Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ibnu Abu Umar, diceritakan oleh Sufyan, daripada Amru bin Dinar, daripada Kuraib Maula bin Abbas, daripada Ibnu Abbas,
"Ibnu Abbas pernah bermalam di tempat mak ciknya, Maimunah.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bangun malam lalu berwuduk dengan wuduk yang ringan (tidak bazirkan air yang banyak) dari bekas air yang tergantung.
Kemudian Ibnu Abbas mengikuti wuduk Rasulullah s.a.w., berwuduk dengan wuduk yang ringan (tidak bazirkan air yang banyak).
Maka Ibnu Abbas pun bangun dan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Sesudah itu, Ibnu Abbas berdiri ikut solat di sebelah kiri Rasulullah s.a.w. Namun Rasulullah s.a.w. memindahkan dan meletakkan Ibnu Abbas di sebelah kanannya.
Maka Rasulullah s.a.w. pun solat.
Lalu Rasulullah s.a.w. berbaring dan tidur sehingga berdengkur.
Kemudian Bilal pun datang dan mengumandangkan azan solat (Subuh).
Sesudah itu, Rasulullah s.a.w. keluar dan menunaikan solat Subuh tanpa berwuduk lagi."
Sufyan berkata, "Dan perbuatan ini (tidak berwuduk lagi) adalah khusus bagi Rasulullah s.a.w.
Sebab telah sampai khabar (Hadith) kepada kita bahawa kedua-dua mata Rasulullah s.a.w. tidur, namun hatinya tidak tidur."
(Hadith Muslim no. 1278)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|