CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 2

[Politik] Anwar: Rafizi ketuai pasukan 'perang pilihan raya' PKR

[Copy link]
Post time 21-7-2022 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Anwar: Rafizi ketuai pasukan 'perang pilihan raya' PKR

https://www.malaysiakini.com/news/629062

Diterbitkan:  Jul 21, 2022 8:30 AM⋅
Dikemaskini: 8:30 AM



Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata timbalannya yang baru, Rafizi Ramli akan mengetuai "pasukan pilihan raya" dalam persediaan parti itu untuk menghadapi PRU15.

Dia berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi.

"Kita yakin insya-Allah dapat mengangkat martabat dan kedudukan PKR dan PH. Untuk itu, saya telah mencadangkan agar Rafizi selaku timbalan presiden mengetuai pasukan perang pilihan raya ini.

"Dia akan diberikan wewenang untuk bergerak secepat mungkin bagi memperkuat jentera pilihan raya parti," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPP di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Anwar berkata Rafizi juga akan dibantu naib-naib presiden serta Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh.

Bekas ahli parlimen Pandan itu menjadi timbalan presiden setelah menewaskan Saifuddin Nasution Ismail dengan perbezaan 16,688 undi.

Berbeza dengan Saifuddin, Rafizi jelas menolak strategi "khemah besar" yang merangkumi parti pembangkang di luar PH - termasuk Bersatu dan Pejuang - bagi menghadapi BN dalam PRU akan datang.

Sepanjang kempen pemilihan, dia juga meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang akan mengambil kedudukan lebih tegas di tengah-tengah tekanan daripada sekutu PKR berhubung strategi itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 09:03 AM | Show all posts
takpe lah, though i dont think this strategy works... tp ini maybe ini last resort bagi PKR bila satu persatu keyakinan kepada depa makin hilang
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja formula bakal mengganas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.309949 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list