CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 2

[Tempatan] SELAMAT HARI BAPA. Ramai lelaki pendam masalah rumahtangga

[Copy link]
Post time 19-6-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode
'Kaum lelaki jangan pendam masalah'
Rosli Ilham

Dungun: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memberi sesi kaunseling kepada 22,156 individu lelaki terutama membabitkan isu rumah tangga sejak 2019 hingga Jun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebanyak 33 peratus sesi kaunseling berkaitan masalah rumah tangga, campur tangan keluarga (17 peratus) manakala selebihnya membabitkan isu kewangan.

Menurutnya, perkhidmatan kaunseling secara atas talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan secara individu dan berkelompok.

"Berdasarkan sambutan, kementerian akan memperluaskan sesi kaunseling itu di 48 Klinik Nur Sejahtera (KNS) di seluruh negara.

"Sebelum ini, sesi kaunseling dan perkhidmatan rawatan sakit tuan diadakan di KNS Kuala Lumpur dan KNS di Dungun ini adalah yang kedua," katanya pada majlis sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di perkarangan KNS Dungun, di sini, hari ini.

Rina berkata, KNS sebelum ini dikhususkan kepada golongan wanita untuk mendapatkan perkhidmatan sakit puan dan pihaknya akan memperluaskan kepada perkhidmatan sakit tuan dan sesi kaunseling untuk golongan lelaki di KNS seluruh negara.

"Kita melihat ramai golongan lelaki yang bermasalah malu untuk bersemuka bagi mengadu masalah yang dihadapi dan mereka lebih gemar menghadiri kaunseling secara berkelompok.

"Oleh itu kita berharap lebih ramai kaum lelaki mengunjungi KNS yang akan kita perluaskan secara berperingkat di seluruh negara demi menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kaunseling daripada pakar yang disediakan," katanya.

Katanya, masalah rumah tangga yang dihadapi tidak perlu dipendamkan sehingga keadaan menjadi lebih kritikal dan ini adalah usaha kerajaan demi kesejahteraan rakyat di negara ini.

Disiarkan pada: Jun 19, 2022 @ 4:25pm

sumber: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku salu tnya abang happy tak
Mood ok tak sihat tak
Dia layan akn jwab
Laki aku akan menyinga tarik muka kalau aku merempan dpn org
Kalau kt rumah aku mengamok tara mana dia relek jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 hari bapak hari anak hari mak hari ibu

Semua penting setiap hari
X kuasa aku nak sambut2
Birthday aku pun aku lupa
Cuma ingat tahun depan 45
Cuma birthday anak2 aku akan peluk cium sambil bagi kata2 extra kasih sayang dan pesan
Kalau birthday Tok laki aku serve 3-4 round hahahahahha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.614059 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list