View: 484|Reply: 1
|
Verstappen akui belum capai tahap terbaik
[Copy link]
|
|
Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen ketika sesi latihan kedua GP Bahrain dekat Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir. - AFP
SAKHIR, Bahrain: Juara dunia dua kali, Max Verstappen mengakui Red Bull "perlu bekerja keras" untuk mengejar Fernando Alonso selepas diatasi pemandu Aston Martin itu pada sesi latihan kedua perlumbaan pembukaan musim Grand Prix Bahrain.
Pemandu berusia 25 tahun dari Belanda itu berkedudukan kedua di belakang pemandu berusia 41 tahun dari Sepanyol dan di depan rakan sepasukan, Sergio Perez, yang mencatat masa terpantas pada sesi lathan awal.
"Mereka sangat pantas," kata Verstappen, ketika ditanya mengenai kepantasan Aston Martin.
"Tapi anda boleh lihat dalam sesi latihan apabila mereka jelas kompetitif. Mereka melalui hari yang hebat - dan ada kerja keras yang kami perlu lakukan.
"Kami tahu kami juga ada pakej yang kompetitif, tetapi ia mengenai bagaimana untuk meletakkan semua pakej secara bersama."
Verstappen menambah bahawa dia dan rakan sepasukan melalui hari yang sukar.
"Latihan pertama sangat teruk. Saya tidak dapat keseimbangan, ia agak pelik kerana dalam latihan, semua yang kami cuba - kami tidak jauh dari situ, jadi ada beberapa perkara perlu difahami.
"Malah dalam latihan kedua, ia sukar, tapi saya fikir ia tidaklah terlalu teruk dalam pecutan yang singkat dan rasa ada hubungan baik dengan jentera. Saya hanya perlu kembali mencari rentak sekali lagi." - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... capai-tahap-terbaik |
|
|
|
|
|
|
| |
|