|
RUSSELL gembira selepas memenangi perlumbaan pecutan di Sao Paulo. FOTO EPA
Sao Paulo: George Russell memuji pencapaian jentera Mercedes hari ini selepas memastikan pasukannya tidak akan menamatkan Formula Satu (F1) musim ini tanpa sebarang kemenangan.
Kejayaan pelumba Britain itu dalam acara pecutan di Sao Paulo, membolehkannya meraih petak utama untuk perlumbaan kedua terakhir kempen itu, membawanya meraih lapan mata.
"Semuanya diambil kira. Ia saat yang paling indah untuk melintasi garisan penamat untuk kedudukan pertama.
"Lega melihat ada juga peningkatan yang berjaya dilakukan oleh pasukan," katanya yang mengharungi 24 pusingan tanpa pitstop sekali gus membolehnya meraih kejuaraan pertama F1.
Russell memberitahu pemberita sejurus selepas perlumbaan ia adalah 'pencapaian yang cukup besar', memandangkan Mercedes berada pada permulaan musim dengan jentera kurang kompetitif.
Mercedes memulakan saingan 2022 selepas memenangi lapan gelaran pengeluar berturut-turut tetapi menghabiskan masa berbulan-bulan untuk mencari rentak.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... moral-buat-mercedes |
|