Gambar hiasan
Seorang pemuda berusia 22 tahun yang juga pelajar universiti maut selepas dibelasah penduduk kampung yang berang selepas mengesyaki lelaki berkenaan merogol seorang wanita berusia 100 tahun.
Memetik laporan Daily Star, Pius Mwireri mengalami kecederaan seirus akibat dipukul penduduk kampung Karundori, Runyenjes, Embu Country di Kenya.
Suspek dikatakan menceroboh kediaman wanita warga emas itu dan merogolnya ketika sedang tidur.
Sumber Daily Star
Warga emas terbabit sempat meminta pertolongan dan penduduk kampung bergegas ke rumahnya untuk memberikan bantuan.
Mayat Mwireri dihantar ke Hospital Kyeni dan pihak berkuasa sedang menunggu laporan bedah siasat.
Sumber Daily Star
Mangsa rogol turut dihantar ke hospital sama untuk pemeriksaan dan dilaporankan semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah. - CARI
|