View: 1368|Reply: 16
|
[Politik]
Isu TPM: Kenapa UMNO marah-marah?
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi penjelasan kepada Umno mengenai perjanjian yang dikatakan dimeterainya dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengenai pelantikan timbalan perdana menteri, kata seorang pemimpin kanan parti.
Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata, wujud kebimbangan yang semakin meningkat mengenai perkara itu selepas gambar perjanjian 10 perkara bertarikh 17 Ogos 2021 itu mula tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, satu muka surat perjanjian itu, yang mengandungi tiga perkara, tidak dikongsi di media sosial.
Menurut dokumen itu, PN berikrar menyokong Ismail sebagai perdana menteri dan sebagai balasan, Bersatu akan diberi jawatan timbalan perdana menteri, manakala Muhyiddin dilantik sebagai menteri mentor.
Kesahihan dokumen itu, yang mengandungi tandatangan Ismail, Muhyiddin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Annuar Musa daripada Umno, masih belum dapat ditentukan.
“Kami (Umno) tidak diberitahu mengenai apa-apa perjanjian antara beliau (Ismail) dengan mana-mana pihak. Setakat yang Umno tahu, tiada apa yang dijanjikan kepada sesiapa,” kata sumber Umno itu kepada FMT.
“Ramai, jika bukan kebanyakan, ahli Parlimen kami tidak akan menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Ismail jika mereka tahu perjanjian sedemikian wujud.”
Pemimpin itu berkata, timbul “kemarahan” dalam Umno dan semakin meningkat harapan agar Ismail menjelaskan perkara itu kepada kepimpinan parti, terutamanya apabila beliau tidak menghadiri mesyuarat parti.
“Boleh jadi beliau hanya memberi harapan palsu kepada Bersatu, tetapi ia tidak patut disembunyikan daripada parti,” katanya.
Taktik politik
Satu sumber lain dalam Umno berkata, kebocoran dokumen itu ialah “isu yang sangat serius”.
“Jika dokumen berkenaan sahih, tindakan disiplin perlu diambil. Ada pihak dalam parti percaya kedua-dua Ismail dan Annuar patut digantung (daripada parti).
“Tetapi saya tak rasa apa-apa akan berlaku. Tiada guna ambil tindakan terhadap Ismail atau Annuar,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika ini, tumpuan parti adalah pada pilihan raya umum seterusnya (PRU15) dan tidak ada keperluan untuk “menimbulkan ketegangan”.
Dalam pada itu, sumber lain menyifatkan perjanjian Ismail dengan PN itu sebagai “taktik politik biasa”.
“Saya tak rasa Ismail ada niat untuk ‘menunaikan’ perjanjian itu. Jika mahu, beliau sudah buat lebih awal apabila berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk berbuat demikian.
“Saya percaya beliau sudah mempermainkan Bersatu. Dalam aspek itu, (langkah ini) bagus untuk Ismail kerana ia memusnahkan tanggapan bahawa beliau ‘orang Muhyiddin’,” katanya.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/13/perjanjian-lantik-tpm-pemimpin-umno-minta-ismail-beri-penjelasan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Perjanjian tu slps atau sblm MOU dgn PH? Aku pun x ingat tarikh MOU tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 13-7-2022 12:07 PM
Inilah punca langkah Shairaton 30bulan dulu yg katanya nak selamatkan Msia dan stabilkan politik negara tu..Rupa2nya sbb kemaruk kuasa sambil berbagi jawatan sesama depa macam Msia ni mak bapak dorg yg punya..
Nmpaknya sampai kiamatlah melayu basah kuyup kena kencing dgn ahli politaik melayu..
|
|
|
|
|
|
|
|
mereka meliwat antara satu sama lain |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 13-7-2022 12:00 PM
Inilah punca langkah Shairaton 30bulan dulu yg katanya nak selamatkan Msia dan stabilkan politik neg ...
Bila diberi peluang memerintah....perkara utama yg depa buat bawa abu mayat.... |
|
|
|
|
|
|
|
dgn abu mayat pun takut??sia2 jah jadi org islam.baik ko panjat batu caves jah dekk..
gomen UMNo-PN kesayangan ko tu pulak lagilah celaka..dapat kuasa terus naikkan cabutan judi dgn bagi nama arak nama melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 13-7-2022 03:44 PM
dgn abu mayat pun takut??sia2 jah jadi org islam.baik ko panjat batu caves jah dekk..
gomen UMNo-P ...
igt bawa abu mayat..boleh naikkan ekonomi negara..sekali..jadi sui dh..22 bln jer..cakap lu..  |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 13-7-2022 01:07 PM
Bila diberi peluang memerintah....perkara utama yg depa buat bawa abu mayat....
Sangat luar biasa. Mana ada negara lain buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 13-7-2022 01:07 PM
Bila diberi peluang memerintah....perkara utama yg depa buat bawa abu mayat....
perkara yg menaikkan kemarahan org melayu..itu yg didahukukan..kacau TH..PNB..bila melayu bunyik..trus cop kat dahi rasis... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 13-7-2022 04:40 PM
Msia zaman PH 22bulan dulu jauh bertiang lah lagi baik drpd skrg yg serba serbi caca marba..politik sampai kesudah x stabil2 dok berebut jawatan,ringgit makin jatuh,barang makin mahal etc..

|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bila Walauncai nak hidup dlm fitnah??

Fitnah bekas Timb. Menteri Agama-UMNO yang sebabkan ramai orang Islam keluarkan simpanan Tabung Haji secara terburu-buru dahulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 13-7-2022 04:38 PM
Msia zaman PH 22bulan dulu jauh bertiang lah lagi baik drpd skrg yg serba serbi caca marba..politik ...
awal ko berkempen.... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 13-7-2022 01:07 PM
Bila diberi peluang memerintah....perkara utama yg depa buat bawa abu mayat....
masa bila rakyat reject...yg jadi kerajaan baru pun puak kudeta |
|
|
|
|
|
|
|
langkah sheraton jd langkah syaiton buat rakyat Malaysia, kenyataan bukan fantasy  |
|
|
|
|
|
|
| |
|