CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 9

[Tempatan] Ekoran artikel isu penjawat awam tertekan di zaman PH: 11 soalan PH tak mampu nak jawab, kantoi

[Copy link]
Post time 19-6-2022 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Isu penjawat awam tertekan: Kamarul lontar 11 soalan perlu dijawab PH
    Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
    19 Jun 2022, 1:42 pm

PUTRAJAYA: Tindakan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan dan mengkritik tulisan berhubung penjawat awam dikatakan tertekan di zaman pemerintahan gabungan parti pembangkang itu hanya membuka pekung sendiri.

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana tulisannya itu adalah berdasarkan pengakuan sendiri penjawat awam disampaikan melalui Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang menemuinya terlebih dahulu sebelum bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Jun lalu.

Katanya, beliau sendiri terkejut dengan cerita-cerita mereka yang disertakan dengan bukti-bukti bertulis dan beliau sekadar memanjangkan cerita mereka sahaja.

“Pemimpin dan penyokong PH boleh menolaknya, tetapi penolakan penjawat awam ke atas PH memang sudah terbukti pun dalam beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kamarul mendedahkan isu penjawat awam tertekan di zaman PH dalam artikel yang disiarkan dalam media tempatan bertajuk ‘Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela’ pada 17 Jun lalu.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh menolak tulisan itu dengan menyebut “apabila baca berita atau artikel, kena tengok dulu siapa penulisnya.”

Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad pula menyifatkan tulisan itu sebagai mengarut sambil menyebut profesionalisme PH diakui ramai selain ada juga komen di tempat-tempat lain yang mempersoalkan ketepatan tulisan itu kerana ia bukan dari penjawat awam sendiri.

Justeru, Kamarul meminta pemimpin PH untuk menjawab 11 soalan dari tulisan berkenaan.

1. Ada atau tidak ada ahli Parlimen DAP yang menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan kerajaan?

2. Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang mendesak Kerajaan PH supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara?

3. Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang mencadangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan PH melakukan pembaharuan dasar berkenaan pemberian pencen pegawai atau kakitangan awam yang dikatakan membazirkan?

4. Ada atau tidak ada Exco DAP yang menegaskan mengenai betapa kerajaan PH tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam?

5. Ada atau tidak ada timbalan menteri DAP yang menegaskan mengenai keperluan untuk melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam?

6. Ada atau tidak ada pemimpin PH, baik dari DAP, Amanah atau PKR, yang menuduh penjawat awam mensabotaj kerajaan PH?

7. Betul atau tidak kerajaan PH memindah dan menyejukbekukan (cold storage) penjawat-penjawat awam utama kerajaan?

8. Betul atau tidak kerajaan PH memberhentikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang melibatkan pertemuan antara Perdana Menteri dan penjawat awam?

9. Betul atau tidak kerajaan PH tidak melaksanakan pengumuman Perdana Menteri di MAPPA XVI pada 4 April 2018 mengenai kenaikan gaji bersamaan 1 KGT secara khas kepada semua penjawat awam, pemendekan kenaikan pangkat Time Based kali kedua dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun serta penambahan Gred DG 56 bagi guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?

10. Betul atau tidak sesatunya pemberian geran tahunan oleh kerajaan PH kepada Cuepacs ialah pada tahun 2019 dengan nilai sebanyak RM1 juta sahaja?

11. Betul atau tidak kerajaan PH menyenyapkan surat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 15 Februari 2018 ke atas permohonan pemberimilikan lot tanah kerajaan di Presint 18 untuk Cuepacs?

“Inilah masalah utama sebahagian pemimpin dan penyokong PH, tidak mampu berhujah secara rasional, tetapi hanya pandai mengata dan melabel sahaja,” katanya. – UTUSAN

sumber: utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo, lobai Pas prof.kangkung terkucil rupanya


https://pbs.twimg.com/media/FRgBCt2acAA9n0h.jpg

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu bilangan kakitangan gomen yg byk,  isu bayaran pencen dll tu bkn isu baru pun.....

Isu sabotaj kerajaan baru pun bkn isu baru...

Tp bleh laa buat permainan persepsi
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 06:42 PM | Show all posts
Sokong penoh mana2 partai yang mahu buat pembaharuan untuk kakitangan gomen demi masa depan negara.. operation cost yang tinggi buat dana yg penting untuk project infra & keselamatan terpaksa dicatu...

1) kurangkan jumlah secara ansur2 yakni dah pencen jgn ganti..
2) hapuskan teruih skim pencen termasok pencen warisan yakni pasangan buleh dapat pencen si mati.
3) hentikan segala kenaikan gaji dalam tempoh 10 tahun..

Kerajaan India pun dok perkenalkan agnipath program sebab operation cost tentera tinggi sampai melambatkan dana untuk permodenan senjata ka apa kaa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prof kangkung idola walaun ni dah jadi pegawai PM. nasib baik mujahid baik, suruh minta maaf lepas menang kes difitnah prof kangkong, kalau saman mau juta2 dapat
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 09:46 PM | Show all posts
ada baca tulisan pegawai khas PM ni beberapa hari lepas.
Terima kasih lah pada kerajaan sekarang kerana dapat selamatkan kakitangan awam daripada cengkaman PH

Tapi kerajaan pun kena lah ketuk sikit kakitangan awamnya supaya khidmat kepada rakyat dapat ditingkatkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla msia ni mkin nk melingkup.. pm sendiri pun ambik prof kangkung kaki fitnah jd punahsihat mcm takde org lain yg lg layak



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wirazam at 19-6-2022 10:42 PM
silencekiller replied at 19-6-2022 06:42 PM
Sokong penoh mana2 partai yang mahu buat pembaharuan untuk kakitangan gomen demi masa depan negara.. ...


Kalau takde pencen adakah staf gomen akan lebih produktivitinya...tak perform, out you go..
Dah mcm swasta dah...
Pendidikan tinggi diswastakan...gomen train rakyat for free utk sek rendah, sek menengah je...once masuk kolej, let the company yg biaya future worker...gomen leh sponsor mana2 calon utk jadi future worker juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 19-6-2022 05:34 PM
Isu bilangan kakitangan gomen yg byk,  isu bayaran pencen dll tu bkn isu baru pun.....

Isu sabotaj ...

thats the Umno punya modus operandi, sebab Melayu lebih percaya persepsi/sentimen dibanding fakta. Letak tajuk gitu banyak melayu B40 yg.percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 19-6-2022 08:34 PM
prof kangkung idola walaun ni dah jadi pegawai PM. nasib baik mujahid baik, suruh minta maaf lepas m ...

Siap buat satu sessi khas dulu bahas umor Madey. Sekali Madey datang terus terkucil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.314530 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list