|
Reply 59# itik_magic
hang dulu kawen kat mana?
bangladesh kaa??? |
|
|
|
|
|
|
|
itik kawin kat reban je... kawin pree... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 59# itik_magic
buatnyer kaaaaayaaaaaaaaaaa betul xpe, ni silap2 kaaaaaaayaaaaaaaaaaaaaaap .
dah jd bini baru plak yg kene tanggung mamat itu :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Ap barang kawin kat siam, kawin la kat london ke. baru glamour |
|
|
|
|
|
|
|
terang2 jantan tuh laki org sb tu nk kawen kt siam
cam dah biasa ckp senang tah2 kwn 2
jd bini no.3 hah amik ko.
lg satu dia ckp kawen x perlu tanya famili abis MJ 2
nk kawen bkn kena pakai wali bapa dia?
lain le jantan 2. 40th x kawen lg muskil sikit? |
|
|
|
|
|
|
|
nak kata sohih laki org tu tak boleh la... tapi peratusannya tinggi.... kalau tak pun duda... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jujur berterus terang bini pulak tak bagi... |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah kawen laki cmtu. nyampah aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu dia ajak kawen kat siam..cancel jer..carikk lelaki len.. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke kawin kt siam? if MJ x perlukn persetujuan parents, then mudah, kawin je la kt malaysia... x perlu kena denda n byr RM1k, x perlu g jauh2 sampai siam. if xde duit g je mana2 pej agama ckp saya nk kawin, tlg nikahkan saya... ini mcm nk sorokkn perkahwinan... si isteri la sian nnti dia xde bukti perkahwinan.... si lelaki bole tgglkn mcm tu je nnti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# bie6210
bab ajak menikah kat siam tu penah jd kat ku ini...
ku kata kalo bebetui nak nikah, ku nak nikah kat dpn mak, abg, adik n sedara mara gak
so nak taknak terpaksa la lelaki itew setuju...tup2 pagi menikah baru pecah tembelang
yang dia blom bercerai ajak nikah kat siam sbb taknak org tau dia laki org...
so ku terus batalkan nikah masa tu jugak...tamat citer..
so nasihat kat kwn TT tu...biarla menangis sekarang dr nnt meraung tak hingat dunia...
(Alhamdulillah dalam kes ku itew setitik pun airmataku tak tumpah masa batalkan pernikahan) |
|
|
|
|
|
|
|
conclusion, x kira laki bujg ke laki org ke, if derang ajak nikah kt siam tanpa pengetahuan keluarga especially parents, sila pangkah dahi laki tersebut. byk implikasi nya..... |
|
|
|
|
|
|
|
sudah terang lagi bersuluh...tak payah nak minta advise org lain la...si janda tu dah pernah kawin. Mesti dia tau kalau org tu menipu ke apa. Lelaki tu pun mesti ada bini. Kalau tak , takkan dia suggest kawin kat Thailand. Jangan sampai si Janda menjanda buat kali ke dua pulak. Itu sengal namanya kalau dah terang2 penipuan camni pun tak boleh nak detect. |
|
|
|
|
|
|
|
dah jodoh........................ |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sgt kawen kat Siam n jadik binik no.2?????? Nak suh kawan ko baca ni jadikan pengajaran
Kencing muka lafaz talak tiga
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.
Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.
Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.
Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.
“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.
“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.
Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.
“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.
Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan
Credit to Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kejam tol lelaki nih... sib baiklah aku tidak begitu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|