CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: blastoff

[Tempatan] Gaji ketua menteri sabah naik dari RM23,595 kepada RM33,033 , gaji adun sabah pun naik gak hingga 40% ....prof kangkung tak plak membebel agar depa ni berjimat

[Copy link]
Post time 21-7-2022 01:21 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 21-7-2022 01:06 PM
Tu gaji. Segala bagai elaun lagi. Gaji sebagai adun lagi. imbuhan jadi chairman glc negeri lagi

Gaju murah tu sebab kena banyak buat part time demi kelangsungan hidup


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 02:07 PM | Show all posts
wirazam replied at 21-7-2022 09:14 AM
Rakyat Sabah ok ke tak Tu?

ok je... undi bn ke pn ke ph ke sama je semua klu bab gaji dorang
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:25 PM | Show all posts
seyeslah..disaat rakyat disuruh berjimat cermat, brg semua naik rupanya gaji depa pun naik skali..kebabian apakah innihh!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Noreen sinalau bakas tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:01 PM | Show all posts
Macam laknat jah politician naik gaji senang lenang, rakyat marhaen ni kena merempat bawah jambatan cri duit. Tu pon cacai @Simunggu jilat jubo mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:03 PM | Show all posts
ToungeSoup replied at 21-7-2022 10:35 AM
hehe...lepas tu rakyat sabah fefeeling teraniaya tak dapat kemajuan..tk dapat bantuan bagai...padaha ...

Betul tu, ummah borneo fefeeling malaya dah rampas harta kekayaan mereka, katanya kalau berpisah daripada malaya bakal jadi seperti brunei. Ujong2 yg kaya tu menteri2 borneo yg xreti buat kerja tu, hanya tau songlap duit drpd federal jah. Agi idup agi ngelaban!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 03:58 PM | Show all posts
Gaji Adun Sabah naik, rakyat tanya gaji minimum RM1,500 bila pula nak laksana?
By SITI NUR ZAWANI MISCON / July 20, 2022



Ketika ramai rakyat Sabah hidup dalam kedaifan dan murid sekolah perlu berhadapan dengan hari sukar disebabkan infrastruktur jalan yang teruk, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pula dikhabarkan telah meluluskan kenaikan gaji bagi Ketua Menteri dan Adun-Adun mereka.

Biarpun mereka tahu rakyat akan bercakap mengapa gaji dinaikkan dalam masa sekarang, namun kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, asas utama ialah untuk wakil rakyat kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekaligus membasmi kemiskinan.

Perkara itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang menyindir bahawa gaji para menteri sudah terlalu tinggi seolah berada di tahun 2060, sedangkan gaji rakyat marhaen masih lagi di takuk lama seperti zaman 90 an dahulu.

Isu gaji minima juga ditimbulkan semula di mana netizen melihat untuk melaksanakan gaji sebanyak RM1,500 pun terlalu banyak kerenah dan syarat untuk melakukannya.

Selain itu ada yang mempersoalkan mengapa gaji menteri perlu dinaikkan ketika rakyat sedang menghadapi masalah ekonomi dan harga barangan yang kian meningkat.

“Kalau gaji menteri, hari ini cadang esok terus lulus. Tapi kalau gaji minimum rakyat mula lah dia orang nak kaji lah. Bagitahu syarikat tak boleh bayar gaji yang tinggi-tinggi takut bankrap. Padahal soal gaji minimum ni dah bertahun-tahun rasanya orang persoalkan tapi nothing,” luah pengguna Twitter @rul0927.

“Semua Adun sebulat suara luluskan. Siapa je tak nak naik gaji. Yang gaji sedia besar makin bertambah besar. Gaji minima rakyat nak naik RM1,200 ke RM1,500 punya banyak kerenah. Wakil rakyat ni semua jenis kayakan diri sendiri. Sila buang mereka jauh-jauh pada PRU akan datang,” tulis pengguna @AsahPisau.

Perkara itu turut menarik perhatian bekas menteri pendidikan zaman Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik turut mengulas isu berkenaan dan membandingkan dengan realiti yang berlaku.

“Ketika anak-anak Sabah bergelut untuk ke sekolah kerana infrastruktur dan jalan yang teruk, di kala kedaulatan Sabah dihinjak oleh Sulu, di kala guru-guru di Sabah berkorban banyak di sekolah-sekolah daif, di kala anak-anak OKU dan anak-anak tanpa dokumen dilarang ke sekolah…..,” ciapnya sambil menyertakan tangkap layar cerita gaji Adun dinaikkan.

Untuk rekod, dengan kelulusan majoriti semalam, gaji menteri-menteri di Sabah akan dinaikkan sebanyak 40 peratus seperti di bawah:

Ketua Menteri Sabah: RM23,595 ke RM33,033
Timbalan Ketua Menteri: RM20,872.50 ke RM29,221.50
Menteri: RM16,335 ke RM22,869
Speaker DUN: RM16,335 ke RM22,869
Pembantu Menteri: RM12,705 ke RM17,787
Timbalan Speaker DUN: RM12,705 ke RM17,787
ADUN: RM7,950 ke RM11,130
Setiausaha Politik: RM5,445 ke RM7,623

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, asas utama ialah untuk wakil rakyat kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekaligus membasmi kemiskinan.

sama level dengan najib kata cash is king, king is rakyat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 05:17 PM | Show all posts
apa kaitan dengan bantu rakyat jika gaji diri sendiri yang naik?
tak heran ramai bermatian nak sgt jadi politaik
hidup mewah kaya raya
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.157085 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list