View: 1985|Reply: 19
|
[Dunia]
Adakah tetamu terpilih? Wartawan Israel bangga dapat masuk Mekah....siap berselfie lagi tu!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 21-7-2022 10:19 AM
RIYADH – Seorang wartawan Israel mencetuskan kontroversi selepas menyiarkan rakaman video dia menyelinap ke kota paling suci umat Islam, Mekah sekali gus mencabuli larang masuk kepada orang bukan Islam.

Rakaman video oleh Gil Tamary yang bekerja untuk saluran televisyen Israel, Channel 13 itu terus mengundang kemarahan di media sosial Arab Saudi semalam, dua hari selepas Tamary memuat naiknya di Twitter dan sehari selepas dia menyiarkan klip video memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.
Arab Saudi tidak mengiktiraf Israel dan tidak memeterai persetujuan tajaan Amerika Syarikat pada 2020, Perjanjian Ibrahim yang menyaksikan Israel menjalin hubungan diplomatik dengan dua jiran Riyadh iaitu Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain.
Sebilangan wartawan Israel yang merupakan pemegang pasport asing bagaimanapun dibenarkan melawat Arab Saudi sebelum dan semasa rangka lawatan Presiden Joe Biden ke Asia Barat minggu lalu.
Dalam klip video berdurasi sekitar 10 minit tersebut, Tamary melawat Padang Arafah semasa kemuncak musim haji pada tahun ini.
Wartawan itu menjelaskan bahawa dia faham apa yang dilakukannya adalah dilarang dan merujuk Mekah sebagai ‘tempat larangan untuk orang bukan Islam’.
“Saya ialah wartawan bukan Islam pertama yang berada di Mekah dan menyiarkan imej ini dalam bahasa Ibrani (Hebrew),” katanya.
Menjawab kemarahan umat Islam kelmarin, Tamary berkata, dia hanya mahu ‘menunjukkan kepentingan Mekah’ dan keindahan agama Islam sambil mendakwa bahawa klip videonya membolehkan ramai orang melihat buat kali pertama tempat yang begitu penting kepada orang Islam.
Penjelasannya bagaimanapun gagal meredakan kemarahan di media sosial.
Seorang pengguna media sosial semalam menggesa pihak berkuasa Arab Saudi supaya ‘tidak menjejaskan negara Islam berkenaan dengan membenarkan orang Yahudi mencemarkan kota suci Utusan Tuhan.’
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak memberi sebarang maklum balas berhubung insiden itu ketika diminta oleh agensi berita AFP.
Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
dia hanya mahu ‘menunjukkan kepentingan Mekah’ dan keindahan agama Islam
forummer cari ka ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kun Fayakun dek! Siapalah kita nak menidakkan kuasa Allah.
Gitchew akak berhunuzon!  |
|
|
|
|
|
|
|
Saudi arabia,uae adalah entiti berbeda rupanya?hakak is failed la geopolitik ereb ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
uae tu di mana dubai & abu dhabi berada
|
|
|
|
|
|
|
|
persamaannya adalah menggunakan arabic sebagai official language
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang haram kan kapir masuk kan mecca kerajaan ereb saudi .... Dari zaman nabi lagi kapir sudah wujud di mecca...
|
|
|
|
|
|
|
|
ko pun nak nganjing macam wartawan ni juga ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 21-7-2022 05:57 AM
kol 'od balevav penimah,
nefesh yehudi homiyah;
ulfa'ate mizrach kadimah,
Tepek la juga azan Yahudi tu. Pernah tengok 1 video ni, syahdu betul azan Yahudi, azan Muslim bersahut-sahutan di bumi Yerusalem Baitulmaqdis. |
|
|
|
|
|
|
|
Saudi Arabia dan United Arab Emirates adalah dua negara berlainan di Semenanjung Tanah Arab. Saudi Arabia lebih 20 kali ganda saiz UAE. Saudi Arabia tu satu kingdom monarki mutlak dengan seorang raja manakala UAE ialah sebuah persekutuan dengan 7 emirates (Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Fujairah, Umm Al Quwain dan Ras al-Khaimah) dan setiap satunya ada pemerintah/amir/raja masing2 di mana pemerintah Abu Dhabi biasanya menjadi Presiden UAE dan pemerintah Dubai menjadi Naib Presiden dan PM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shema Yisrael tu ke? Saya rasa shema tu lebih kepada syahadah. Shema yisrael adonai eloheinu adonai yechad [Dengarlah wahai Israel, Adonai adalah Tuhan kami, Adonai adalah satu (ahad)]. Adonai itu maksudnya our lord dan perkataan ini sebenarnya tak diguna dalam Kitab Taurat. Perkataan dalam Taurat dieja YHWH iaitu disebut Yahweh (Tuhan). Tapi para ulama Yahudi berpendapat mulut manusia biasa yang tidak suci tak layak sebut nama Tuhan ni maka bila dibaca YHWH ni sebutan dia Adonai menggantikan Yahweh. Ada ulama Yahudi yang lebih strict lagi dan kata nak sebut Adonai pun tak layak maka diganti dengan perkataan Ha Shem atau maksudnya "Nama tersebut".
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 21-7-2022 06:16 AM
Shema Yisrael tu ke? Saya rasa shema tu lebih kepada syahadah. Shema yisrael adonai eloheinu adona ...
Sy dengar lebih kurang saja macam azan sebab dalam azan pun ada ayat2 memuji mengagungkan Allah selain seruan membawa umat beribadah. Yang penting Yahudi Arab meka yang dok kat Jerusalem itu hidup aman2 tiada pula berbunuhan. Mungkin persis rakyat berbilang bangsa di sini. Dalam hati ada binci tapi bila lepak kedai mamak herlok ja rakyat berbilang kaum makan sama2. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib x terbakar  |
|
|
|
|
|
|
|
aritu kwn non muslim ckp. teringin nk g tgk kaabah..dia tny i blh ke non muslim pergi mekah |
|
|
|
|
|
|
|
Bam Jad, sila bagi sepatah dua kata |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Ifa dangdut tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
| |
|