CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Pulau Pinang] Culik ejen kosmetik: Polis kenal pasti beberapa lagi suspek

[Copy link]
Post time 4-10-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Culik ejen kosmetik: Polis kenal pasti beberapa lagi suspek

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI04 Oktober 2022 01:21pm






Laporan Sinar Harian. Gambar kecil kanan: Acryl Sani




GEORGETOWN - Polis mengenal pasti beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang dilarikan ke negara jiran pada 13 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua hingga tiga individu yang merupakan warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, identiti kesemua suspek sudah dikenal pasti, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan pengesahan sebenar bagi disalurkan kepada pihak berkuasa Thailand.

"Kita masih mengesan dua hingga tiga individu lagi, mereka ini adalah warga tempatan. Identiti sudah dikenal pasti, namun kita perlu mendapatkan pengesahan sebenar untuk disalurkan kepada polis negara jiran.

"Kes masih dalam siasatan dan kita sedang memeriksa segala keterangan yang ada untuk memastikan situasi sebenar kes ini. Kita berharap agar media bersabar dan beri sedikit masa lagi.

"Ini bagi membolehkan polis benar-benar dapat 'establish' motif sebenar di sebalik kejadian melarikan mangsa ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Pengkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban di sini pada Selasa.

Acryl Sani berkata, polis akan memohon agar suspek kes tersebut yang ditahan di negara jiran akan diekstradksi yang mana, proses tersebut akan dibuat menerusi saluran undang-undang.






Acryl Sani memeriksa perbarisan ketika Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Pengkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban pada Selasa.





Sebelum ini, Rosnazirah yang berusia 36 tahun dilarikan empat individu dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada 13 September lalu.

Mangsa dikatakan dibawa lari ke Thailand oleh kumpulan dipercayai kartel dadah.

Tindakan membawa lari mangsa dikatakan ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di Thailand.

Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan pulang ke rumah keluarganya di Kota Bharu kira-kira jam 2.50 petang Isnin.

Dalam pada itu, mengulas mengenai situasi kes penculikan kanak-kanak dan penjualan organ yang disensasikan di media sosial, Acryl Sani berkata, kebanyakan daripada kes tersebut adalah palsu.

"Kes-kes penculikan itu kebanyakan adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan serta disebarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan.

"Melainkan kes penculikan di Genting Highlands, itu pun saya tidak boleh komen kerana sekarang sedang melalui proses perbicaraan, jadi biar mahkamah tentukan motif sebenar di sebalik kejadian itu.

"Tetapi selain kes itu, semua laporan yang berkaitan kes culik kanak-kanak dan penjualan organ yang kita terima adalah tidak berasas," katanya.

Kata beliau, polis melihat penyebaran kes tersebut secara tidak langsung menunjukkan berlaku peningkatan kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap keselamatan anak-anak masing-masing.

Bagaimanapun Acryl Sani berkata, walaupun begitu tindakan tersebut jangan sampai terlibat dalam penyebaran tidak benar sehingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat umum.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 1.098402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list