CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 2

[Dunia] Gempar : Kos Perkahwinan Di negara kaya Arab Saudi Antara Paling Murah Di Dunia – Statistik

[Copy link]
Post time 21-6-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RIYADH – Kos mengadakan majlis perkahwinan di Arab Saudi dilaporkan adalah antara yang paling rendah di dunia, walaupun berlaku peningkatan kos sejak tahun lalu.

Kos purata untuk membuat majlis perkahwinan di Arab Saudi selama setahun menyaksikan lonjakan besar sebanyak 32 peratus.

Namun, apa yang menariknya ia lebih rendah daripada kos perkahwinan yang di buat seperti di Lahore, Pakistan.

Bandar Lahore dilaporkan berada dalam senarai kos majlis perkahwinan termurah di dunia.

Namun, menurut data terkini Pihak Berkuasa Am bagi Perangkaan (GASTAT), kos paling murah untuk menganjurkan majlis perkahwinan di dunia dikatakan di Lahore dengan anggaran kos bernilai kira-kira SR13,200 (RM15,496).

Laporan GASTAT juga menunjukkan bahawa kos purata acara perkahwinan di Arab Saudi meningkat selama setahun daripada SR9,464 (RM11,110) kepada SR12,500 (RM14,650) dengan jumlah peningkatan tahunan sebanyak 32 peratus dan peningkatan bulanan sebanyak lima peratus, selepas ia meningkat daripada SR11,933 (RM13,980) pada bulan April tahun ini.

Data GASTAT turut mengaitkan kenaikan ini berpunca daripada parti perkahwinan baru-baru ini terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga makanan, kos penginapan hotel dan harga komponen lain yang termasuk dalam kos perkahwinan.

Bagaimanapun, harga purata yang dipantau oleh GASTAT berbeza dengan kos perkahwinan di beberapa wilayah di sini, dengan kos mencecah sehingga SR100,000 (RM117,180).

Kos purata ini telah mendedahkan bahawa terdapat perbezaan harga dalam upacara perkahwinan di sini dan perkara ini dikaitkan dengan adanya percanggahan dalam jenis dan kategori perkhidmatan yang dipilih dalam upacara sesuatu perkahwinan.

Adat dan tradisi yang tersendiri di beberapa wilayah juga menyumbang kepada kenaikan kos perkahwinan hingga mencatatkan harga yang melebihi lima kali ganda kos purata.

Laporan Indeks Harga Perkahwinan (WPI) mendedahkan bahawa Pakistan, India dan Vietnam merekodkan kos perkahwinan terendah di dunia untuk 100 orang, tetapi kosnya lebih rendah daripada purata harga perkahwinan di Arab Saudi.

Bandar Lahore mencatatkan kos perkahwinan terendah di dunia sebanyak kira-kira SR13,200 (RM15,400), diikuti oleh bandar Nha Trang di Vietnam dengan kos SR13,600 (RM15,900), dan bandar Goa di India pada harga kos $14,400 (RM16,850).

WPI juga memetik bandar-bandar dengan kos perkahwinan tertinggi di dunia. Dengan tahun 2022 ditetapkan sebagai tahun rekod perkahwinan, WPI

telah membandingkan kos mengadakan perkahwinan di destinasi popular di seluruh dunia.

Indeks itu merekodkan The Hamptons di New York di Amerika Syarikat sebagai bandar paling mahal untuk kos perkahwinan, mencecah sehingga SR174,000 (RM203,850), diikuti oleh Positano, Itali, dengan kira-kira SR162,000 (RM189,800) dan Fogo Town di Kanada dengan kos SR147,000 (RM172,250).

Sumber: saudigazette.com.sa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mesia, Singapore, Indonesia berapa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nikah mut'ah jah, jimak dan senang kira
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list