CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Dunia] Indonesia tak benar kegunaan ganja untuk perubatan

[Copy link]
Post time 20-7-2022 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Indonesia tak benar kegunaan ganja untuk perubatan


FOTO HIASAN


Jakarta: Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada Rabu menolak semakan kehakiman untuk menilai semula undang-undang narkotik untuk membenarkan ganja bagi tujuan perubatan, kata panel sembilan hakim.

Tiga ibu kepada kanak-kanak palsi serebrum yang mendapat sokongan pertubuhan masyarakat sivil memfailkan semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara itu pada 2020 dengan alasan penggunaan ganja perubatan untuk merawat penyakit.

Hakim berkata, tiada penyelidikan yang mencukupi untuk mewajarkan keputusan yang memihak kepada plaintif, tetapi menggesa kerajaan untuk segera menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan teraputik narkotik.

"Mahkamah perlu menekankan bahawa kerajaan harus segera membuat susulan dan keputusan yang boleh digunakan untuk menentukan dasar termasuk dalam kes ini yang mungkin mengubah undang-undang," kata Hakim Suhartoyo.

Dekriminalisasi ganja akan menjadi perubahan dramatik bagi Asia Tenggara yang mempunyai undang-undang antidadah paling ketat di dunia dengan hukuman penjara seumur hidup dan mati jika didapati bersalah memiliki atau mengedar sejumlah narkotik.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... nja-untuk-perubatan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.265425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list