View: 1072|Reply: 16
|
[Tempatan]
Kerajaan bina penjara terbesar di Kelantan. Dijangka siapa pada tahun 2027
[Copy link]
|
|
Kerajaan bina penjara terbesar di Kelantan
https://www.malaysiakini.com/news/625296
Diterbitkan: Jun 19, 2022 8:15 PM⋅
Dikemaskini: 8:15 PM
Penjara baru yang boleh menempatkan 3,000 banduan akan dibina di Kelantan dan dijangka siap pada 2027.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata mengikut perancangan penjara terbesar dan moden itu akan dibina di Ketereh dan proses pemilikan tanah dijangka diselesaikan tahun ini.
"Proses pembinaan dijangka bermula pada hujung tahun depan dan mengambil masa sekitar tiga atau empat tahun untuk siap sepenuhnya.
"Penjara baru ini bertujuan untuk mewujudkan fasiliti lebih baik kepada kedua-dua pihak termasuk penghuni dan juga pihak penjara memandangkan kita dapati banyak penjara di negara ini telah berusia dan perlu penambahbaikan," katanya.
Mohd Sayuthi (gambar, bawah) berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Peringkat Zon Timur kepada 200 penerima di Kompleks Kota Darulnaim, di Kota Bharubaru hari ini.
Mohd Sayuthi berkata pembinaan penjara itu juga dapat mengurangkan kesesakan di penjara sedia ada termasuk kesesakan penjara di Zon Timur.
"Ketika ini Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil inisiatif sementara waktu dengan mengadakan program-program pemulihan untuk mengurangkan kesesakan banduan dalam penjara.
"Kita lihat ia telah membuahkan hasil apabila penyertaan kita dalam London Craft Week baru-baru ini berjaya memperoleh anugerah di sana selain beberapa program pemulihan kita turut mendapat perhatian daripada jabatan penjara di luar negara termasuk United Kingdom," katanya.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lobai Pas. Agenda halus DAP telah burjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu projek yang akan dibanggakan Kerajae Isle Pas Kelate. |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup tempat dah kut utk banduan2 |
|
|
|
|
|
|
|
timbalan mb mesti xterkata
|
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 20-6-2022 10:17 AM
timbalan mb mesti xterkata
Timb lobai ckp negeri lagi besar cuma media x kecoh |
|
|
|
|
|
|
|
lupuskan je la banduan ramai sangat tu. kucing/anjing jalanan mintak mknn je pon takde pbt pikir dua kali nak bagi peluang hidup? bunuh je terus walaupon tak jahat |
|
|
|
|
|
|
|
Nik amar musti bangga..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sapa penah masuk penjara? Cer share sikit penjara kat malaysia cemana eh? Tempat tidur, makan bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada maid jiran akak pernah kena lokap....
katanya masa itu dia period. Pad hanya diberi sekali sehari walau heavy macam mana sekali pun...
memang tak hygiene..
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti buat sidang media
marah wartawan
kenapa asik berita sal sskjp je
|
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 20-6-2022 01:27 PM
Ada maid jiran akak pernah kena lokap....
katanya masa itu dia period. Pad hanya diberi sekali seh ...
Kat malaysia eh? Teruknya gitu. Bistu kalau nak pad lebih family kena hantar ke?
Nih yg penjara ke lokap utk reman tu?
Lokap utk reman kat balai tu mmg dasat tak silap kena kencing berak situ je.
Tp utk pompuan taktau la, tahanan reman tak semestinya bersalah.
Sama juga yg kena duk jail dulu sbb tak mampu bayar ikat jamin.
Pastu bila bicara tau2 tak bersalah kesian gila kot selama ni kena duk dlm neraka dunia tu padahal ko cuma saksi or mmg ko tak bersalah langsung pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah tu yang ada pun selalu penuh |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah. huntunglah batch pertama yg bakal merasmikannya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Penjara adalah multi billion dollar industri di US.
1 bandar ekonomi di jana oleh sistem penjara.
Mcm Tanjung Malim, bandar Kulim. Boleh buat mcm tu di Kelantan. Buat 3-4 penjara di Kawansan Tumpat, sbg contoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi penjara ni bukan ke dia biasa sumbat orang lain negeri.?
sebab nak bagi jauh dari family kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|