi hanya mampu berharap bila depa ni nak mati segala penyakit hinggap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.295532 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list