CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

Ibu Trauma Kepala Bayi Dipenggal, Ditinggal Dalam Rahim

[Copy link]
Post time 21-6-2022 09:53 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita di Pakistan trauma apabila kepala bayinya dipenggal secara tidak sengaja oleh kakitangan perubatan sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.


Menurut laman berita NDTV, kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh pada Ahad lalu.


“Wanita berusia 32 tahun itu pada awalnya pergi ke sebuah pusat perubatan pedalaman (RHC) di kawasan tempat tinggalnya.




Gambar hiasan




“Namun, disebabkan tiada doktor sakit puan, kakitangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma,” kata ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander.


Menurut Raheel, kakitangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.


Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.


Mereka kemudian membawanya ke LUMHS, di mana keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu. Tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit.


Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.


Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kakitangan wanita di RHC tersebut.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.090367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list