View: 6424|Reply: 8
|
[Edisi FloraFauna]
Teknologi majukan rumpai laut
[Copy link]
|
|
Teknologi majukan rumpai lautOleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
[email protected]
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI
| PENANAM rumpai laut di Semporna menunjukkan penyangkuk SeeHook bagi menggantikan penggunaan tali rafia.
|
SELEPAS Indonesia dan Filipina, Malaysia berada di tangga ketiga sebagai negara pengeluar utama dunia bagi tumbuhan akuatik terapung rumpai laut.
Dilaksanakan di kawasan perairan timur laut Sabah iaitu sekitar Semporna, Kota Belud dan juga Kudat, aktiviti penanamannya telah bermula sejak lebih 30 tahun lalu.
Ketika itu, usaha mengkultur alga itu diusahakan oleh penduduk tempatan secara kecil-kecilan sebelum diperluas ke peringkat komersial sekitar tahun 1989.
Kebanyakan rumpai laut yang ditanam adalah daripada spesies Euchema cottonii dan Euchema kappayachus.
Selain mudah diusahakan, operasi pengeluaran rumpai laut juga sebenarnya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi namun masih memberi pulangan lumayan.
Justeru, ia dilihat mampu meningkatkan pendapatan penduduk setempat sekali gus memperbaiki kualiti sosio ekonomi mereka.
Secara asasnya, aktiviti pengeluaran rumpai laut mentah akan melibatkan beberapa proses utama seperti pengkulturan, penanaman, penuaian dan pengeringan.
Buat masa sekarang, kesemua proses berkenaan dilaksanakan menggunakan kaedah konvensional yang sedikit sebanyak akan memberi kesan dari segi kualiti dan kuantiti rumpai laut yang dihasilkan.
Mencari inisiatif memajukan industri tersebut ke peringkat yang lebih baik, Sirim Berhad (Sirim) telah meneroka beberapa mekanisme pelaksanaan moden menerusi teknologi baru.
Antara yang diperkenalkan adalah teknologi Sistem Pengeringan Terbantu Suria bagi menggantikan kaedah lama menjemur rumpai laut di bawah cahaya matahari.
Projek yang mula dilaksanakan sejak April 2009 itu telah mendapat suntikan dana daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Community Innovation Fund.
Selain itu, ia turut mendapat kerjasama daripada pihak Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri Sabah dan Persatuan Koperasi Usahawan Rumpai Laut.
Menurut Presiden Sirim, Ir. Yahaya Ahmad, sebagai permulaan, teknologi tersebut telah dibangunkan di Pelantar PNK, Pulau Sibangkat, Semporna, Sabah.
''Kita sedang dalam proses menambah baik teknologi ini dan pelaksanaannya secara menyeluruh akan dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
''Ia bakal dilaksanakan secara komersial di kalangan para pengusaha dan usahawan koperasi,'' katanya ketika ditemui pada lawatan kerja Projek Pembangunan Industri Rumpai Laut Sirim di Semporna, Sabah, baru-baru ini.
Mempercepat proses
Dalam perkembangan sama, Sirim turut memperkenalkan beberapa lagi mekanisme baru yang dapat mempercepatkan aktiviti penanaman serta penuaian rumpai laut.
Ia melibatkan aplikasi sistem SeaLock, SeaHook dan sistem penuaian moden.
SeaLock merupakan klip yang digunakan untuk menyambung tali-tali penambat yang telah diikat dengan rumpai laut.
Untuk menggunakannya, pengusaha hanya perlu membuka sambungan klip sebelum membawa tali-tali bersama rumpai laut matang ke pelantar bagi proses penuaian.
Tali-tali itu kemudiannya akan diikat pula dengan bibit benih baru menggunakan sistem SeeHook sebelum direntangkan semula ke laut untuk pembiakan.
Penggunaan SeeHook sebenarnya lebih fleksibel berbanding tali rafia yang digunakan dalam cara konvensional kerana ia sangat remeh dan boleh membawa pencemaran.
Berbeza dengan aplikasi SeaLock dan SeaHook, kaedah lama memerlukan pengusaha memotong rumpai laut matang serta mengikat benih baru satu per satu di tengah laut.
Bagi sistem penuaian moden pula, Sirim telah memperkenalkan teknologi peralatan pemotong yang boleh ditempatkan di atas bot kecil.
Untuk menggunakannya, tali yang mengandungi rumpai laut matang akan ditarik secara menggelongsor pada pisau pemotong bagi membolehkan kesemua hasil tuaian terkumpul di dalam bot.
Di samping teknologi penanaman, penuaian serta pengeringan, Sirim ketika ini sedang memberi tumpuan kepada beberapa lagi proses pembangunan seperti pengekstrakan dan penghasilan produk hiliran. Last edited by dauswq on 30-3-2013 01:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
rumpai laut sedap dimakan |
|
|
|
|
|
|
|
rumpai laut sedap dimakan
dauswq Post at 29-9-2010 12:22
ko pernah makan yg produk jepun punyer |
|
|
|
|
|
|
|
teknologi berkaitan rumpai laut mmg mnjadi agenda kerajaan negeri sabah.....tmbhan keadaan laut yg terpelihara.... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jadi sumber utk biodiesel gak |
|
|
|
|
|
|
|
new zealand is good with this actually. |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana nak tahu rumpai laut dah terkena red tide? Ikan boleh lah lari ke tempat lain tp umpai laut kat situ gak... |
|
|
|
|
|
|
|
sudah seminggu aku gune rumpai laut...untuk tegangkan muke...
kahkahkah...
arap2 bulan dpan muka aku cantik berseri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|