Edited by boca120879 at 6-9-2022 10:15 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Zuhair bin Harb, diceritakan oleh Abdul Samad bin Abdul Warits, diceritakan oleh Hajib bin Umar Abu Husyainah ats-Tsaqafi, diceritakan oleh al-Hakam bin al-'A'raj, daripada Imran bin Hushain, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Akan masuk syurga daripada golongan umatku sebanyak tujuh puluh ribu (70000) orang tanpa hisab."
Mereka (para sahabat) bertanya, "Siapakah mereka wahai Rasulullah?
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Mereka adalah orang yang tidak melakukan ruqyah (perubatan yang mengandungi doa kepada selain Allah),
tidak bertathayyur (sejenis kepercayaan khurafat),
tidak melakukan rawatan kay (sejenis rawatan menggunakan besi panas)
dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka."
(Hadith Muslim no. 321)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|