View: 900|Reply: 7
|
[Politik]
Bersekongkol, Latheefa Koya juga perlu disiasat
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 21-6-2022 01:21 PM
Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno menggesa siasatan turut dilakukan ke atas bekas pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan terbaru dalam perbicaraan kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Razlan Rafii disebabkan ada saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) membuat bayaran tunai RM1.3 juta kepada Muhyiddin Yassin, maka bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya juga wajar disiasat.
"Keterangan saksi dalam kes UKSB seharusnya bukanlah mengejutkan. Pada 2019, Latheefa merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dia adalah penjawat awam yang memegang amanah untuk menjalankan siasatan ke atas kes UKSB.
"Latheefa harus disiasat dan dibawa ke muka keadilan sekiranya dia bersengkongkol dengan tindakan seperti yang dinyatakan saksi dalam mahkamah bahawa Muhyddin menerima wang RM1.3 juta," katanya melalui kenyataan hari ini.
Dakwa Razlan terbukti kini Latheefa dilantik mengetuai SPRM adalah untuk melakukan siasatan terhadap musuh politik Pakatan Harapan (PH), mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan terhadap musuh politik, dan melakukan pembunuhan karektor politik terhadap BN.
Katanya jika didapati terlibat cuba menyembunyikan fakta kes Latheefa mesti dikutuk sekeras-kerasnya dan dihukum dengan berat.
Terdahulu, Razlan berkata satu suruhanjaya yang bebas harus diwujudkan untuk menyiasat apakah sebenarnya terjadi semasa PH memerintah.
Katanya perlu dicari fakta bagaimana rasuah boleh dilakukan semasa PH memerintah dan diteliti sama ada Latheefa - selaku ketua pesuruhjaya SPRM - mengetahui keadaan itu atau sebaliknya.
Hal itu katanya akan membuktikan tujuan sebenar mengapa Dr Mahathir Mohamad - selaku perdana menteri PH - melantik mereka.
Untuk rekod, Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada UKSB supaya kerajaan melanjutkan kontrak kepada syarikat tersebut.
Kontrak itu adalah untuk mengendalikan Pusat Sehenti di China dan sistem Visa Luar Negara (sistem VLN), serta mengekalkan perjanjian untuk membekalkan peralatan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama.
Ahmad Zahid adalah timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika bayaran dibuat antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Minggu lalu, bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan, memberitahu mahkamah tinggi, Muhyiddin dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal turut menerima dana daripada syarikat itu.
Mahkamah juga mendengar keterangan bahawa nama beberapa menteri dan timbalan menteri lain direkodkan dalam lejar pembayaran syarikat, menggunakan nama kod.
Mereka termasuk bekas menteri luar Anifah Aman, timbalannya Reezal Merican Naina Merican, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Muhyiddin dan Anifah menafikan mereka pernah menerima dana daripada UKSB.
https://www.malaysiakini.com/news/625433
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 21-6-2022 09:42 AM
memang sepatutnya Latheefa Koya kena jawab dan disiasat nie....
zaman dia nie...
yg peliknya, boleh pulak dilantiknya ahli politik mereka mengetuai SPRM...
Adakah SPRM tidur atau sengaja mahu tutup kes, soal Lim
Diterbitkan: Jun 20, 2022 2:09 PM
Dikemaskini: 3:25 PM
Hakikat bahawa SPRM hanya sekarang menyiasat kejadian rasuah, seperti yang disebut oleh seorang saksi dalam perbicaraan membabitkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), menunjukkan rombakkan besar-besaran perlu dibuat terhadap suruhanjaya itu, kata Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng. Dalam satu kenyataan hari ini, pemimpin DAP itu apa yang sangat sangat mengecewakan adalah saksi yang mendedahkan keterangan mengenai pembayaran yang dibuat kepada ahli politik tertinggi negara berkenaan adalah saksi SPRM. “Saksi daripada UKSB telah mendedahkan di mahkamah bahawa dia telah memberikan wang kepada beberapa menteri dan termasuklah seorang bekas perdana menteri. “Saksi ini adalah saksi pihak pendakwaan maka saksi juga adalah saksi SPRM sendiri.
“Bagaimana SPRM boleh berlagak bahawa mereka tidak tahu tentang perkara ini dan hanya menyatakan akan membuka siasatan selepas perkara ini didedahkan di mahkamah dan setelah ditekan orang awam,” kata Lim yang juga adalah bekas menteri kewangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Azam xde baki tak disiasat sekali lagi ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 ada je nama baru masuk list |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 21-6-2022 06:03 PM
Hari2 ada je nama baru masuk list
Ni la tanda2 kecil dkt pru, nti kuar tanda2 besar kuar la bideo sex |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 21-6-2022 09:01 PM
Ni la tanda2 kecil dkt pru, nti kuar tanda2 besar kuar la bideo sex
Kayjay xde bideo ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kena tanya koya nie....
ada tak sesiapa yg memberi arahan pada dia...
kalau ada koya kena beritahu....siapa yg mengarahkannya...
kalau tak ada, kenapa nama2 yg keluar itu tidak disiasat dan didakwa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|