CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 10

[Tempatan] Warga asing bergaduh: Seorang maut, 2 parah dalam pergaduhan di jalanan

[Copy link]
Post time 20-7-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Seorang maut, 2 parah dalam pergaduhan di jalanan

https://www.bharian.com.my/berit ... rgaduhan-di-jalanan

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Julai 20, 2022 @ 12:01am
[email protected]




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditemui mati, manakala dua lagi lelaki warga asing cedera parah selepas dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di Jalan Tun H S Lee di sini, petang tadi.

Ketiga-tiga mangsa berusia antara 30 hingga 40 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh anggota polis sebaik menerima laporan kejadian pada jam 2.26 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa sudah meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa cedera di beberapa bahagian badan.

"Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan siasatan awal mendapati kecederaan kesemua mangsa dipercayai akibat tikaman senjata tajam.


"Hasil pemeriksaan, polis menemui satu senjata tajam dalam jarak 50 meter daripada tempat mangsa terbaring. Siasatan lanjut oleh pihak forensik sedang dijalankan untuk memastikan sama ada senjata terbabit digunakan dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Noor Dellhan, seorang lelaki warga asing yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu berjaya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 5 petang tadi.


"Suspek yang berusia 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan direman esok.

"Dalam pada itu, pihak BSJ IPD Dang Wangi kini sedang giat mengesan dan mengenal pasti suspek utama kes ini. Motif serta punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siastaan polis dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau otline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 11:45 PM | Show all posts
masuk sepital...rawat smpai ok
keluar masuk penjara blanje mkn
g mahkamah naik turun naik turun
satu sedara pun x dtg lawat sbb warga asing.....kita suka sgt bela dorang nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tah benda la digaduhkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
HS Lee dan kwsn sekitar tu dah x rupa Msia dah...penuh dgn warga asing...time lunch xde la nak kluar ke area situ lagi..dgn ludah kahak sireh la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
apa bangsa yg bergaduh ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 21-7-2022 07:55 AM
apa bangsa yg bergaduh ni

Rasa bangla. Kan dah dekat2 central market area belakang kotaraya little bangla tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang asing ni India. Gado bertetak bagai waktu hujan2 lak tu. Yg kena tetak kat kepala maut. Yg cedera putus tangan. Katanya mabok. Member cerita. Jadi kat area central market. Masalah.. Masalah.. Dahla kat kawasan pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 21-7-2022 11:12 AM

Kawasan sekitar banyak orang mabok. Pastu kacau orang. Kedai jual arak bersepah. Dah mabok pastu dok baring melata merata2 macam tunggu kena pijak. Malu je kat pelancong tengok. Pastu orang asing yg minum dah mabok pi kacau orang. Ada yg kena belasah kaw2. Memang mendapatlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampus semua la senang
Buang duit je nak rawat2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuan2,Puan2...Selamat datang..ke keluarga Msia kita,1Msia,1dunia....'Malaysia Boleh'...yey!...yey!...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:50 PM | Show all posts
mesti gaduh sebab ejek nama bapa masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060159 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list